Legend Of Chima Miniland Tarikan Terbaru Di Taman Tema Legoland Malaysia

me djuani n ainaa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Taman Tema Legoland Malaysia. Aku rasa kalau sebut depan anak-anak kita pasti semua kenal. Dan aku rasa kebanyakan kanak-kanak pasti ada tertanam azam di dalam diri mereka untuk datang ke sini.

Taman Tema ini sebenarnya bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di seluruh dunia. Teringat aku pada Jose Antonio Diaz, blogger philipine yang aku jumpa semasa minggu media sosial baru-baru ini. Blognya ourawesomeplanet.com pernah dilawati oleh lebih 1 juta pengunjung dalam masa 2 bulan.

Blogger ini berkongsi bagaimana beliau memilih tempat pelancongan untuk ditulis di dalam blognya. Apabila beliau membuat keputusan untuk menulis mengenai taman tema, beliau bertanyakan anaknya taman tema apa yang menjadi pilihan anaknya. Lantas anaknya memilih Taman Tema Legoland Malaysia.

Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ku ke sini. Kali pertama dulu aku datang bercuti bersama keluarga. Kali ini aku ditaja oleh AirAsia untuk pengangkutan udara dan Legoland Malaysia Resort untuk hotel yang sungguh hebat.

Jemputan Legoland kali ini adalah untuk aku menyaksikan pelancaran pembukaan Taman Mini terbaru iaitu Legend Of Chima Miniland. Ia adalah untuk pengunjung mendapat keseronokan yang lebih lagi terutama pada musim cuti sekolah yang bakal menjelang tiba.

Legend Of Chima Miniland

Dunia Fantasy LEGO, Legend Of Chima dibina di satu kawasan di dalam Taman Tema Legoland. Ia termasuk tujuh elemen dan kesan animasi yang boleh dicuba. Taman Mini ini sesuai untuk seisi keluarga. Di dalamnya ada Air terjun, CAVORA – tumbuhan terapung, bola CHI yang boleh berubah warna, dan juga terowong dan kubah yang membolehkan kanak-kanak masuk ke dalam untuk melihat dengan lebih dekat watak-watak Legend of Chima yang dibina daripada batu bata LEGO.

sidang media

legend of chima miniland

mark germyn mersamikan chima miniland

Mark Germyn, Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort yang baru dilantik menerangkan:

LEGO Legend of Chima Miniland adalah keseronokan tambahan kepada Legoland Resort. Ini adalah sebahagian daripada komitmen yang berterusan untuk menambahkan pengalaman pelawat, sebagai tambahan kepada lebih daripada 70 tunggangan interaktif, luncur, persembahan dan tarikan yang sedia ada.

foto lepas rasmi

Bermula 14 Mac sehingga 30 Mac 2014, hari minggu di Legoland akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti Chima. Ini termsuklah Cabaran Cepat Bina Bangunan, Permainan LEGO Legend Of Chima “Pemburuan CHI”, Pengalaman “Speedorc”, dan banyak lagi. Sila ke www.legoland.my untuk maklumat lanjut.

bergambar selepas perasmian

Taman Mini ini terbina selepas setahun LEGO Legend of Chima 4D Movie diperkenalkan di taman tema ini. Movie di sini menggunakan kesan khas seperti air, angin dan asap yang boleh membuatkan penonton terasa seperti berada di dalam cerita yang ditonton. Movie The Legend of Chima ini hanya ditayangkan di Panggung wayang 4D Legoland Malaysia sahaja.

Mark Germyn memberi penerangan di dalam panggung wayang 4D
Mark Germyn memberi penerangan di dalam panggung wayang 4D

dalam panggung wayang 4D

Barangan LEGO Legend of Chima dilancarkan pada tahun 2013 dan ia telah menjadi mainan “best selling” di seluruh dunia. Rangkaian barangan Legend of Chima boleh di dapati di The Big Shop yang mempunyai seleksi terbesar mainan LEGO di Asia.

bersama maskot The Legend of Chima
bersama maskot The Legend of Chima

Kepada ibubapa, membawa anak-anak ke sini adalah salah satu idea yang baik untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak. Pangalaman di sini pasti akan dikenang oleh anak-anak sehingga mereka dewasa.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ