Pernah tak anda disergah hantu? Nak tau tak rasa macamana disergah hantu?
Ok. Saya baru je disergah hantu 2 hari yang lalu. Bukan seorang tapi banyak hantunya. Memang nak luruh jantung rasanya…! Kejadian berlaku pada hari Sabtu baru-baru ini. Dalam pukul 11 pagi di Sunway Lagoon.
The Ghostbusters Adventure Live! @ Lynton V. Harris Scream Park Sunway Lagoon
Ada jugak ke hantu mengacau di siang hari? Ada..! Kalau anda tak percaya anda boleh datang ke The Ghostbusters Adventure-Live! di Scream Park Sunway Lagoon.
Bersama beberapa orang lagi blogger pilihan daripada Kelab Blogger Ben Ashaari, eXplorasa turut serta dalam pengembaraan menjejak hantu ala movie Ghostbusters yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.
Sebenarnya ini bukan kali pertama eXplorasa berpengalaman disergah hantu ni. Sebelum ni kami dijemput untuk mengalami suasana suspen dan seram di Melaka alive.
Cuma keadaan di sini sedikit berbeza kerana tema rumah hantu ini memang diciptakan khas mengikut tema filem Ghostbusters yang menjadi salah satu antara 10 filem francais paling ikonik sepanjang zaman.
Rumah hantu yang pertama seumpamanya di dunia ini menjadi tarikan utama pengunjung Sunway Lagoon sejak ia dilancarkan pada 14hb Julai 2016 baru-baru ini. Ia adalah tambahan kepada rumah hantu yang sedia ada di Scream Park Sunway Lagoon ini yang dah dibuka sejak 7 tahun yang lalu. Antara tema daripada filem blockbuster yang dah sedia ada di dalam Scream Park adalah Terminator, Night at The Museum, Prison Break LIVE! And World War Z.
Perjalanan yang mendebarkan melalui rumah hantu yang dibina mengikut tema movie ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. Perjalanan anda akan bermula di Slimer’s pad yang dipenuhi oleh memorabilia Ghostbusters yang sangat ‘cool’.
Perjalanan seram anda akan bersambung ke Aldridge Mansion – rumah persendirian dan muzium tertua New York. Di situ nanti anda akan diceritakan oleh penjaga di situ serba sedikit tentang cerita seram Gertrude Aldridge.
Pelawat kemudiannya dibawa ke New York Subway’s Seward Street Station untuk melawat Restoran Cina Zhu, yang dijadikan ibu pejabat baru Ghostbusters yang ahlinya kali ini semuanya perempuan.
Selepas itu anda akan melalui banyak lagi lorong-lorong yang mendebarkan. Kalau anda dah tonton movie Ghostbusters yang sedang ditayangkan ni anda akan taulah tempat-tempat yang disebut tadi.
Yang paling saya ingat ialah ketika melalui dua jambatan yang dirasakan seperti berpusing. Padahal tak berpusing pun. Kalau berhenti lama atas jambatan tu mau akan terasa pening tu.
Info lain The Ghostbusters Adventure Live!
Waktu beroperasi:
daripada pukul 11:00 pagi sehingga 6:00 petang pada setiap hari.
Tiket ke Sunway Lagoon
Dewasa: RM150 – untuk yang berumur 12 tahun ke atas
Kanak-kanak: RM120 – untuk yang berumur 12 tahun ke bawah.
Dengan tiket ini sebenarnya anda bukan sahaja dapat ke rumah hantu Ghostbusters, malah anda juga boleh menikmati kesemua permainan (lebih 90 rides) yang disediakan oleh Sunway Lagoon. Malah anda juga boleh bermain permainan air di Surf Beach dengan sepuas-puasnya!
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Sunway Lagoon:
+603-5639 000
Ataupun anda boleh melawat laman sesawang Sunway Lagoon: www.sunwaylagoon.com.
Komen eXplorasa
Seronok…!!! Mendebarkan…! Teruja…! Terkejut…! Semua ada…
Untuk yang ada sakit jantung ataupun yang alah pada sinar lampu flash, anda dinasihatkan jangan masuk ke rumah hantu ni.
Anda juga diminta jangan menyentuh hantu-hantu yang menakutkan anda nanti. Sebabnya mereka hanya mengusik. Mereka tidak dibenarkan juga menyentuh anda.
Lawatan saya ke sini sangat menyeronokkan. Dan saya cadangkan anda datang ke sini merasai sendiri pengalaman disergah hantu Ghostbusters bersama dengan keluarga anda.
Percayalah… Jerit tempik yang anda sekeluarga bawa ke sini akan ditukarkan menjadi satu ikatan kekeluargaan yang rapat. Selepas itu bolehlah cuba pelbagai aktiviti adventure di sini. Pelbagai haiwan juga ada dipertontonkan di sini.
Anda juga boleh memilih untuk bermain permainan air di sebelah sana Sunway Lagoon. Dan boleh berehat sambil menikmati makan tengahari ataupun membasahkan tekak di cafe dan tempat makan yang terletak di tengah-tengah Sunway Lagoon.
Selamat bercuti di The Ghostbusters Adventure Live! @ Lynton V. Harris Scream Park Sunway Lagoon.
Nak pergi lagi. Best gilerr
YB Shehan recently posted…RASAI KETERUJAAN “THE GHOSTBUSTERS ADVENTURES – LIVE!” DI SCREAM PARK, SUNWAY LAGOON
next oergi bawak family la…
Huihhh… Seramnya… Hehehe..
Anuar recently posted…Pendaftaran Kelas Persediaan MUET di PSIS di Buka Sekarang (Sehingga 5 Ogos 2016).
hehehehe…
SA akan fikir 10 kali nak masuk..hehehe…den dah la penakut…
Suriaamanda recently posted…Top Komentator July 2016
hahahhaa. kena masuk reramai.. masuk sengsorang bamhoq tak sanggup.. hahahha
Masuk boleh ramai ramai ke scream park tu .
Boleh.. tapi bayar dia per head