Saya dan Honda
Saya adalah pengguna Honda. Kereta kesayangan saya adalah Honda Civic Generasi ke 8 yang saya beli 7 tahun yang lalu. Memang puashati beli kereta Honda ni. Kualiti memang tip top. Memng tak ada niat langsung nak jual kereta ni walaupun dah lebih 5 tahun saya guna. Kalau saya beli kereta baru pun kereta ni saya tak akan jual.
Memang bangga sangat pakai kereta Honda ni. Sebab itulah apabila dipelawa oleh Honda Malaysia untuk mengikuti sesi pandu uji Honda Civix baru-baru ini saya terus bersetuju tanpa berfikir 2 kali. Tambahan pula sesi pandu uji Honda City baru ini dibuat dengan cara santai diselang seli dengan sesi ziarah ke akademi membuat kopi dan restoran yang agak terkenal di Ara Damansara. Ia memang sesuai untuk dimuatkan di dalam blog ini yang bernichekan Food & Travel.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya bersama Honda memandu uji kereta barunya. Tahun lepas saya pernah dipelawa untuk memandu uji kereta Honda CR-Z daripada KL ke Kota Bharu. Memang teruja memandu kereta Honda ni. Kelajuan, keselesaan dan yang paling penting keselamatan memang diutamakan.
Honda City Baru
Bentuknya memang menarik. Seksi! Itu adalah impresi pertama yang terus menerkam fikiran saya apabila pertama kali melihat Honda City ini. Kemudian kami, blogger yang menyertai sesi pandu uji diterangkan dengan lebih terperinci tentang keistimewaan kereta ini.
Secara ringkasnya apa yang boleh saya terangkan di sini adalah:
Bentuk
Seperti yang saya katakan tadi, bentuknya memang sporty. Memang seksi! Stylish look. Saya terus jatuh hati apabila pertama kali melihat secara dekat.
Ruang Dalam – keluasan dan keselesaan
Agak luas dan selesa. Sekali tengok sudah tau ianya luas. Dan ia memang terbukti apabila saya masuk dan duduk di bahagian belakang. Sangat selesa. Kaki boleh diluruskan ke depan. Begitu juga dengan bahagian hadapan. Agak luas untuk kereta kategori B ini.
Ruang Dalam – ciri menarik
Penghawa dingin belakang
Jarang kereta di dalam ketegori ini mempunyai penghawa dingin yang dikhaskan untuk penumpang di belakang. Dengan ciri ini, penumpang belakang akan selesa dan dapat menikmati penghawa dingin tanpa halangan.
USB Port
Ada 2 USB Port untuk bermacam tujuan pemilik kereta ini.
Soket Kuasa (power socket)
Ada 3 soket kuasa semuanya untuk pelbagai kegunaan pemilik kereta ini.
Pemegang Gelas
Ada 8 pemegang gelas kesemuanya untuk pemandu dan penumpang.
Ruang penyimpanan
Ada disediakan ruang penyimpanan untuk barang-barang kecil di bahagian depan kereta ini.
Ciri Keselamatan

Sungguh konfiden rasanya untuk memandu kereta ini apabila mendapati ia menyediakan 6 beg udara. 2 tambahan beg udara d sisi depan kiri dan kanan. Honda City baru ni adalah yang pertama menyediakan 6 beg udara dalam kategori dan kelasnya.
7″ Paparan Audio
Paparan yang lebar menjadikannya lebih menarik. Hiburan anda hanya di hujung jari anda. Sentuh dan hayati audionya yang mantap
Econ Mode
Untuk penggunaan minyak yang lebih effektif anda hanya perlu menekan butang Econ Mode. Ia akan memmbantu anda untuk memandu dengan cara yang betul dan menjimatkan minyak. Hanya ikut warna yang keluar di paparan meter kereta ini. Jika warna hijau yang keluar anda kekal cara pemanduan anda. Kekalkan kedar penekanan pada pedal minyak.
Namun jika warna jingga, ia bermakna cara pemanduan anda kurang efektif. Anda perlu ubahkan cara pemanduan supaya warna paparan meter berubah menjadi hijau semula.
Mengekalkan cara pemanduan dengan warna hijau di paparan meter bermakna anada memandu dengan cara yang betul dan ia akan membantu mengurangkan penggunaan minyak kereta ini. Bijak bukan?
Kapasiti ruang simpanan barang yang luas

Ruang simpanan barang di belakang (bonet) agak luas berbanding dengan pesaingnya. Berkapasiti 536 Liter, ruangan ini boleh memuatkan barang yang secukupnya untuk satu keluarga balik kampung dan jalan-jalan.
Jaminan
Honda City baru ini menawarkan 5 tahun jaminan dengan tiada had perbatuan (mileage).
4 Variasi
Kereta ini didatangkan 4 empat variasi iaitu S Variant, S+ Variant, E Variant dan V Variant. Ia dikhaskan sebagai pilihan golongan eksekutif muda, pasangan muda, keluarga kecil dan pelajar.
Harga
Dengan pelbagai ciri yang menarik ini, harganya hanya RM74,007
City Bloggers Drive
Rondaevoo Cafe
Kami berkumpul seawal pukul 10 pagi di Rondaevoo Cafe. Cafe ini dibawah pemilik yang sama dengan Roti Boy, cafe yang menyediakan produk makanan yang berasaskan roti yang banyak terdapat di pasaraya-pasaraya besar di KL.

Suasana di cafe ini agak tenang dan disediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Amat sesuai untuk lepak sambil minum-minum dengan rakan-rakan.

Seusai bersarapan di sini kami diberi taklimat tentang keistimewaan Honda City baharu dan aktiviti yang bakal kami sertai oleh Mr Jordhat Johan Shrithra, Penolong Pengurus Public Relations Honda Malaysia dan Mr Ivan Khong, instructor Honda yang berpengalaman yang juga seorang pelumba kereta.
Penerangan bersama Honda City
Di sesi ini kami diterangkan secara terperinci tentang kereta ini. Ciri-ciri yang diterangkan di dalam cafe tadi ditunjukkan secara langsung di sini.
Kami ditunjukkan ruang dalaman yang luas, beg udara, ruang simpanan barang, enjin kereta, dan lain-lain ciri istimewa lagi.
Sesi Pandu Uji bermula.
Selepas itu bermulalah sesi pandu uji yang ditunggu tunggu. Ada beberapa perhentian sepanjang sesi pandu uji tersebut. Satu kereta dikongsi oleh 3 orang blogger. Kami akan bergilir-gilir memandu. Pasukan saya terdiri daripada saya sendiri, shakiddo dan Mahamahu.
Pemandu pertama adalah Mahamahu. Beliau memandu daripada Rondaevoo Cafe sehingga ke perhentian pertama Barista Guild Asia, Pakar dalam pendidikan tentang Kopi dan perhentian kedua Crave Cafe, Oasis Ara Damansara.
Perjalanan kami amat terancang. Sebuah kereta daripada pihak Honda berada di depan sebagai Leader, Diikuti kereta pertama pasukan pertama, diikuti oleh kereta Honda City baharu pasukan ke 2 dan ketiga. Kami dibekalkan dengan makanan ringan dan air minuman yang telah tersedia di dalam kereta.
Kereta kami telah siap di pasang dengan GPS dan dibekalkan dengan walkie talkie untuk memudahkan komunikasi.
Perhentian pertama – Barista Guild Asia (BGA)
BGA adalah akademi yang menyediakan pendidikan tentang cara membuat kopi meoden dan segala yang berkaitan mengenai kopi. Ia adalah akademi berlesen yang mengajar dan memberi sijil kepada pelajar-pelajar di bawah akademinya.
Di BGA, memang banyak ilmu tentang kopi yang kami dapat. Kami diberi pendedahan tentang bagaiman mengenal kopi melalui cara menghidu, merasa dan sebagainya.
Kami ditunjukkan bagaimana proses menyediakan kopi daripada serbuknya, disukat, ditapis sehinggalah menjadi kopi yang sempurna. Agak rumit juga prosesnya sebenarnya. Suhu air untuk dicampur kopi pun ada suhu tertentu. Kopi tidak menjadi sempurna jika air di suhu yang terlalu panas.

Kami juga ditunjukkan demonstrasi seni cara membuat ukiran di atas buih kopi yang biasa kita lihat di cafe-cafe. Corak bunga, angsa, daun dan sebagainya adalah antara corak-corak yang biasa dibuat. Memang mahir mereka yang membuat lukisan atas air kopi yang siap dibancuh tersebut. Bukan senang untuk mendapat kemahiran tersebut. Sukatan kopi dan susu mesti betul, jika tidak ia tak akan menjadi sempurna. Untuk menjadi benar-benar mahir, sekurang-kurangnya pengalaman selama 3-4 tahun diperlukan.
Kami diajar bagaimana membuat Expresso, Latte, Cappuchino, Americano dan sebagainya. Menarik sebenarnya belajar mengenai kopi ini sehinggakan saya menjadi minat untuk belajar dengan lebih lanjut. Jika diberi peluang untuk belajar mesti saya tidak akan menolak.
Perhentian ke 2 – Crave Cafe at Oasis Ara Damansara
Terletak di Oasis Square Ara Damansara, cafe ini berkonsepkan cafe Australia. Sebuah restoran yang selesa tenang mata memandang. Terdapat seksyen khas untuk kanak-kanak serta ruangan majalah untuk pembacaan.
Seperti cafe yang lain, cafe ini ada menyediakan pelbagai jenis kopi daripada expresso, cappuchino, latte sehinggalah black coffee untuk pilihan pelanggannya.
Makanannya pula terdiri daripada pelbagai pilihan sandwich, pasta, berger dan bermacam lagi. Saya memilih Seabass in Spicy Cream Sauce untuk makan tengahri pada hari tersebut.
Tak banyak yang dapat saya nikmati kerana masa yang agak terhad di situ. Namun saya pasti akan datang lagi untuk sesi food review dalam masa yang terdekat.

Dari sini pemandu bertukar. Pemandu bagi perjalanan menuju ke MAEPS diambil alih oleh Shakiddo.

Perhentian ke 3 – MAEPS, Serdang
Di sini kami dikehendaki memandu uji kereta ini dengan cara yang lasak. Tujuannya adalah untuk mengalami sendiri bagaimana impak terhadap kereta semasa stering diputar secara tiba kerana mengelakkan sesuatu sebagai contoh jika kereta tidak dipasang dengan sistem Vehicle Stability Assist (VSA).
Memang agak gerun apabila pertama kali ditunjukkan bagaimana kereta “terbuang” ke sisi apabila kereta mengelakkan kon secara tiba-tiba. Memang sukar untuk mengawal kereta apabila berlaku keadaan itu.


Namun segalanya berubah apabila button VSA ditekan dan kereta berada di dalam mod VSA. Kereta menjadi lebih mudah dikawal dan tidak “membuang” ke sisi apabila aksi yang sama dilakukan.
Keadaan menjadi lebih teruja selepas itu apabila blogger sendiri berpeluang memandu kereta tersebut untuk menguji keadaan kereta dengan dan tanpa mod VSA. Perasaan takut pada mulanya menjadi seronok setelah berjaya mencuba sendiri kereta tersebut seperti yang ditunjukkan oleh instructor sebelum itu.
Pertandingan masukkan barangan ke dalam ruang simpanan barang
Selepas sesi memandu uji VSA tersebut, diadakan satu sesi pertandingan sesama blogger. Tugasannya ialah memasukkan segala barangan yang disediakan ke dalam ruang simpanan barang Honda City baharu. Pasukan yang berjaya menyusun barangan tersebut paling cantik dan kemas dengan masa terpantas akan memenangi pertandingan tersebut.


Sebanyak 2 kali percubaan diberi kepada semua pasukan. Pemenang pertandigan ini adalah pasukan 2. Pasukan saya la tu. Hehehehe.


Daripada MAEPS kami bertolak balik ke Cafe Rondaevoo di Bandar Sri Damansara tepat kami mula-mula berkumpul tadi. Kali ini giliran saya memandu kereta ini. Memang seronok memandu kereta ini. PEmanduannya sungguh licin. Sangat selesa sehingga tak terasa sudah sampai ke Bandar Sri damansara walaupun jalan agak sesak di petang itu.
Sampai di Cafe Rondaevoo diadakan sesi pembahagian hadiah dan souvenir kepada para blogger yang enagmbil bahagian. Sebuah beg pakaian berserta dengan rungan simpanan pakaian dengan logo Honda dan tag terukir nama sendiri amat menarik. Saya suka dengan cenderahati daripada Honda ini. Ditambah lagi hadiah mesin urut kecil daripada Ogawa untuk pemenang menyusun barang di dalam ruangan simpanan barang Honda City baharu, pastinya saya pulang dengan senyum lebar. Puas dan seronok. Mungkin kerana aktiviti yang disediakan dan blogger yang dipilih semuanya berkepala gila-gila.

Terima kasih Honda kerana memilih kami. Kereta Honda City baharu memang hebat. Memamng cukup berbaloi jika memilikinya.
Syabas Honda – The Power of Dream!!!
haaaaa… memang seronok dan ramai yang suka dengan Honda City… ada ciri keselamatan dan cukup selesa…
KiD recently posted…Pengalaman Memandu Uji Honda City
yup.. nasib baik aku dah ada honda civic. kalau tak angkat gak satu ni
Suka sangat dapat pandu uji Honda City nanti nak satu lah heheheh Explorasa nak beli ker…
hehehehe.. mahamahu dah tukar kereta ker.. kata nak beli jazz jer
Wah bestnya, uji pandu pun dapat souvenier best2 kan!
Noriza Rahman recently posted…Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
hahahhaha.. sgt best. antara event yg paling best tahun ni
cantik, dari dulu lagi saya minat honda city, cuma masih belum mampu beli.
Dr Fattah recently posted…Sistem Untung Pasif Untuk Bisnes Anda
insyaAllah sikit masa nnti dapat la beli tu
kete ni cuma leh bawa kat kota tinggi, kota bahru dengan manchester city aje ker??
titan recently posted…Yeo’s Sitkom Blog Contest
hahahaha.. kat banting pun boleh bro
Teringin nak test drive CRV..nampak cantik..tapi..city ni seksi la pulak hehe
Mama Nadia recently posted…Officemate ku dan oat
CRV lg best kot sbb CC lg besar
honda city memang lawa, ntah bila lah boleh pakai
siti hazreen recently posted…Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?
nanti dpt la tu.. janji ada perancangan utk mendapatkannya
wah kereta raya bro…
AUC recently posted…Soal Jawab Mengenai Puasa
hehehehe.. bergaya jer bro..