Pertunjukan Silap Mata Hebat Di Sunway Lagoon

image

Pertunjukan Silap Mata Penutup 2015

Daripada kecil saya suka tengok permainan silap mata ni. Memang kagum dengan kemahiran ahli silap mata ni. Daripada trick daun terup, hilangkan barang, potong badan manusia sehinggalah kepada trick terkini Peter Marvey menerbangkan badan di udara seperti yang saya pernah tonton di Resort World Genting Highland.

Memang teruja bila dapat menonton pertunjukan silap mata ini. Mana taknya, kadang akal kita tak sempat terfikir dan tertanya-tanya macamana sesuatu aksi itu dibuat sehingga ia nampak betul-betul real.

Kali ini sekali lagi saya bakal menonton pertunjukan silap mata yang amat menarik. Kali ini ia dipersembahkan kepada umum di Sunway Lagoon. Pertunjukan hebat ini adalah sebagai acara penutup tirai Sunway Lagoon untukpengunjungnya.

TRICKSTARS, International Masters of Magic

image

Hebat ke pertunjukan ini?

Memang hebat! Saya sudah melihat sedikit daripada persembahan tersebut baru-baru ini di majlis pelancaran pertunjukan ini.

Malah yang saya bangga, saya sempat menjadi sebahagian pertunjukan silap mata yang singkat itu apabila ditarik secara tiba-tiba untuk mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.

Pertunjukan ini dibawakan khas oleh Dion and Randall International, impresarios teater terkenal di peringkat antarabangsa, dengan membawa bersama 6 ahli silap mata yang hebat daripada Las Vegas dan Eropah khas untuk tontonan seisi keluarga pengunjung Sunway Lagoon.

The Wizardry of Phelston

trickstars sunway lagoon 1

Antara magician ataupun ahli silap mata yang dijangka memukau penonton ialah The Wizardry of Phelston Jones. Beliau akan memikat hati penonton dengan kemahiran membuat magik secara komedi.

Sylvester the Jester

Anda juga akan turut dihiburkan oleh Sylvester the Jester, seorang ahli silap mata Amerika. Beliau terkenal dengan kebolehan memainkan watak kartun seperti ia berada di alam nyata.

King Charles Troupe

Kumpulan ini mempunyai kemahiran bermain bola keranjang secara luar biasa dengan menunggang basikal satu roda. Memang aneh dan mengujakan!

Rudy Coby

Dibawakan khas daripada Belanda, beliau adalah juara Dunia Silap Mata dan pemenang pelbagai anugerah magik. Gaya beliau membuat magik sambil bercerita dan menggunakan kesan visual pasti akan menarik minat anda.

Sebastian & Kristina

trickstars sunway lagoon 2

Ahli silap mata daripada Hungary yang pakar dalam bidangnya ini akan memukau anda dengan magik mereka.

Semasa sidang akhbar mereka sempat menunjukkan sedikit aksi silap mata mereka. Sama-sama kita saksikan aksi-aksi lain di pertunjukan sebenar nanti.

J’aime Holland

Penyanyi kelahiran Australia ini akan mempamerkan kepelbagaian vokalnya dan bakal mengujakan anda dengan suara beliau.

Info TRIKSTAR

Tarikh: 5 – 20 Disember 2015 (setiap malam)
Masa: 8.00 – 10.00 malam
Umur: Sesuai ditonton oleh semua peringkat umur
Harga Tiket: RM70 (kanak-kanak) / RM70 (dewasa)
Tempahan: Tiket-tiket boleh ditempah di ticketcharge.com.my untuk mengelakkan kehabisan tiket dan masalah-masalah yang lain.

Peraduan Kempen “With Love, Sunway Lagoon”

Sempena TRIKSTARS, Sunway Lagoon membuka peluang kepada orang ramai untuk mencalonkan orang tersayang atau kumpulan amal untuk satu rancangan khas melalui kempen “With Love, Sunway Lagoon”.

Peserta perlu kongsikan poster “With Love, Sunway Lagoon”, termasuk cerita yang menyentuh hati tidak lebih daripada 100 patah perkataan tentang orang yang tersayang dalam akaun Facebook masing-masing (akaun mesti ditetapkan kepada public) dan tag “Sunway Lagoon, Malaysia “bersama-sama dengan hashtag #SLWITHLOVE.

Peraduan ini bermula dari 30 November – 14 DISEMBER 2015 dengan catatan harian yang dikumpul daripada pukul 11:00 pagi hingga 4:00 petag. Pemenang akan diumumkan pada hari berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di + 603-5639 0000 atau layari laman web Sunway Lagoon di www.sunwaylagoon.com atau laman Facebook di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ