Set Ramadhan Istimewa di Rail Canteen

restoran Rail Canteen Kota Damansara
restoran Rail Canteen Kota Damansara

Restoran Rail Canteen

Rail Canteen… Pertama kali saya mendengar nama restoran ini. Tiba-tiba nama restoran ini menjadi popular kerana kisah dan gambarnya dikongsi oleh rakan blogger di media sosial dan blog masing-masing. Sedap ke makan kat restoran ini?

Didorong oleh perasaan ingin tahu, serta tiada idea untuk membawa keluarga berbuka puasa di hari minggu, saya membuat keputusan untuk berbuka puasa di sini.

Sejarah Rail Canteen

Mengikut pemiliknya, Uncle Charles Lim, restoran ini meneruskan warisan sebuah kantin yang dibuka di Stesen Keretapi Kluang sejak 75 tahun dahulu. Bermula secara kecil-kecilan ia telah maju selari dengan kemajuan negara.

Restoran ini berbangga menjadi restoran ataupun kopitiam yang menyajikan makanan asli dan tradisional Malaysia. Rail Canteen berbangga menjadi salah satu Baristas yang masih lagi membuat kopi menggunakan cara tradisional. Cara ini pada mereka membuatkan kopi lebih segar, kuat dengan aroma kopi yang wangi.

Dengan menu Malaysia dan kopi tradisional, restoran ini memang sesuai untuk semua terutama rakyat Malysia untuk datang dan menikmati menu Malaysia dan kopi tradisional.

Parkir

Seperti biasa, perkara pertama sekali yang perlu dibuat apabila sampai ke destinasi ialah mencari parkir. ika anda ingin mencari parkir di tempat terbuka di luar bangunan, memang agak sukar. Di kawasan ini agak sesak dengan kenderaan terutama di waktu puncak seperti waktu makan malam sebegini.

Namun anda tidak perlu risau. Anda boleh saja parkir kenderaan anda di tempat parkir di bawah (basement) bangunan Sunway Nexis. Kadar bayaran parkir adalah mengikut jam. Namun mungkin kerana Sunway Nexis ini baru dibuka kepada orang ramai, saya tidak dikenakan bayaran pada hari itu.

Susun atur restoran

Teratur dan sangat bersih. Sekali pandang dah terdetik rasa selesa untuk makan di sini.

Menu Rail Canteen

Ada banyak menu di sini. Kebanyakannya adalah menu daripada negeri Johor. Restoran ini mempunyai menu-menu istimewanya tersendiri.

Oleh kerana sekarang bulan Ramadhan, saya mulakan dengan menu istimewa restoran ini yang ditawarkan sempena bulan Ramadhan.

set ramadhan

Terdapat 2 jenis Set Ramadhan yang ditawarkan kepada pengunjung.

1. Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng (ataupun Ayam Rendang)

set ramadhan nasi lemak ayam goreng

Set ini bukannya datang sendiri. Ia dihidangkan sekali dengan Kurma untuk memulakan berbuka puasa, Sirap Limau Ais sebagai penghapus dahaga dan Puding sebagai pencucui.

Pertama kali saya jumpa Nasi Lemak Goreng. Inovasi baru dan idea yang bagus untuk menarik pengunjung mencuba. Saya sendiri tertanya-tanya apa rasa Nasi LEmak Goreng. Kalau Nasi Lemak biasa tu memang selalu saya makan. Ini Nasi Lemak Goreng, sesuatu yang baru bagi saya.

Ayam goreng pula besar saiznya dan nampak sedap je.

2. Nasi Briyani Ayam Masak Merah.

nasi briyani ayam masak merah

Set ini seperti set yang pertama tadi, didatangkan Kurma, Sirap Limau Ais dan Puding.

set ramadhan nasi briyani ayam masak merah

Ayam Masak Merahnya memang nampak menyelerakan. Dengan kuahnya yang pekat dan ayamnya yang besar, ia pasti menjadi tarikan kepada pengunjung terutama yang datang untuk berbuka puasa seperti saya.

Lama juga berfikir nak cuba yang mana satu. Kedua-dua nampak sedap dan menarik untuk dicuba. Namun dek kerana Ayam Masak Merah adalah salah satu menu feveret saya, maka saya memilih untuk mencuba Nasi Briyani Ayam Merah. Lagipun Nasi Lemak selalu saya makan sedangkan Nasi Briyani tak selalu.

Setelah mencuba memang ternyata ianya sedap!

Harga Set Ramadhan Rail Canteen

Oh ya. Kedua-dua set Ramadhan yang saya ceritakan tadi berharga RM19.90 nett. Memang berbaloi harga ini dengan set yang lengkap dan menyelerakan.

 

Menu-menu Rail Canteen

Selain menu baru yang diperkenalkan sempena bulan Ramadhan di atas, restoran ini sebenarnya terkenal dengan keistimewaannya yang tersendiri.

Di antara yang menjadi tarikan di restoran ini ialah:

Kopi

kopi dalam pembikinan
kopi dalam pembikinan

 

Bagi peminta kopi tempatan, mereka pasti tau tentang kehebatan rasa kopi Kluang yang terkenal. Kopi di restoran ini masih lagi dibuat dengan cara tradisional iaitu biji kopi yang dibakar, diproses dan ditapi dengan menggunakan penapis stokin khas. Ia kemudiannya dibancuh untuk menjadikannya kopi yang beraroma dengan rasa kopi tempatan sebenar.

Sambal

pilihan sambal yang enak
pilihan sambal yang enak

Restoran ini juga terkenal dengan sambalnya. Ada 6 pilihan sambal. Ia boleh dijadikan menu sampingan untuk Nasi Lemak, Mee Goreng ataupun Mee Hoon Siam.

nasi lemak ayam goreng dan pilihan sambal

Sambal-sambal yang enak tersebut ialah Sambal Biasa, Sambal Udang, Sambal Ikan Bilis, Sambal Kerang, Sambal Bawang and Sambal Sotong. Setiap satu mempunyai rasa yang tersendiri. Sambal-sambal ini menjadi pelengkap membuatkan rasa menu tadi lebih sedp.

Kopi Ais Krim

Kopi Ais Krim
Kopi Ais Krim

Kopi tradisional yang segar dan beraroma tadi dibancuh bersama 3 lapisan kombinasi ais krim berperisa Vanilla, Cokelat dan Kopi. Memang best!

Roti Bakar

roti bakar

roti bakar 2

Bukan Roti bakar simple yang kita selalu makan tu. Roti Bakar ini adalah menu istimewa Rail Canteen yang dibawa sejak 75 tahun yang lalu. Anda patut rasai sendiri menu ini jika bertandang kesini.

Ban Sambal Istimewa

ban sambal istimewa

Menu ini juga anda tak jumpa di restoran atau kopitiam yang lain. Roti Ban yang dimasukkan sambal istimewa ini memang sedap dan menyelerakan.

 

Info Rail Canteen

Alamat:

Rail Canteen
Unit D-GF-02, Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1A, Petaling Jaya, Selangor

Nombor Telefon: 03-61501802,
Charles Lim (pemilik): 0122318356

Facebook : RailCanteen
Waktu Operasi: 8 pagi – 10 malam setiap hari

 

Komen eXplorasa

Jika anda inginkan menu berbuka puasa yang simple dan unik, anda boleh mencuba set Ramadhan di restoran ini. Harganya memang berbaloi.

Anda juga boleh lepak-lepak selepas berbuka dengan Kopi Air Krim yang sedap dan Ban Sambal Istimewa. Memang best!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ