Hi-Tea Penutup 2015
Di akhir tahun macam ni banyak juga acara yang dianjurkan oleh restoran-restoran dan hotel-hotel sebagai penutup tirai tahun 2015. Antaranya adalah promosi sempena dengan perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru.
Oleh kerana jarak masa antara kedua-dua sambutan ini dekat, biasanya promosi untuk kedua-duanya dilancarkan bersama. Ini lebih mudah dan menjimatkan kos pemasaran bagi restoran dan hotel yang terlibat.
Promosi Hi-Tea Krismas dan Sambutan Tahun Baru Restoran Royale Songket Hotel Grand BlueWave Shah Alam.
Minggu lalu kami sempat menghadiri jemputan ke majlis Food Review untuk promosi ini di Restoran Borak-Borak Hotel Grand BlueWave Shah Alam.
Memang sedap-sedap menu-menunya. Kena pulak ada menu kegemaran saya iaitu Ikan Salmon dan Ketam. Terus hari tu saya tak menjamah nasi. Ambik lauk feveret saya tu je.



Promosi Hi-Tea Krismas
Bermula pada 25 Disember, pukul 12 tengahari hingga 4.30 petang. Anda boleh menikmati promosi ini pada harga RM70.00 seorang (dewasa). Manakala untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak harganya RM55.00 dan RM42.00.
Antara hidangan yang anda bakal nikmati ialah hidangan klasik tradisional hari Natal dengan Ayam Belanda Panggang penuh aroma yang dihidangkan bersama Sos Cranberry. Selain itu, dihidangkan juga kepingan daging kambing rebus serta kentang yang dicelup dengan sos cranberry
Untuk dessert pula anda akan dihidangkan dengan Tat Lemon Merique, Panna Cotta, Tiramisu dan bermacam lagi.

Promosi Hi-Tea Tahun Baru
Pada 1 Januari 2016 pula akan bermula promosi Hi-Tea ini. Ia bermula pada pukul 12 tengahari dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Harga untuk orang dewasa adalah RM70.00. manakala untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas adalah RM55.00. Untuk yang ingin membawa sekali anak-anak, harga promosi Hi-Tea ini untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun adalah RM42.00.
Antara menu-menu yang akan disediakan untuk anda adalah menu-menu antarabangsa daripada Chicken Mackbous Daging Bulgogidan Nasi Mandy. Turut tidak dilupakan adalah menu-menu masakan Cina, Ketam Kham Heong.
Untuk pengalaman yang lebih menarik, pelanggan akan dihidangkan juga dengan Pan Fried Salmon with Lemon Orange Sauce bersama tradisional dessert Green Tea Velvet, Fruits Tratlets, Apple and Peas Crumble dengan sos Vanilla dan lain-lain lagi.
Untuk kedua-dua promosi di atas, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian: 03-5511 8811 ext: 2612 atau 2723
Promosi lain:
Promosi Merry Christmas 2015 & Happy New Year
Tarikh: 24 Disember 2015
Restoran: Royale Songket
Masa: 6.30 petang – 10.30 malam
Harga: RM258.00+ (2 orang)
** sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5511 8811 ext: 2612 atau 2723
Japanese Buffet BBQ Dinner
Tarikh: 25 Disember 2015
Masa: 6.30 petang – 10.30 malam
Restoran: Restoran Jepun Agehan
Harga: RM99.00+ untuk seorang. RM49.50+ untuk kanak-kanak (4-11 tahun)
*sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi: 03-5511 8811 ext: 2623 atau 2723
Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru. Selamat menjamu selera di Hotel Grand BlueWave Shah Alam.
Komen eXplorasa
Sewaktu majlis Food Review tempohari, saya sempat merasa kebanyakan daripada menu yang bakal disediakan untuk dua promosi di atas. Kesimpulan yang boleh saya buat adalah semua menu-menunya sedap!
Kalau tanya saya memang saya akan cakap Pan Fried Salmon with Lemon Orange Sauce dan Crab Kham Heong adalah terbaik. Sebab keduanya adalah kegemaran saya. Menu yang lain pun sedap.
Jadi untuk anda yang ingin membawa keluarga dan rakan makan-makan sempena sambutan krismas dan Tahun Baru, anda boleh datang ke sini. Dengan harga yang berpatutan, anda akan menikmmati menu-menu antarabangsa dan tempatan yang lazat. Ia memang berbaloi.