Asam Laksa Old Malaya Kopitiam Yang Sangat Best

Old Malaya Kopitiam… Dengar namanya aku sangkakan yang ianya seperti kopitiam biasa yang mana menu-menunya adalah berkisar kepada pelbagai pilihan kopi disamping dessert dan makanan-makanan yang terhad. Namun berkunjung ke situ untuk meeting bersama The Bros (geng bloggers sehati sejiwa) beberapa hari yang lalu mengubah tanggapan aku kepada restoran ini. Terima kasih kepada abam kacak Bro Apis yang membawa aku ke sini.

sempat menjeling pada aku semasa gambar ini diambil
sempat menjeling pada aku semasa gambar ini diambil

Terletak di dalam kawasan yang sedang menjadi tumpuan orang-orang bangi sekarang iaitu Bangi Gateway, restoran ini amat mudah untuk dicari. Jika anda datang dan menggunakan exit tol Bangi, selepas tol anda dah boleh nampak tempat ini. Jika anda daripada kajang, anda hanya perlu mencari jalan untuk ke seksyen 15. Mercu tanda yang lain untuk ke sini, sekiranya anda ingin mencari dengan menggunakan GPS adalah Niosh. Tempat ini memang berdekatan denga bangunan Niosh dan stesyen minyak Petronas Seksyen 15.

Parkir di sini pun tidak menjadi masalah. Jika parkir di bahagian depan dan sekeliling tempat ini sudah penuh, anda boleh terus ke bahagian bawah untuk parkir kereta anda.

Ada beberapa restoran yang aku kira agak menarik untuk dicuba menunya di tempat ini. Aku sempat sekilas terpandang ada restoren cina muslim Homst Recipe yang pernah direview oleh Apis, Farel Steakhouse dan beberapa restoren lagi yang sesuai untuk makan-makan dan bersantai.

Masuk sahaja ke dalam restoran, buku menu terus dihulurkan oleh pelayan restoran. Menu yang disarankan untuk pelanggan mencuba ada ditandakan dengan simbul A+ yang dibulatkan. Banyak sebenarnya  menu-menu yang harus aku cuba. Namun daripada banyak-banyak menu tadi mataku terpaku kepada menu Asam Laksa. Aku memang seorang penggemar Asam Laksa dan sudah lama aku tak makan menu ini.

yang ada tanda ataupun simbol A+ adalah menu yang disarankan
yang ada tanda ataupun simbol A+ adalah menu yang disarankan

Tambah menarik lagi ialah design buku menu restoran ini. Kulit depan dan belakangnya sama macam buku tulis dulu-dulu. Alaa.. yang belakangnya ada sifir tu. Memang klasik. Boleh mengembalikan kenangan masa belajar sekolah rendah dulu.

kulit muka depan buku menu
kulit muka depan buku menu
kulit belakang buku menu mampu membangkit nostalgai
kulit belakang buku menu mampu membangkit nostalgia

Sesampai sahaja menu yang dipesan ke meja, perkara yang biasa aku buat selepas membaca doa adalah menyilangkan sudu dan garfu untuk membentuk logo X (eXplorasa) untuk diabadikan di dalam foto. Hehehehe.

asam laksa explorasa

Selepas itu baru aku akan merasa menu yang dipesan. Biasanya rasa suapan pertama yang banyak memberi impresi kepada aku tentang makanan yang aku pesan. Dan untuk Asam Laksa ini, hirupan kuah yang pertama memang sudah memberi aku jawapan akan kualiti Asam Laksa restoran ini. Memang best. Kuahnya pekat dengan campuran ikan. Laksanya lembut sesedap rasa.

gambar mee rebus
Mee Rebus dipesan oleh Bro Apis
roti
roti
Chicken Wrap
Chicken Wrap

Selepas ini aku akan datang lagi ke sini untuk merasa menu yang lain pula. Aku pasti menu lain pun best macam Asam Laksa tadi.

Kalau sesiapa ada datang ke Bangi, sila lah singgah ke Restoran ini. Anda pasti berpuas hati dengan menu-menu yang disediakan. Rasanya yang lazat dan best serta harganya yang berbaloi memang akan membuatkan anda tersenyum di dalam hati.

Old Malaya Kopitiam… Mu tunggu aku datang lagi!!!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ