Bersantai Sambil Nikmati Pelbagai Menu Pretzel Lazat Di Pretz n’ Beanz Mont kiara

pretz-n-beanz-menu-terbaik

Pretzel

Pretzel (Bahasa Jerman: Brezel atau Breze) adalah sejenis produk roti yang dibakar daripada doh. Pretzels berasal dari Eropah dan dikatakan dicipta di awal Zaman Pertengahan. Pretzel tradisional adalah berbentuk silinder panjang yang bergelung. Ia dipintal dengan bentuk yang tersendiri. Namun roti ini sekarang datang dalam pelbagai bentuk mengikut kreativiti pembuatnya. ~ Wikipedia

Kali pertama saya mencuba roti ini ialah sewaktu melalui booth Auntie Anne di sebuah pusat membeli belah di sini beberapa tahun yang lalu. Selepas itu singgah di booth tersebut menjadi seperti satu perkara wajib jika kami jika bertandang ke pusat membeli belah ini. Mungkin kerana kurangkan restoran lain yang menjual roti ini, saya kurang nampak pretzel jenama lain di pasaran.

Pretz and Beanz

Minggu lepas eXplorasa berserta 3 orang blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang mencuba roti ini dan pelbagai menu yang lain di salah satu cawangan restoran ini di Solaris Mont Kiara. Agak kagum sedikit. Sangkaan saya roti ini hanya di jual di booth-booth kecil sahaja. Tak sangka ada satu restoran yang menjual menu-menu yang berasaskan pretzel seperti restoran ini.

Ini bukanlah kali pertama saya mendengar nama restoran ini. Sewaktu membuat food review di Restoran Kafe Go To School yang terletak di blok bersebelahan tempohari saya sudah terpandang akan restoran ini. Sangkaan saya pada waktu itu ialah restoran ini adalah kopitiam seperti Old Town White Coffee ,Starbuck, Coffee Bean dan restoran yang berasaskan kopi sepertinya.

Restoran ini berkonsepkan family cafe (kafe keluarga) di mana pengunjung boleh membawa kaum keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati menu yang lazat di sini sambil bersantai.

Bahan-bahan untuk menu-menunya semuanya daripada kilang sendiri (The House of taste) yang sangat menitikkan kualiti. Semua bahan-bahan diteliti dari sumbernya yang asal untuk menjaga status halal. Setakat ini restoran ini sedang memastikan segalanya mengikut panduan daripada pihak JAKIM untuk mempercepatkan proses mendapatlan sijil halal JAKIM. Permohonan telah dihantar cuma menunggu kelulusan sahaja.

Apa yang istimewanya tenntang pretzel di sini, Pretzelnya yang digoreng fresh sangat lembut dan sedap dimakan. Ia hanya digoreng apabila dipesan oleh pelanggan. Rotinya tidak keras walaupun dimakan ketika sejuk. Ini memang berbeza dengan pesaingnya yang lain.

Menu-menunya juga ditambah nilai dan dipelbagaikan. Contohnya restoran ini ada menyediakan menu Pretzel n Stew, antara menu yang mendaat sambutan ramai. Ia juga menawarkan Pretzel Pizza iaitu menu yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Susun atur restoran

Signboard boleh dilihat dari jauh

Signboard boleh dilihat dari jauh

Daripada mula-mula memasuki kawasan ini, papan tanda restoran ini sudah ternampak dari kejauhan. Ini adalah kerana kedudukan premis ini yang terletak di lot hujung sebelah jalan utama masuk ke kawasan ini. Papan tanda restoran ini yang diletakkan di depan dan di sisi restoran memainkan peranan yang penting untuk memudahkan pengunjung mencari lokasinya.

Dari luar sudah boleh mengagak bahawa restoran ini ada menawarkan sesuatu yang berlainan daripada restoran biasa. Apatah lagi apabila melangkah masuk ke dalam melalui pintu hadapan. Premis yang tidaklah terlalu besar namun mempunyai susun atur meja dan perhiasan dinding yang menarik.

meja di luar depan restoran

meja di luar depan restoran

meja di luar sebelah tepi. Sesuai untuk perokok dan yang ingin menikmati angin luar

meja di luar sebelah tepi. Sesuai untuk perokok dan yang ingin menikmati angin luar

Sewaktu melangkah masuk mata saya terus terarah kearah dinding sebelah kiri. Ada hiasan dinding dan lukisan yang memaparkan nama restoran ini. Kemudian saya menoleh ke kanan memakukan pandangan pada satu set sofa yang terletak betul di sebelah kanan pintu masuk. Sofa yang tampak selesa untuk orang seperti saya melepak sambil menghirup kopi.

nama restoran yang tertera besar di dinding sebelah kiri

nama restoran yang tertera besar di dinding sebelah kiri

pretz-n-benaz-hiasan-dinding-3

pretz-n-beanz-hiasan-dinding-4

sofa di sebelah kanan

sofa di sebelah kanan

Dari situ saya melihat ke dalam dan keseluruhan ruangan restoran. Sungguh teratur sususan kerusi mejanya. Hiasan dinding emmang tidak lekang daripada dinding-dinding dalam restoran ini. Jarak antara meja ke meja yang lain tidak terlalu rapat membuatkan saya boleh bergerk selesa untuk ke sudut dalam restoran ini. Kami memilih untuk duduk di sudut paling hujung di dalam restoran ini. Dari situ saya boleh melihat dengan jelas kaunter penyediaan makanan dan minuman.

hiasan dinding bahagian belakang

hiasan dinding bahagian belakang

tempat penyediaan minuman dan kaunter bayaran

tempat penyediaan minuman dan kaunter bayaran

Kebersihan restoran ini boleh dipuji. Tiada meja yang dtinggalkan dengan bekas makanan dan minuman serta tumpahan sisa makanan dan air. Mungkin polisi restoran ini yang mewajibkan pekerjanya membersihkan meja dengan kadar segera selepas pengunjung meninggalkan restoran.

Menu-menu menarik

Beberapa menu sempat kami cuba untuk merasa sendiri kelazatannya seperti yang diperkatakan orang sebelum ini.

Basil Cheese Pretzel (RM7.30)

pretz-n-beanz-basil-cheese-pretzel

Pretzel ni sedap dan lembut. Saya makan macam tu je. Anda boleh pilih untuk dimakan bersama sos caramel, chocolate, cream cheese dan sour cream & onions.

Cinnamon Sugar Pretzel (RM6.25).

pretz-n-beanz-cinnamon-sugar-pretzel

Ini satu lagi menu pretzel yang sempat kami cuba. Yang ni pun sedap!

Pretz n’ Stew Green Curry Chicken (RM17.90)

pretz-n-beanz-pretz-n-stew-green-curry

Menu ini ada kelainan daripada menu-menu pretzel yang lain. Ia dipadankan dengan Stew Kari Hijau. Memang saya teruja nak mencuba yang ni sebab keunikan kombinasinya. Keterujaan saya memang berbaloi apabila rasanya sangat sedap.

Suapan pertama sudah terasa kelazatan stew Kari Hijau. Rasanya lemak dan sedikit pedas. Menu ini saya rekomen anda untuk mencuba!

Champignon Baked Egg (RM17.90). Memang tak kedekut cheese, sedap!

pretz-n-beanz-champignon-baked-egg

Menu pretzel ini memang kaya dengan cheese. Kepada penggemar cheese anda patut cuba menu ini.

Chicken Hawaian Pretzel Pizza (RM15.80 untuk 7 inci)

pretz-n-beanz-pretzel-pizza

pretz-n-beanz-pretzel-pizza-2

pizza yang agak tebal

Pretzel Pizza. Anda tak akan jumpa di restoran yang lain. Menu ini adalah yang pertama di Malaysia. Pizza yang lembut dan tebal datang dalam beberapa saiz. Sangat sedap dimakan begitu saja.

Volcano Chocolate Cake with Ice Cream (RM13.65)

pretz-n-beanz-volcano-chocolate-cake-with-ice-cream

Antara dessert yang ada di sini, dessert ini paling menarik hati saya. Sesuai dengan namanya, cokelat cair yang keluar meleleh sewaktu membelah kek ini memang menggoda selera. Ditambah pula ais krim di atasnya menjadikannya kombinasi yang terbaik.

Hanya Restoran Divine On The 6th Quill City Mall sahaja yang dapat menandingi dessert ini setakat ini.

Minuman

Kami sempat mencuba beberapa menu minuman di sini.

Cafe’ Latte

pretz-n-beanz-caffe-latte

Rasanya setanding dengan kopitiam terkenal.

Green Tea Latte (RM11.90)

pretz-n-beanz-green-tea-latte

Pertama kali saya nikmati minuman ini. Tidak terlalu manis. Berkrim dan aroma teh hijaunya memang memukau.

Green Tea Latte (kiri), Cafe Latte (kanan)

Green Tea Latte (kiri), Cafe Latte (kanan)

Pelbagai kopi dan minuman lain

Selain daripada minuman yang sempat kami cuba di atas, terdapat pelbagai menu minuman di sini terutamanya yang berasaskan kopi. Pembuatan dan penyediaan kopinya setanding dengan kopitiam yang terkenal di luar sana.

Hanya pilih minuman yang anda gemari daripada buku menu dan pesan. Anda akan mendapat minuman terbaik seperti yang anda harapkan.

Kemudahan lain di sini

WiFi
Sesuai dengan temanya yang santai dan sesuai untuk melepak, restoran ini ada menyediakan sambungan WiFi percuma. Langkah bijak ini selain daripada dapat memberi kemmudahan kepada pengunjung, ia juga secara otokmatik dapat memberi peluang kepada pengunjung membuat promosi percuma kepada restoran melalui aktiviti di media sosial.

Bilik Air

pretz-n-beanz-restroom

Di bahagan belakang premis ini ada disediakan bilik air yang selesa bagi yang memerlukan.

Parkir
Oleh kerana kawasan ini agak sesak terutama di waktu-waktu puncak, parkir yang berdekatan dengan restoran ini mengikut nasib anda. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat parkir yang dekat. Namun tidak perlu gusar kerana anda boleh meletakkan kenderaan anda di parkir bangunan bersebelahan. Hanya perlu berjalan sedikit untuk ke premis ini.

Anda juga ada pilihan untuk meninggalkan kenderaan anda di tepi jalan yang tidak menghalang kenderaan lain berhampiran restoran ini. Tetapi ia adalah kesalahan lalulintas. Jadi anda berisiko untuk disaman oleh pihak berkuasa jika mereka ada membuat rondaan. Jadi pandai-pandai sendiri la ya… Saya tidak bertanggungjawab jika anda disaman.

Info lanjut

Webzite: www.pretznbeanz.com
Facebook : Pretz n’ Beanz Cafe

Alamat:
Cawangan Solaris Mont Kiara
No. 22, Ground Floor, Jalan Solaris 4,
50480 Kuala Lumpur
Tel : +603 6204 97 33
E-mail : smk@pretznbeanz.com

Cawangan IPC Shopping Centre
G23, Ground Floor, IPC Shopping Centre,
No.2, Jalan PJU 7/2 Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor
Tel : +603-7732 0175
E-mail : ipc@pretznbeanz.com

Waktu operasi :

Isnin – Jumaat : 7.00 pagi – 1.00 pagi
Sabtu & Ahad: 7.00 pagi – 2 pagi

Peta Lokasi

komen eXplorasa

Secara keseluruhan, restoran ini amat berlainan daripada restoran-restoran yang lain. Pertama, ia adalah restoran yang menyajikan menu berasakan Pretzel yang jarang didapti di restoran lain. Tidak banyak restoran pretzel ini. Yang adapun tidaklah sebesar dan selengkap ini.

pretz-n-beanz-explorasa

Kedua, restoran ini menyajikan pelbagai menu yang berasaskan pretzel. Ini bermakna pelanggan tidak hanya datang untuk menu pretzel biasa, malah mereka boleh memilih pelbagai menu seperti pizza pretzel, pretzel yang dimakan bersama stew yang lazat dan macam-macam lagi.

Ketiga, restoran ini adalah restoran yang menggabungkan pretzel dan kopi. Penggemar kopi juga boleh bertandang ke sini dan menikmati pelbagai jenis kopi yang disediakan di sini.

Untuk yang ingin datang ke sini dan tiada idea untuk mencuba menu yang mana dahulu, saya cadangkan anda mencuba pretz n stew green curry. Rasa pretzel yang lembut dan sedap ditambah lagi dengan rasa stew kari hijau yang lemak dan sedikit pedas, saya pasti anda akan teruja seperti saya tempohari.

Jika anda mencari restoran ataupun tempat makan yang menyajikan menu yang agak lain daripada kebiasaan, anda boleh cuba restoran ini. Dengan rasa yang lazat, pelbagai menu yang disediakan dan yang paling penting harga yang berpatutan, restoran ini amat berbaloi untuk anda kunjungi.

Pada saya restoran ini adalah restoran yang memfokuskan pada menu pretzel dan kopi yang paling sedap dan unik di KL.

Rating

Pretz n’ Beanz Solaris Mont Kiara
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2 (Daripada 5)

Pretz N' Beanz Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

1,964 total views, 1 views today

2 Comments

  1. Syima yusuf November 12, 2016
    • sohoque November 12, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: