Murtabak paling best dan sedap di JB
Dah lama saya mendengar perihal murtabak ini. Memang ramai yang bercerita selepas balik dari JB dan singgah di sini. Kebanyakannya cakap murtabak ini sedap. Tapi mendengar tanpa merasa sendiri belum cukup meninggalkan kesan yang cukup kuat.
Sehinggalah seorang kawan membawa pulang sekeping Murtabak Cheese Daging dan menghadiahkann kepada saya. Dapatlah saya mekan bersama keluarga.
Mak aih.. Macam ni rupanya rasa murtabak ni… Memang sedap! Memang tak cukup la satu tu. Sejak dari itulah saya selalu ‘target’, kalau pergi JB saya mesti singgah di restoran murtabak ini.
Baru-baru ini saya sempat ke JB untuk bercuti. Cuti pendek saja sempena cuti sekolah. Bawak anak berjalan bercuti dalam Malaysia. Kami pilih JB sebab kebetulan saya ada dapat voucher percuma Hotel Swiss Inn JB.
Jadi kami datang JB jer la. Jimat dah bahagian penginapan. Sempatlah kami melawat beberapa tempat yang menarik di JB ni.
Restoran Murtabak Majid Special Cheese No 1
Salah satunya sudah pasti tempat yang dah lama saya ingin sampai iaitu Restoran Murtabak Majid. Kami sempat singgah dalam perjalanan pulang ke KL pada hari terakhir kami di JB.
Kami sampai lebih kurang pukul 12 tengahari berpandukan pedoman daripada Google Maps. Taip sahaja kata kunci ‘Murtabak majid JB’ anda akan dibawa terus ke depan restoran ini.
Restoran ini betul-betul terletak di tepi jalan raya. Restoran yang agak luas ini walaupun terkenal dengan menu Murtabak Cheesenya, ia juga ada menyediakan menu-menu yang lain sebagai pilihan kepada pelanggan-pelanggannya.
Antara menu lain yang saya sempat jeling pada persinggahan saya yang pertama di restoren ini ialah Nasi Goreng Ayam Penyet dan Bakso.
Menu-menu murtabak
Manakala menu murtabak pula ada beberapa jenis:
1. Murtabak Daging
2. Murtabak Ayam
3. Muratabak Kambing
Murtabak ini pula ada yang biasa, special dan jumbo. Dan ia boleh juga ditambah cheese. Setiap satu jenis ini harganya berlainan.
Oleh kerana kami sampai ke restoran ini pada pukul 12 tengahari, pelanggan masih belum ramai. Mungkin yang berkerja belum tiba waktu makan tengahari lagi waktu itu. Ada la 5-6 orang yang sedang menikmati makanan.
Di sudut sebelah kanan di pintu masuk rstoran ini pula para pekerja pakar murtabak sedang gigih memasak dan menyiapkan murtabak. Sempat lah saya mengambil gambar bahan-bahan untuk membuat murtabak tesebut sementara saya menunggu pesanan saya disiapkan.
telur – bahan wajib untuk murtabak
Saya order bungkus sahaja kerana berkejar masa untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya order 3 jenis murtabak, Daging, Ayam dan Kambing. Semuanya Special dan ada cheese. Tak mampu saya hampakan hati ini setelah sekian lama mengidam murtabak cheese tersebut.
Murtabak Special Cheese Kambing (RM16.00)
Murtabak Special Cheese Ayam (RM16.00)
Murtabak Special Cheese Daging (RM16.00)
Setelah siap murtabak kami dibungkus rapi, kami bertolak pulang. Hajat di hati nak makan apabila sampai rumah jer. Tapi kombinasi baunya yang membangkitkan selera dan perut kami yang dah mula berkeroncong, murtabak tersebut kami habiskan sebahagiannya di dalam kereta dalam perjalanan pulang dan sebahagian lagi di pusat perhentian Rehat dan Rawat (R&R) Air Keroh Melaka.
Komen eXplorasa
Memang tak dapat dinafikan lagi, murtabak yang dihasilkan oleh Restoran Murtabak Majid Special Cheese No 1 Kampung Kurnia ini adalah yang paling sedap dan best pernah saya rasa.
Ianya sangat mewah dengan ‘cheese’ dan bahan yang lain. Inilah yang menjadikan rasanya betul-betul ‘kaw‘. Anda pasti berpuashat…
Tak ada dah yang boleh challenge murtabak ini setakat ini (mengikut selera saya. Saya tak bertanggungjawab jika selera anda berbeza dengan saya). Kalau ada pun mungkin pesaing terdekatnya iaitu Murtabak di Raja Pekan Kuantan. Saya akan review murtabak di raja ni dalam masa terdekat.
Tapi kalau selera saya, saya lebih menyukai murtabak cheese di restoran ini lagi. Dan yang paling saya suka adalah Murtabak Special Cheese Kambing.
Kalau ada orang JB nak naik KL tolong bagtau saya ya. Saya nak kirim. Hahahaha.
Saya pernah sekali makan kat sini.. memang terbaikkk
kaaan.. best!!!
bamhoq… serius, terliur ni..dah la puasa. rasa nak makan jer screen ni sambil baca kesedapan murtabak..hohoooo…
biasanya, kalau bahan2 semua cukup pasti rasa pun kaw sedap.. jangan kedekut cheese, ayam, daging…tak gitu. berbaloi ngan harga kan..
dkna abza recently posted…Duit Raya Halimunan Mikhail Di Tabung Haji
haaa… ya betul…! kalau tak kedekut bahan memang best la.. pelanggan tak sayang duit nak bayar sbb rasa sedap!
dakk uhhh… nok ghetekkk
makang roti canai doooh
meleleh plak tengok ada cheese plak tu. makan ni je dah kenyang
Bahrain recently posted…Kad Debit Maybank Kena Tukar Baru
serius best bro.. kalau ke jb boleh la singgah rasa
kalau pi johor nnti kna cari nih.. nice share..
wajib cari bro…