Persiapan untuk Hari Raya
Bulan Ramadhan telah pun melewati separuh bulan. Tidak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya. Tentunya hari yang berbaki ini akan dihabiskan dengan membeli kelengkapan untuk Hari Raya seperti pakaian raya dan sebagainya.
Biasanya jika membeli belah di pasaraya ia akan mengambil masa yang agak lama. Nak cari baju yang berkenan di hati untuk seisi keluarga di dalam pasaraya yang penuh sesak dengan pembeli bukannya satu perkara yang mudah.
Jika aktiviti shopping bermula sebelah petang, ia pasti akan berlarutan sehingga kepada waktu berbuka puasa. Masalahnya ialah jika kita berbuka puasa di luar premis pasaraya pasti mood untuk menyambung shopping akan terpadam. Jadi nak tak nak, tempat yang paling sesuai untuk berbuka puasa ialah di restoran yang terletak di dalam premis membeli belah itu juga. Betul tak?
Baru-baru ini saya ke Plaza Masalam di Shah Alam untuk mencari pakaian raya untuk keluarga. Selepas beberapa lama window shopping, waktu berbuka hampir tiba. Tiba masanya untuk saya mencari restoran untuk kami sekeluarga berbuka puasa.
Bila ditanya anak-anak nak makan apa, mereka serentak menjawab Nandos. Memang Nandos adalah restoran pilihan kami sejak dulu lagi. Jadi kami pun terus ke Nandos yang terletak di tingkat bawah Plaza Massalam. Kebetulan orang masih lagi tidak ramai. Mungkin masih agak awal sebelum waktu berbuka.
Chup Meja
Sesampai di depan pintu masuk restoran ini, saya lantas bertanyakan kekosongan tempat untuk membuat tempahan. Lantas kami ditunjukkan menu sempena Ramadhan. Ya, Nandos pun ada menu sempena bulan Ramadhan. Dan promosi ini datang dengan Chup Meja, iaitu cara untuk membuat tempahan meja di bulan Ramadhan ini.
Untuk info semua, Nandos memang tidak menerima tempahan meja untuk berbuka puasa melalui telefon. Anda dikehendaki datang sendiri ke premis Nandos dan lakukan 3 langkah ini:
1. Singgah ke restoran Nandos
2. Tetapkan masa makan dan hidangan yang dipilih
3. Bayar dahulu dan Chup nombor meja
* perlu diingat, tempahan Chup Meja ini hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa makan.
Ramadhan Platter
Sempena bulan Ramadhan ini Nandos telah memperkenalkan menu istimewanya iaitu Ramadhan Platter. Set ini termasuk:
- 2 x 1/4 Chicken with 2 sides
- 1 x Large PERI Chips
- 2 x Bottomless soft drinks
- 2 x Orange Bolo Cake ( pencuci mulut )
- Air minuman Free Flow (Teh O Limau dan Coke)
Harga: RM59 sahaja
Kami makan berempat pada hari tersebut. Kami pesan 1 set Ramadhan Platter, satu set biasa dan 1 set espetada.
Nandos Tapau Platter
Oh ya. Jika tidak mahu makan di restoran, anda boleh juga tapau dan makan di rumah. Hanya telefon Nandos dan buat pesanan untuk Nandos Tapau Platters.
Untuk menu tapau ini, ia didatangkan dengan:
- 1 x Whole Chicken
- 2 x regular sides
- PERCUMA air minuman Ice Lemon Tea 1.5L (bagi tempahan sebelum 5 petang)
Harga: RM45
Nombor untuk pesanan: 1300-88-6555
Untuk pre-order online: http://onlineorder.nandos.com.my/
Komen eXplorasa
Menu Nandos yang sedap-sedap memang tak perlu diperkenalkan lagi. Restoran ini memang menjadi pilihan saya dan keluarga sejak dulu lagi.
Untuk menu Ramadhan ni, ia memang berbaloi untuk dimakan di waktu berbuka puasa. Harga menu yang berbaloi sebagai sajian untuk 2 orang.
Bagi yang belum mencuba menu ramadhan ini, anda boleh lah menerjah mana-mana restoran Nandos berdekatan anda di bulan Ramadhan ini.
Bagi saya restoran ini adalah antara tempat berbuka puasa yang paling best di Shah Alam.
Anda boleh juga mengikuti review menu Ramadhan ini di blog-blog #BloggerKakiMakan berikut:
1. Hazman Fadzil – #IftarAtNandos dengan Ramadan Platter di Restoran Nandos Subang Parade
2. Mahamahu – Shopping Dan Buka Puasa Di Nando’s Bangsar Village
Mama pun berbuka di Nandos minggu lepas. Memang puas hati set ramadan platter tu. Husband puas hati, mama lagilah puas hati. hehe
Mama Nadia recently posted…5 Tips Nak Dapat Baby Cepat Sebelum Usia Lanjut
kaaan.. best!
Yeap……idea yang bagus jugak kan….buka puasa selepas enjoy shopping barangan dan pakaian hari raya….
hazman aka species1980 recently posted…Promosi Buffet Ramadhan 2015 – Hotel Puri Pujangga UKM BANGI
yeszaaa… baru la best sekali harung!
tak pandai nak makan nandos…tengok sos pon dah pening.hehehe.. pernah makan, tapi salah menu kot tak kena dengan tekak.. nanti ajak #bloggerkakimakan la tolong ajarkan menu apa yang paling best..
Dkna Abza recently posted…Suntikan Epidural Analgesia Selamat Dan Berkesan
ok nnti ajak sy dkna lanje.. set!!!
nak ajak jiran lah nanti… jom!!!
KiD recently posted…Kisah dan Pengalaman Umrah part 4
jooom.. nak ajak aku sekali pon ok.. oh ya jiran tu merangkap downline tu ke?
“Chup” pun dah jadi bahasa standard… kelass kelass
Hehehe. Mcm2 boley jadi