Menikmati Wagyu Beef Sebagai Menu Berbuka Puasa Di Me’nate Steak Hub

menate-steak-hub-danau-kota
Me’nate Steak Hub, Starpac Point

Me’nate Steak Hub (MSH)

Restoran ini adalah restoran makanan barat yang amat terkenal di ibu kota. Nama restoran ini pernah menjadi viral di media sosial sedikit masa dahulu kerana harganya yang mahal. Isu salah faham tersebut telah pun dijelaskan oleh pemilik restoran ini, Encik Mustaffa Othman di Harian Metro.

Jika diselusuri, hebat sejarah hidup En Mustaffa. Sanggup menjual perniagaan daging yang sedia ada untuk pembiayaan ke England semata-mata untuk mendalami ilmu tentang penyediaan daging. Kejayaannya diterima berkerja di Istana Ratu Elizabeth sangat mengagumkan. Apa tidaknya, istana ini memang mementingkan pekerja yang sangat berkualiti untuk diambil berkerja di situ.

chef menate steak hub
Encik Mustaffa (3 dari kiri bersama Chef Me’nate Steak Hub

Di sesi preview Ramadhan Me’nate ini, saya sempat berjumpa dan bermah mesra dengan En Mustaffa yang sungguh pemurah. Sempat saya tanyakan macamana cara sebutan Me’nate. Menurut beliau ada yang menyebut [Men : Ate] (men – lelaki, ate – paste tense of eat).Tetapi beliau sendiri lebih senang dan suka untuk menyebut [Menate] yang bermakna binatang dalam dialek Kelantan. Dan beliau berbangga menyebutnya begitu kerana beliau adalah anak jati negeri Kelantan.

bergambar-bersama-pemilik-menate-steak-hub
bersama pemilik rangkaian restoran Me’nate Steak Hub

Seperti juga restoran-restoran besar yang lain, Restoran ini tidak melepaskan peluang untuk mengadakan promosi sempena kedatangan Ramadhan pada tahun ini.

Preview Ramadhan Me’nate

Bertempat di salah satu cawangan restorannya di Starpac Point, Setapak, restoran ini telah menganjurkan satu sesi review makanan untuk para media dan blogger baru-baru ini. eXplorasa turut dijemput sama. Terima kasih kepada blogger travel, Datin Izzati Hazrul kerana sudi memberi kepercayaan kepada eXplorasa.

Tercapai juga hasrat di hati untuk menikmati menu-menu sedap di restoran ini. Sebelum ini ada juga niat untuk datang ke sini dan mencuba sendiri kelazatan menu makanan barat di sini seperti yang diceritakan orang tu. Tapi menyangkakan harganya pun mungkin mahal, maka hasrat tersebut terpaksa disimpan dahulu.

Susun Atur Me’nate

Restoran ini memang teratur susunan meja makannya. Saya sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan dan kekemasannya.

Restoran ini mempunyai 2 tingkat. Di tingkat bawah terdapat terdapat hiasan gambar bahagian badan kambing dan lembu. Daging dipotong biasanya mengikut bahagian badan ini. Setiap bahagian mempunyai struktur daging yang berbeza dan ada harganya tersendiri. Info ini sangat bagus dan berguna kepada pelanggan untuk membuat pesanan.

menate-steak-hub-bahagian-lembu
jenis dan bahagian potongan daging pada seekor lembu
menate-steak-hub-bahagian-potongan-kambing
jenis dan bahagian potongan pada seekor kambing

Di bahagian bawah restoran ini juga ada ditempatkan peti sejuk beku yang terisi bahagian-bahagian daging yang telah siap dipotong dan ditandakan dengan harga yang jelas mengikut timbangannya. Jadi pelanggan bolehlah memilih berdasarkan bajet yang mereka peruntukkan.

menate-steak-hub-peti-sejuk-beku
peti sejuk beku me’mnate
menate-steak-hub-wagyu-beef
Matsasuka Wagyu Beef antara daging termahal yang ada dalam peti sejuk beku ini

Di tingkat satu restoran ini juga ditempatkan meja makan untuk pelanggan yang memilih untuk makan di sini ataupun jika bahagian bawah sudah penuh.

menate-steak-hub-minuman
air minuman free flow

Menu-menu Me’nate Khas sempena Ramadhan

Banyak menu-menu yang ditawarkan di restoran ini. Untuk kali ini saya akan tumpukan kepada menu khas yang disediakan khas sempena bulan Ramadhan.

Ada 4 jenis set individu dan 1 set keluarga yang disediakan sempena bulan Ramadhan tahun ini dengan harga serendah RM75 seorang. Set-set menu yang saya maksudkan adalah:

Set A

Menu Ramadhan - Set A
Menu Ramadhan – Set A (foto: fatinbella.com)

Dalam set ini anda akan dihidangkan dengan :

  • Angus
  • Beef Ribs
  • Lamb ribs/Ranghost
  • Pasta Olio Aglio
  • Mix Salads

Harga Set A Ramadhan Buffet MSH:

Hanya RM75 untuk seorang

Set B

Menu Ramadhan - Set B
Menu Ramadhan – Set B

Set ini mengandungi:

  • Lamb Shank
  • Lamb Ribs
  • Lamb Rack/Loin
  • Lamb Syabu
  • Pasta Olio Aglio
  • Mix Salads

Harga Set B Ramadhan Buffet MSH:

Hanya RM75 untuk seorang

Set C

Menu Ramadhan - Set C
Menu Ramadhan – Set C

Apa yang ada dalam set ini:

  • Salmon
  • Mussel
  • King Prawn
  • Scallop/Crab Meat
  • Pasta Olio Aglio
  • Mix Salads

Harga Set C Ramadhan Buffet MSH:

Hanya RM100 untuk seorang

Set D

Menu Ramadhan - Set D
Menu Ramadhan – Set D

Set ini datang dengan:

  • Wagyu Beef
  • Wagyu Beef Ribs
  • Pasta Olio Aglio
  • Mix Salads
Wagyu Beef
Wagyu Beef

menate-steak-hub-wagyu beaaf-and-rib

daging wagyu beef yang sungguh lembut dan juicy
daging wagyu beef yang sungguh lembut dan juicy

Harga Set D Ramadhan Buffet MSH:

Hanya RM150 untuk seorang

Jika anda datang bersama keluarga ataupun secara berkumpulan, selain daripada menu individu tadi ada juga menu yang disediakan untuk lebih daripada seorang.

Set Heavenly

Set Heavenly boleh dipesan untuk disajikan dengan daging (beef) ataupun kambing (lamb)

Set Heavenly Beef
Set Heavenly Beef
Heavenly Lamb
Heavenly Lamb

Untuk pesanan set ini, ia didatangkan bersama:

  • Briyani Rice
  • Lamb Shoulder (untuk pilihan set lamb)
  • Crackling Roast Beef (untuk pilihan set Beef)
  • Mix Salads
  • Mix Fruits
  • Kurma
  • minuman (free flow)

Set ini boleh dinikmati oleh 4-6 orang.

Harga Set Heavenly MSH:

Hanya RM350 satu set hidangan – untuk lamb

RM300 satu set hidangan – untuk beef

Foto-foto menarik MSH

Wagyu Beef
Wagyu Beef

menate-steak-hub-mix-vege

kurma dan buah-buahan
kurma dan buah-buahan

menate-steak-hub-mix-vege

menate-steak-hub-pelbagai-menu-3

menate-steak-hub-pelbagai-menu-2

Info tentang MSH

Untuk tempahan anda boleh menghubungi MSH di:

012-905 1517 / 011-1283 8749

Untuk mengikuti perkembangan dan promosi MSH, anda boleh follow media sosial MSH:

Facebook: MenateSteakHub
Instagram: MenateSteakHub

Waktu Operasi: 12 tghari – 11.00 malam

Lokasi MSH cawangan Setapak

Alamat:
Menate Steak Hub
starpac point,
Jalan Genting Kelang, Danau Kota,
53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Peta Lokasi

Komen eXplorasa

Restoran ini memang restoran makanan barat yang terbaik bagi saya. Saya pernah makan menu masakan barat di banyak restoran sebelum ini. Tapi apa yang disediakan di sini adalah yang terbaik.

Memang harganya agak tinggi sedikit daripada restoran biasa. Tetapi seteah menikmatinya sendiri menu-menu di sini, saya rasa harga yang perlu dibayar amat berbaloi dengan kualiti menu masakan yang dirasa.

Daging dan kambing di sini amat lembut dan juicy. Rasanya juga sangat sedap. Dengan harga serendah RM75, ianya amat berbaloi untuk dicuba.

Jika anda datang bersama keluarga pesan lah Set Heavenly satu dan Set A atau B. Set Heavenly boleh dimakan 4-6 orang. Manakala set A boleh dimakan untuk 1 atau 2 orang. Jika anda datang 8 orang, hanya RM50 lebih sahaja seorang.

Lagipun bukan selalu kita makan besar macam ni kan? Sekali sekali boleh la bawak keluarga merasa makanan yang best dan sedap.

Jadi, untuk pembaca yang mencari restoran makanan barat paling best dan sedap di Kuala Lumpur, saya amat syorkan anda ke sini untuk merasai sendiri kelazatannya. Yang penting kehalalannya terjaga.

Rating

Set Ramadhan Me’nate Steak Hub Starpac Point
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.5 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

  1. Bagi penggemar masakan daging memang patut datang ke sini….. Dengan harga ditawarkan adalah berbaloi tambah pula dapat air free flow kan….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ