Salam..
Ini kira kisah terobek (throwback) la ya. Sebabnya saya pergi travel ke Johor Bahru masa cuti sekolah bebaru ni. Lama dah tak tak ke JB. Paling akhir ke sana berapa tahun lepas entah.. Masa tu memang ‘aim‘ nak pergi ke Legoland.
Masa tu dah tempah hotel secara online siap-siap. Tiket Legoland pulak kami beli yang ditawarkan bersama pakej hotel. Dapat diskaun sikit dalam 15% gitu. Lepas tu siapa yang ambik pakej tu, ada disediakan kenderaan khas untuk membawa penyewa ke tapak Legoland.
Kali ini saya tak bersusah sangat untuk menempah hotel. Sebabnya saya ada mendapat voucher hotel percuma yang diberikan oleh Tourism Malaysia sebagai imbuhan saya menyertai program mereka tempohari.
Hotel Swiss Inn Johor Bahru
Voucher 3 hari 2 malam di hotel ini. Cukuplah untuk kami sekeluarga melawat JB. Janji free.
Saiz bilik hotel ini tak adalah besar sangat tapi menyediakan penginapan yang selesa kepada penyewa di situ.
Parkir pun memang senang untuk penginap di sini. Memang parkirnya disediakan khas untuk penyewa hotel. Jadi tiada masalah parking yang tidak cukup.
Lokasi hotel ini pun sangat strategik sebenarnya. Ia terletak di tengah-tengah bandar. Dan saya sempatla ‘google’ mencari tempat – tempat menarik di JB untuk disinggah yang dekat dengan hotel ini.
Apa yang saya jumpa, sekitar situ ada pasar karat (tapi dibuka pada malam minggu sahaja) dan Angry Birds Park. Tempat makan pula ada banyak yang best dan sedap disekitarnya. Ada Mee Rebus Tulang Restoran ZZ, dan ada Restoran Bigfood di Nong Chik Height. Murtabak Majid Special Cheese No 1 yang terkenal seantero Malaya tu pun tak de la jauh sangat daripada hotel ni.
Bilik yang saya dapat pun ok la.. Memuaskan dari segi hiasan dan kekemasan. Saiznya tak adalah besar sangat tapi berpatutanlah. Ada 2 bilik. Keduanya ada disediakan TV. So boleh la saya tidur dengan isteri tercinta… Anak-anak tidur di bilik sebelah.
Yang menariknya lagi, bilik ini selain dilengkapi dengan peralatan basic seperti almari pakaian dan kotak besi keselamatan, ia turut dilengkapi dengan sebuah pendingin hawa di setiap bilik. Walaupun diluar bilik ia sudah dilengkapi dengan ‘centralised aircond’.
Ini amat bagus kerana kita sendiri dapat mengawal suhu bilik mengikut selera kita. Tak adalah kita kesejukan yang teramat di tengah-tengah malam.
Di luar bilik pula ada sofa bed untuk berehat selain daripada satu tandas dan bilik air sederhana besar.
Aktivity di JB
Johor Premium Outlet
Sebenarnya kami sampai di JB waktu tengahari. Malas nak check in lagi, maka kami mengambil keputusan ke Johor Premium Outlet (JPO). Ini bukanlah pertama kali saya sampai di sini. Pernah sampai sini semasa lawatan ke JB sebelum ini. Tapi masa tu saya tak dapat menghayati sangat JPO sebab tengah demam. Masa banyak dihabiskan dengan duduk jer.
Kali ni sempat la pusing-pusing masuk ke hampir semua outlet yang berkenaan. Paling lama singgah di outlet Nike. Sebabnya outlet tu sedang mengadakan jualan. Banyak diskaun yang ditawarkan.
Belek punya belek kasut, terbeli sepasang ‘running shoes’ Nike. Ada diskaun sebanyak 70%. Design pulak ok. Bila cuba kat kaki macam kena pulak sebab kasut ni jenis untuk yang bertapak kaki lebar. Sangat sesuai untuk saya yang bertapak kaki lebar. Kasut jenis ni agak susah nak cari sebenarnya.
Lepas tu baru check in. Rehat kejap. Sambil isteri saya mengemaskini tentative/aturcara kembara kali ini.
Restoran BigFood JB
Malam tu kami makan malam di Restoran BigFood yang terletak di Nong Chik Height. Ok la. Yang istimewa kat sini ialah portion makanannya yang sangat banyak untuk satu tempahan. Boleh makan 3 orang saya rasa.
Menu yang saya order malam tu memang tak kena dengan selera saya. Jadi selera untuk makan agak kurang. Portionnya pulak banyak. Jenuh jugak saya nak menghabiskan.
Angry Birds Activity Park JB
Besoknya pula selepas bersarapan kami ke Angry Birds Activity Park yang terletak di arasa 3 Bangunan Komtar JBCC. Jaraknya dalam anggaran 5 kilometer sahaja daripada hotel.
Ok, Angry Bird Activity Park ni satu tempat permainan dan hiburan terbaru di JB. Bagi yang belum pernah datang sini boleh lah singgah. Tiket yang berharga RM70 boleh beli online dan juga walk in. Cuma kalau masa cuti sekolah pengunjung agak ramai. Jadi shift masa lawatan terpaksa dibuat.
Secara keseluruhan tempat ni ok bagi saya. Ia terletak di dalam shopping mall. Jadi amat sesuai untuk membawa anak-anak. Keadaan memang tak panas. Siap dengan pengdingin hawa lagi.
Kena pulak masa tu movie Angry Birds tengah di tayangkan di pawagam. Memang semangat dia lain macam lah sikit…!
Masakan Panas di Restoran Thai Stulang
Sini pun dah beberapa kali saya singgah. Masakan panas ala Thai memang terbaik di sini. Murah dan sedap… Sedap tu elemen yang amat penting bagi saya.
Setakat ini makan di sini belum pernah mengecewakan saya. Cuma tengok masa kita pergi. Kalau di masa puncak, parkir memang susah untuk diperolehi. Kena cari betul-betul.
Tempat ini juga dekat dengan zone bebas cukai. So barangan seperti coklat dan rokok bayak la dijual dibawah harga biasa di sini.
Restoran Murtabak Majid Special Cheese No 1
Hari terakhir kami sampai di sini. Murtabak yang menjadi bualan seantero Malaysia. Memang rugi kalau dah sampai di JB tapi tak singgah sini.
Murtabaknya ada 3 jenis iaitu murtabak kambing, daging dan juga ayam. Ketiga-tiga ini pula ada sub kategorinya. Ada murtabak biasa, Cheese dan jumbo. Semuanya dijual dengan harga yang berlainan.
Saya sempat la beli satu murtabak daging, satu murtabak ayam dan satu murtabak kambing. Kalau tanya saya, murtabak kambing yang paling sedap bagi saya.
Lepas tu balik KL sambil mengunyah murtabak sambil memndu. Hajat nak makan bila sampai rumah terpaksa dibatalkan. Mana tahan duk hidu bau jer dalam kereta.
Komen eXplorasa
Ini adalah beberapa tempat yang menarik yang mesti anda lawati jika sampai di JB. Ada banyak lagi tempat menarik yang lain. Tetapi dengan masa yang kami ada, kami memilih untuk ke tempat-tempat ini sahaja. Biar anak-anak puas hati. Biarlah ia menjadi satu percutian yang berkualiti.
Rancanglah perjalanan anda. Daripada hotel sehinggalah tempat yang anda ingin ziarahi, anda masukkan dalam tentatif.
Buat satu tentatif ringkas. Bagi pasangan dan anak-anak tengopk tentatif tu. Latih mereka supaya mereka mematuhi jadual masa yang ditetapkan dalam tentatif.
Dengan itu, InsyaAllah kembara anda akan berjalan lanjar seperti yang dirancang. Masa amat penting untuk dijaga dalam kembara seperti ni.
Baca juga: jnt johor
Seronoklah dpt bercuti sakan..Ke JB pulak tu… 😉
anuar recently posted…Pendaftaran Kelas Persediaan MUET di PSIS di Buka Sekarang (Sehingga 5 Ogos 2016).
ok la bro.. sesekali bawak family jalan-jalan
Dah lama tak ke Johor, kali terakhir datang masa bujang 🙂
Ikhwan recently posted…Cara Daftar Sebagai Uber Driver
waaah lama sungguh dah tu
Blom habis lagi explore JB…ntah bila dapat pi
Suriaamanda recently posted…Top Komentator July 2016
JB syiok gak cari tempat makan