Buffet Ramadhan di The Resort Cafe dan Fuzion, Sunway Resort Hotel & Spa
Hampir sebulan lagi Ramadhan bakal menjelma. Namun kemeriahan bulan mulia tersebut sudah mula terasa. Restoran dan Hotel mula sibuk menyediakan resipi menarik masing-masing untuk disediakan sebagai santapan pelanggan sewaktu berbuka puasa nanti.
eXplorasa hampir saban hari menerima jemputan food review untuk buffet Ramadhan di hotel dan restoran. Baru-baru ini kami menerima jemputan daripada Sunway Resort Hotel & Spa untuk sesi review buffet Ramadhan di restorannya, The Resort Cafe dan Fuzion. Terima kasih kepada blogger Rebecca Saw kerana memberi peluang kepada explorasa untuk sesi review ini.
Memang teruja! Memang sudah diketahui umum bahawa restoran ini memang hebat dalam bab penyediaan makanan terutama untuk bulan yang terkenal dengan lambakan makanan ini.
Pada Ramadhan tahun ini (2015) pihak restoran ini akan membuat kelainan dengan menyediakan 2 suasana. Yang pertama ialah suasana di dalam dewan dengan 400 hidangan menu dari Asia. Ini termasuk menu-menu asli daripada negara kita Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, China, Korea, Jepun dan tidak ketinggalan menu daripada Timur Tengah.
Pengunjung juga boleh menikmati suasana bazar Ramadhan dengan masakan secara langsung oleh chef yang bertugas di 10 stesen makanan tempatan dan 6 stesen kawah yang di letakkan di luar restoran untuk memberi kelainan dan rasa sebenar seperti berada di bazar Ramadhan.
Sesi Food Review
Antara menu-menu yang disediakan untuk kami di sesi food review tersebut adalah:
1. Sup Gear Box Turbo
Ini adalah menu wajib cuba jika anda ke restoran ini. Hasil daripada rebusan dengan api perlahan selama 8 jam, daging yang terlekat di tulang kaki lembu ini menjadi lembut dan mudah terlerai daripada tulang. Dengan rempah ratus yang disediakan khas oleh chefnya, menu ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya rasa.
Aromanya sudah cukup membuka selera apatah lagi apabila dicuba daging dan kuahnya. Yang paling mengujakan ialah sewaktu menghirup cecair dalam tulang dengan menggunakan straw yang disediakan. Sukar dijelaskan dengan kata-kata. Awas! jangan terus menghirup cecair tulang tu. sebabnya ia sangat panas. Melecur lidah nanti. Tunggu dulu beberapa minit sehingga ianya sejuk sedikit.
Oh ya, Sup Gear Box Turbo ini ada khasiatnya. Selain daripada dapat memanaskan badan, ia bagus untuk memulihkan fungsi otak, baik untuk kulit dan boleh mengurangkan keradangan.
2. Rendang Tok dan Lemang
Terasa seperti di pagi raya pulak. Lemangnya lembut dan rendang Toknya memang sedap.
3. Stesen Kawah di luar restoran
Kami berpeluang menyaksikan chef-chef memasak gulai kaah di luar restoran ini. Ini adalah gambaran sebenar di bulan puasa nanti.
4. Seleksi Menu Panggang
Kami dihidangkan dengan pelbagai seleksi menu panggang. Antaranya Wagyu Beef, Daging Rusa, Ayam, Kambing, Pelbagai makanan laut, dan juga Daging Arnab.
Daging-daging ini diperap dengan berhati-hati dengan menggunakan seasoning limau, garam dan herba terpilih untuk mengekalkan rasa asli menunya.
5. Mee Rojak
Mee Rojak juga disediakan untuk kami sebagai mewakili menu feveret daripada negara kita Malaysia.
6. Menu Popular dari Kepulauan Melayu dan Timur Tengah
Selain daripada mee rojak banyak lagi menu mewakili Kepulauan Melayu. Manakala menu yang mewakili negara Timur Tengah pula ialah Daging Burung Unta – Ostrich Sharwarma, Saudi Prawn Kabsa, Saudi Chicken Kabsa (Biryani), Stuffed Chicken with Freekeh, Lebanese Hummus, Shish Tawook dan lain-lain lagi.
Menu-menu tersebut mewakili negara-negara timur tengah seperti Saudi Arabia, Iran, Lebanon, Jordan, Syria, dan Mesir.
7. Pengat Labu
Sangat unik cara menu ini dihidangkan. Ini bukanlah pertama kali saya mencuba Pengat Labu. Cuma selama ini saya menikmatinya di dalam mangkuk kecil. Kali ini kami dihidangkan dengan Pengat Labu yang dimakan di dalam buah Labu yang sebenar. Sungguh unik. Dan rasanya sangat sedap!
8. Coconut Shake
Coconut Shake dihidangkan untuk menyejukkan badan juga merupakan hidangan terakhir untuk sesi food review pada malam tersebut. Juga unik dan segar kerana ia dihidangkan di dalam buah kelapa sebenar.
Menu lain di The Resort Cafe
Selain menu-menu yang dihidangkan kepada kami, restoran ini juga turut menyediakan pelbagai menu-menu yang lain. Yang memang mustahil untuk kami merasa dan mencuba kesemua ratusan menu-menu tersebut.
Antaranya ialah pelbagai menu berasaskan mee yang dikhaskan di Corner Noodle Resort Cafe. Sebanyak 7 jenis menu berasaskan mee yang disediakan di situ termasuk Nyonya Laksa Mee, Mee Rebus, Laksa Utara, Mee Kari Seremban, Bee Hun Sup Udaang, Mee Udang dan Sup Bebola Ayam Medan Selera.
Di Roti Station pula, anda boleh dapatkan pelbagai jenis menu berasaskan roti seperti Murtanak, Roti Pisang, Roti Jala, dan Roti Tisu yang boleh anda makan bersama gulai kawah yang disediakan.
Ikan Bakar dan pelbagai jenis sambal serta pelbagai jenis lauk pauk yang lain juyga ada disediakan di Ikan Bakar Station.
Satu lagi yang amat menarik hati saya di restoran ini ialah terdapat pelbagai buah-buahan yang yang segar disediakan di sini. Sebagai peminat buah-buahan, ini menjadi faktor untuk saya datang lagi ke sini untuk berbuka puasa.
Di satu sudut yang lain terdapat pelbagai menu Asian Salads seperti Rojak Buah, Som Tam, dan ulam-ulaman termasuk sambal belacan, Cincalok dan Budu.
Untuk dessert pula aneka kuih muih tradisiona disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah Tapai Ubi, Kuih Wajid, Kuih Lompang, Apam Kelapa, Dodol, Kuih Seri Muka, Pulut Inti Kelapa, dan Kuih Siput. Dessert berasaskan sup pula ialah Bubur Cha Cha, Pengat Pisang, Pengat Labu, dan Bubur Kacang Merah. Turut disediakan di Dessert Bar ialah pelbagi jenis kek, ais krim, Cookies dan Chocolate Fountain dengan pelbagai bahan.
Foto makanan di The Resort Cafe:
Fuzion Live Street-Food Bazaar
Untuk memberi suaaana santai seperti bazaar ramadhan, fuzion akan dibuka kepada pengunjung di bulan ramadhan nanti.
Antara yang boleh anda dapati di the fuzion ini ialah 10 stesen makanan yang menyediakan makanan secara lamgsung, dan 6 stesen kawan yang disediakan di luar restoran. Lebih kurang 100 jenis lauk pauk akan disediakan secara bergilir-gilir pada setiap malam.
Antara yang menarik di setesen kawah ialah 6 jenis gulai kawah termasuklah rendang daging tok, gulai ikan masin nenas, ayam Masak Merah dan bermacam gulai makanan laut.
Stesen nasi dijangka akan mendapat sambutan. Ini adalah kerana beberapa jenis nasi yang akan disediakan bergilir-gilir pda setiap hari. Antanya adalah Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Beriyani Ayam, Nasi Pelangi, Nasi Dagang Arab dan Beriyani Telur.
Di stesen Noodle pula terdapat bermacam jenis menu berasaskan mee seperti mee goreng seafood, bee hoon goreng nyonya, mee goreng mamak, kuey teow goreng, mee jawa, dan bee hoon siam goreng
Bubur lambuk yang terkenal, bubur lambuk ayam madu istimewa kampung raja turut disajikan oleh chef Parthiban. Bubur lambuk ini dinobatkan sebagai johan di dalam pertandingan memasak bubur lambuk kuala lumpur 2014
Stesen-stesen lain adalah stesen goreng, setesen satay, stesen kambing golek, stesen warung roti, stesen lemang dan ketupat dan steaen kukus.
Masa Buffet Ramadhan di restoran ini
18 Jun 2015 hingga 16 Julai 2015, di adakan setiap malam untuk makan malam dari jam 6:00 petang – 10:30 malam.
Harga
The Resort Cafe
- bermula dari RM168 nett untuk dewasa
- RM78 nett untuk kanak2 dari usia 6 hingga 12 tahun
Fuzion
- RM138 nett untuk dewasa
- kanak2 pula RM68 nett.
Hubungi
THE RESORT CAFE & FUZION
Tempahan hubungi : 603 7495 2009
Laman web : www.sunwayhotels.com
Lagi Foto menarik di The Resort Cafe
Komen eXplorasa
Terbaik. Lauk pauk memang banyak disajikan untuk pengunjung. Memang rambang mata. Tapi yang pasti, menu-menu di restoran ini memang sedap dan membangkitkan selera.
Pada saya, restoran ini adalah salah satu restoran yang menyediakan buffet Ramadhan yang terbaik. Jika anda mencari restoran yang menyediakan buffet Ramadhan best dan sedap untuk anda dan keluarga nikmati di sekitar Bandar Sunway ataupun Petaling Jaya, saya cadangkan restoran ini sebagai destinasi berbuka puasa untuk anda sekeluarga.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
ya ampun… terliur nya tengok sup gear… udang bertengkek tengkek…. nangis, perut.
Hahahah. Sup gear box tu mmg terbaik tau
menyesal pulak tgk di siang hari..
adehh…
sup gear box dia.
bergetar tulang rusuk nie.
10 stesen tu rasanya memang x balik umah jawabnya lepas makan.
shark recently posted…Kepelbagaian Solat Sunat Terawih
hahahaha… memang termakan bro. tp sup gear box dia mmg best!!!
Wah.. tempat yang sangat menarik dan
menu pun sedap2 belaka ..
Antara restoran yang best untuk buffet buka puasa ni kak. Weekend ni nak pergi lagi
Semua hidangan nampak menyelerakan!
Mmg best menu2 kat sini
Terbaek..meleleh air liur tgk.. Kena gi test gak ni sblm abis ramadhan..
Jom pergi sekali
Ahhaaa. Mesti pergi cpt
Terbaek..sungguh menyelerakan tekak ni.. Memang patut di cuba ni!!
hahahaha.. mmg patut cuba.. tak nyesal
wahhh biat yanie terliur lah…sedapppnya…
Hahahah. Mmg sedap, serius
menu semua menarik.. paling win roti tisu tu! memang buat orang tertarik nak makan..
roti tisu gak yg mas berkenan ek?
menu semua menarik.. paling win roti tisu tu! memang buat orang tertarik nak makan..
roti tisu gak yg Mas suka ek..?
Memang menyelerakan. Lama tak makam kat sini. Last Ramadhan pun lauk sedaps. ♥♥♥
kaan? best kat sini.. weekend ni sy nak pergi lg
Hahahah. Tp serius. Mmg sedap!
Kena dtg bos. Pasti x nyesal
Ada byk lg meni tau. Tu yang sempat ambik je
Adoii terliur tengok. Udang bertimbun camtu….wagyu beef…nakkk!
mama kembar 3 recently posted…Cara Jaga Gigi Kanak-Kanak
jom.. hari ahad ni nak pergi lagi