Genting Strawberry Leisure Farm… Antara salah satu penarik untuk orang ramai naik puncak Genting Highland. Dah banyak aku terbaca review tentan ladang strawberry ni. Ni entri review daripada salah seorang student kelas WordPress dan basic SEO aku:
Jika korang dah habis cuti sesuai sangatlah cuti sekolah nanti bawa anak-anak ke Genting Strawberry Leisure Farm. Ini untuk penghuni kotaraya Kuala Lumpur dan yang sewaktu dengannya saja yer huhuhu…
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” rounded_corners=”rounded-10″ background_pattern=”otw-pattern-5″ icon_type=”general foundicon-plus” icon_color_class=”otw-greenish-text”]Genting Highlands Strawberry Leisure Farm adalah antara tempat tarikan utama pelancong ke Genting Highland. Ia terletak di Gohtong Jaya, bertentangan dengan Apartment Mawar dan Bunga Raya. Jika korang dari Karak Highway, roundabout selepas Hotel Seri Malaysia tu korang ambil kiri. Kemudian ikut jer jalan tu sampai korang jumpa ladang strawberry ni.[/otw_shortcode_info_box]
Cuti sekolah nanti bolehlah plan nak pergi hari Sabtu atau pun Ahad. Jemput baca pengalaman SS dan family ke sana yer… Ladang Strawberry ni hanya 30 minit daripada Zoo Negara. Memang dekat! Tak perlu nak sewa hotel bagai hehehe…
SS pun eksaited gak sebab ni 1st time SS ke ladang strawberry ni. Anak-anak apatah lagi… semua tak sabar nak petik buah strawberry gitew.
Sebaik sahaja sampai Sebaik sahaja sampai sini sudah semestinya SS bergambar dulu hehehe. Lepas tu terus ke kaunter tiket. Okay lah harga tiket tak mahal sangat. Harga tiket untuk kategori Dewasa RM8, Manakala kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas RM5 sahaja.
Sesi Memetik Buah Strawberry Di Genting Strawberry Leisure Farm
Dah selesai kutip kami terus ke kaunter untuk buat bayaran. Nahh… Jumlah kesemuanya ialah RM48.00. Maknanya lebih kurang setengah kilo gak kami kutip buah strawberry tadi.
Ada jer buah strawberi yang sudah petik… tapi gatal nak merasa mengutip buah strawberi huhu. Kalau yang dah kutip hanya RM15.00 jer harganya.
Di sini bukan hanya ada tanaman strawberry semata-mata tapi ada pelbagai lagi perkara yang menarik. Mesti anak-anak akan teruja… dan tak mustahil juga poket korang akan menipis huhuhu…

Antara yang menarik ialah Water Fountain, Taman Bunga, Panda Park, Kedai Cenderahati, dan lokasi-lokasi lain yang menarik untuk bergambar.
So, lepas dah puas dengan strawberi kami cuba pulak rumah gempa bumi dan tsunami.
SS rasa tak berbaloi sangat pun masuk rumah gempa bumi ni. Rasa macam dok dalam kotak lepas tu ada gegaran. Rasa membazir pulak bayar RM18.00 seorang.
Lepas tu Rumah Tsunami pulak memang hampehhhh! Mati-mati SS ingat air tu banyak macam banjir ker.. yer lah kami siap pakai baju hujan bagai. Jadi SS tak galakkan korang cuba benda ni. Tapi kalau nak try gak boleh jer!
Rasa kelakar pun ada. Tapi takpelah rezeki depa hari tu. Yang bestnyer dalam ladang strawberry ni dapat bergambar sakan. Banyak tempat-tempat yang cantik untuk bergambar.
Terutamanya dengan pelbagai jenis bunga yang ada dalam sini. Melawat ladang strawberry ni memang best kalau korang kaki selfie atau kaki bergambar.
Makanan dalam sini pun agak mahal so pastikan korang bawa air mineral dan tisu siap-siap yer. Oh ya yang bagusnya surau turut disediakan di sini. So tak perlu risau nak keluar masuk dari tempat ni. Ok selamat bercuti!
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-green-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” rounded_corners=”rounded-10″ background_pattern=”otw-pattern-5″ icon_type=”general foundicon-plus” icon_color_class=”otw-green-text”]Harga Tiket Genting Strawberry Leisure Farm: Dewasa: RM18 Kanak-kanak (5 tahun keatas): RM5 Kanak-kanak (5 tahun ke bawah): percuma Strawberry dalam pek: RM15/pek Tiket Rumah Gempa Bumi dan Tsunami: RM18[/otw_shortcode_info_box]
eh… ni penulis jemputan ke apa ni? hehe.. pernah pegi sini sekali dulu.. best… sejuk!!
rozita recently posted…GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI
haah.. penulis jemputan.. belum announce lagi.. tp entri dah keluar dulu