Peter Marvey: Ahli Silap Mata Tanpa Batasan

gambar orang terapung
selebriti sedang diapungkan oleh Peter Marvey

Menerima jemputan daripada Resort World Genting untuk menghadiri majlis sambutan ketibaan ahli silap mata terkenal dunia Peter Marvey membuatkan aku terus ke aplikasi Youtube di telefon pintar aku. Siapa Peter Marvey merupakan objektif pencarian aku.

Lalu aku terpaku dengan video ini:

Ahli silap mata ini telah mempersembahkan kemahirannya di perkarangan pintu masuk utama pusat membeli belah terkemuka Pavilion pada 22 May 2014 yang lalu.

Aku yang sampai seawal jam 6 petang sempat menikmati persembahan dan bergambar dengan robot-robot, Orang Tinggi, Angels, Penari-penari dan Pemuzik Jalanan Antarabangsa sementara menunggu ketibaan Peter Marvey pada jam 8 malam.

gambar orang kaki panjang
Orang Tinggi sedang bermesra dengan pengunjung
gambar robot
barisan robot-robot yang menyerikan event tersebut

Turut dijemput adalah artist tempatan seperti Hannah Tan, JJ daripada Red FM, dan Cheryl Lee daripada 988FM. Di dalam persembahan ini, ahli silap mata ini telah mengapungkan selebriti tadi tanpa bantuan backdrop. Aksi ini memang memukau mata pengunjung.

Resort World Genting memang sinonim dengan menjemput penghibur tahap antarabangsa untuk membuat persembahan di pentas persembahannya iaitu Genting International Showroom (GISR). Jika dulu RWG pernah menjemput pakar puppet terkenal untuk Stars and Strings Show dan pakar buih dan aksi hebat dalam Fantastica 2, kini Peter Marvey menjadi pilihan. RWG memang selalu mencari sesuatu yang belainan kepada pengunjungnya. Pernah juga RWG menganjurkan Ekspo Tranformers yang juga merupakan event yang unik yang amat rugi untuk dilepaskan.

Di event ini, sebanyak 1,300 tiket percuma turut diedar kepada orang ramai yang hadir. Untuk mendapatkan 2 tiket yang bernilai RM230 ini, pengunjung hanya perlu bergambar di event ini dan memuat turun gambar tersebut di Facebook. Tunjukkan Facebook tersebut kepada pihak penganjur dan anda boleh menukarkannya dengan 2 tiket ke persembahan Peter Marvey di Genting Highland pada 27 Mei 2014.

Kepada anda yang meminati seni silap mata, anda bolehlah menonton sendiri persembahan bertaraf dunia yang lain daripada lain ini di GISR Genting Highland. Bawalah keluarga anda sempena cuti sekolah ini untuk menonton persembahan ahli silap mata ini. Peter Marvey akan membuat persembahan di GISR bermula daripada 28 Jun hingga 24 November 2014.

gambar sidag akhbar
Peter Marvey tersenyum riang di majlis sidang akhbar

Harga-harga tiket adalah seperti berikut:

Dewasa

VIP – RM118
PS1 – RM88
PS2 – RM48

Kanak-kanak

VIP – RM68
PS1 – RM48
PS2 – RM28

Untuk info lanjut anda boleh melayari www.rwgenting.com ataupun terus menghubungi 03-2718 1118.

Jumpa di sana!!!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ