TGCR Dengan Buffet Ramadhan Santapan 29 Malam

BBQ
BBQ

Santapan 29 Malam… Agak unik namanya Buffet Ramadhan ini. Aku secara spontan pantas melontarkan soalan kepada En Abd Razak Omar, Pengurus di situ kenapa nama ini dipilih oleh Tropicana Golf and Country Resort (TGCR). Seperti yang aku jangka jawapannya adalah:

“Itu adalah mewakili bilangan hari berpuasa”, terang beliau sambil tersenyum. Memang beliau dah mengagak soalan ini akan timbul aku rasa.

“Tapi kan puasa 30 hari.. Kenapa angka 29 je yang diambil?” soal ku lagi.

“1 hari lagi tu orang dah balik kampung ataupun dah sibuk nak raya. Siapa nak datang sini. Kalau En Ishak nak datang malam raya tu datang la. Tapi pekerja kita ramai dah bercuti.. Hahahaha..” gelak besar En Razak dengan soalan sequel aku tu.

“Terkena” juga aku pada petang tu.

Aku sempat berbual dengan En Razak sebab aku sampai agak awal pada 30 Mei baru-baru ini. Majlis review Buffet Ramadhan di TGCR bermula pada pukul 7 petang. Pukul 6.30 petang aku dah sampai. Terus membuat pendaftaran dan mencari meja yang dikhaskan untuk media. Bro Victor, editor Majalah Golf telah terlebih dahulu sampai. Disebabkan tiada media lain lagi yang datang aku lantas mengambil tempat di sebelah beliau. Kemudiannya editor dari The Star datang dan sertai kitorang.

Sementara menunggu rakan-rakan top food blogger melayu yang lain sampai, sempat aku berjalan-jalan sekitar dewan makan ataupun cafe tersebut sebelum orang ramai mula memenuhi ruang yang agak besar itu. Yang aku perasan di tepi cafe ini ada pelbagai gerai. Kalau tidak silap perkiraan aku aku lebih kurang 23 gerai termasuk gerai buah-buahan.

ruang makan yang luas
ruang makan yang luas

Gerai-gerai yang terletak di tepi sekeliling cafe adalah Live Stall di mana ada chef yang tersedia menyediakan apa yang kita mintak. Kebanyakan menunya dimasak secara langsung bukannya telah sedia terhidang terlebih dahulu. Ini menjamin rasa dan kesegaran menu-menu tersebut.

Mari kita lihat apa ada di setiap gerai:

Gerai 1
Bubur Lambuk Berherba Tropicana

Gerai 2
Sup Gear Box Kambing
Sup Ekor Lembu
Sup Babat (perut lembu)

Gerai 3
Kuey Teow dengan sayuran dan See Hum

Gerai 4
Gulai Kawah Rusa
Gulai Kawah Ayam Kampung

Gerai 5
Nasi Pandan Kukus
Ayam Goreng Berempah
Gulai Ikan Tongkol
Anika Tempura Sayuran dan Makanan Laut

Gerai 6
Kacang Pool – dihidangkan dengan roti dan Telur Mata

Gerai 7
Nasio Arab Kambing – dihidangkan dengan Salsa dan Gravy

Gerai 8
Putu Piring – dihidangkan dengan Gula Perang dan Kelapa Parut

Gerai 9
Nasi Goreng Taiwan – dihidangkan bersama Taukan dan Sayuran Hijau

Gerai 10
Pasembor (rojak Utara)
Cucur Udang, Cucur Kelapa, TAuhu Goreng, Taugeh, Telur Rebus Goreng, Sengkuang, Timun dan Keropok
– dihidangkan bersama Kuah Kacang

Gerai 11
Cekodok Pisang, Cakoi, Cucur Ikan Bilis, Keledek Rebus, Cempedak Goreng, Pisang Goreng, Vadai, Keledek Goreng, Ubi Kayu Rebus, Keropok Lekor
– dihidangkan bersama Cili Sos Thai, Cili Sos, Kicap Cili, Kaya, Kelapa Parut

Gerai 12
Kaunter Mee
Bakso

Gerai 13
Nasi Itik Panggang
– dihidangkan bersama Timun Hiris, Tomato Hiris, Sayuran dan Sos

Gerai 14
Sotong Kangkung KL dan Rojak Buah
– berserta kuah

Gerai 15 (Aneka BBQ)
Ikan – 2 Jenis
Udang Air Tawar
Ayam Golek Tropicana
Steak
Kambing
Satay Ayam
Satay Daging Lembu
– berserta Air Asam, Kicap Cili, Sos Black Pepper, Sos Cendawan, Sos Mint, Sos BBQ, Sos Satay, Bawang, Timun, Nasi Himpit

Gerai 16
Popia Basah

Gerai 17
Roti Canai
Murtabak Maggi
Roti Jala
– kari ayam, Dhal, dan Kuah Durian

Gerai 18 (Anika Bubur)
Bubur Kacang Hijau
Bubur Kacang Merah
Pengat Pisang
Bubur Cha-cha

Gerai 19
Yong Tau Foo
– bersama Sos Istimewa

Gerai 20
Ais “Salji” dengan Koktel Buahan
Cendol

Gerai 21
Air Mata Kucing
Limau Barli
Guava Asam Boi
Tau Foo Fah

Gerai 22
Teh tarik
Nescafe Tarik
Coffee
Teh

Gerai 23 (kaunter buahan)
Jambu Batu. Jambu air, Nangka, Nenas, Tebikai Susu, Tembikai Merah, Betik, Manggis, Duku langsat, Rambutan, Buah Naga, Longan, Pisang Montel, Mangga dan lain-lain.

Ada juga Desserts disediakan di ruangan tertutup dan berhawa dingin yang terletak di bahagiann tengah.

Oh ya selain daripada gerai-gerai yang disebutkan tadi, ada juga hidangan bercirikan Melayu yang lain seperti Nasi Putih dengan lauk Ayam Masak Merah, Daging Salai Masak Lemak, Sambal Tempe Ikan Bilis, Udang Harimau Masak Kelio, Pucuk Paku Goreng Tauchu disamping ulam-ulaman dan aneka sambal yang lain seperti Belacan, Tempoyak, Budu, Cencalok, Sambal Tumbuk Kelapa, Sambal Tumbuk Ikan Bilis dan lain-lain..

menu utama
Main Course

Fuuh Banyak bukan menu-menunya? Aku yang nak tulis ni pun penat jari. Apa-apa pun Buffet Ramadhan di sini memang terbaik. Bermacam-macam pilihan menu disediakan. Mesti anda pening kepala nak makan yang mana satu nanti.

Satu lagi yang aku puji tentang cafe ini ialah, ada disediakan surau untuk solat Maghrib. Szuraunya pula memang selesa untuk pelngunjung menunaikan fardhu Maghrib. Ini amat penting kerana waktu solat Maghrib agak singkat. Jika tiada disediakan surau, ia akan menjadi sesuatu yang menyulitkan untuk pengunjung mengejar masa untuk makan dan untuk solat.

Di samping anda menikmati juadah, anda akan dihidangkan dengan persembahan irama Ghazal yang bakal menyedapkan halwa telinga anda.

Live Band
Live Band

Harga Buffet Ramadhan Santapan 29 Malam TGCR adalah seperti berikut:

Ahli
Dewasa – RM70++ (Isnin – Khamis)/ RM75++ (Jumaat – Ahad)
Kanak-kanak – RM35++ (Isnin – Khamis)/ RM40++ (Jumaat – Ahad)

Bukan Ahli
Dewasa – RM80++ (Isnin – Khamis)/ RM85++ (Jumaat – Ahad)
Kanak-kanak – RM35++ (Isnin – Khamis)/ RM40++ (Jumaat – Ahad)

Jika ada inginkan penjimatan, anda boleh buat tempahan mulai sekarang. Anda layak menikmati harga RM60++ (dewasa) dan RM30++ (kanak-kanak) jika tempahan dibuat mulai sekarang sehingga 20 Jun 2014. (semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai kerajaan dan 10% cukai perkhidmatan)

Secara keseluruhan, tempat ini amat selesa untuk menikmati suasana berbuka puasa yang rileks. Menu-menu melayu bercirikan kampung amat membuka selera dan mempunyai banyak pilihan. Surau yang disediakan amat selesa dan amat memudahkan untuk pengunjung makan tanpa terkejar-kejar waktu solat Maghrib. Aku secara peribadi rekomen cafe ataupun restoran ini untuk korang menikmati juadah berbuka puasa. Apa salahnya jika ada masa dan duit, sesekali berbuka puasa bersama keluarga di luar. Ya tak?

Untuk urusan tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian 03-7804 8888 sambungan 306 ataupun 03-7804 1919. Ataupun terus menghubungi En Razak di talian 014-927 0501 ataupun En Zainul – 012-276 5797.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba.

Jom lihat gambar-gambar yang aku sempat snap:

 18,373 total views,  1 views today

Related Stories

Discover

Kisah Sebalik Statue Manneken Pis di Brussels Belgium

Siapa dah pernah sampai sini? Di satu fountain yang ada budak kecil bertelanjang sedang...

ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik Untuk Anak Bakal Exam

Aku pernah ditanya: Betul ke ReLY aplikasi kelas online terbaik..?  Jawapan jujur aku: Aku tak...

Kempen Nikmati Pulau Pinang Yang Sangat Berbaloi!

Kempen Nikmati Pulau Pinang sedang berlangsung! Kempen apa pulak ni..? Boleh baca entri ni...

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap Di Kuala Terengganu –...

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap di Kuala Terengganu. Ada ke? Kalau di Temerloh banyak...

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Kesan penyakit kencing manis. Apa kaitannya dengan yang suka travel? Ok, jika itu persoalan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas negeri pun...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this:
G-601VBDF9PQ