Zoo Melaka, juga dikenali sebagai Melaka Zoo, bukan sekadar zoo biasa ataupun tempat lawatan melihat haiwan yang biasa. Ia adalah destinasi lawatan yang menarik dan penuh pembelajaran di negeri Melaka.
Tempat ini menjadi tumpuan para pelancong terutama yang berkeluarga, baik dari dalam maupun luar negara, yang ingin menjelajahi dunia haiwan dan alam semula jadi secara dekat. Terletak di Bandar Hilir, Melaka, zoo ini adalah rumah kepada beratus-ratus spesies haiwan dari pelbagai bahagian dunia.
Zoo Melaka adalah taman haiwan yang terkenal dengan koleksi pelbagai spesies. Ia Berkeluasan 54 ekar yang menempatkan lebih 1200 ekor haiwan, termasuk haiwan eksotik, haiwan tempatan yang jarang dilihat dan 215 spesis burung. Zoo ini menawarkan pengalaman yang menarik dan mendidik. Terdapat pelbagai pameran di seluruh kawasan zoo, membawa pengunjung ke dalam pengembaraan menarik mengenai kehidupan haiwan.
Lokasi dan Cara Ke Zoo Melaka
Tempat menarik ini terletak di Bandar Hilir, Melaka, menjadikannya mudah diakses oleh pengunjung dari pelbagai lokasi. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan peribadi atau pengangkutan awam untuk tiba di destinasi ini. Lokasinya yang strategik menjadikan Zoo Melaka sesuai untuk lawatan sehari atau sebagai percutian keluarga.
Zoo Melaka Map
Keunikan dan Tarikan Utama Zoo Melaka
Apa yang ada di Zoo Melaka?
Zoo di Melaka ini penuh keunikannya tersendiri. Ia bukan ssekadar Zoo semata-mata tau. Malah ia lebih daripada itu. Ini yang bakal kalian jumpa jika bertandang ke Zoo Melaka:
Dinosaur Encounter (Zoo Melaka Dinosaur)
Dinosaur Encounter secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai Zoo Dinosaur. Berkunjung ke sini merupakan suatu pengalaman yang membawa pengunjung seolah-olah mereka kembali dalam masa ke zaman pra-sejarah.
Dengan rekaan yang realistik dan berkesan, pengunjung Dinosaur Encounter dapat berinteraksi dengan replika dinosaurus seolah-olah haiwan-haiwan purba ini benar-benar hadir di depan mata mereka.
Dinosaurs Encounters yang mempunyai keluasan 5 ekar ini adalah tarikan baru Zoo Melaka bermula pada tahun 2021. Di sini kalian akan bertemu dengan lebih 100 ekor dinosaurs. Replika dinosaurs ini ada yang statik tidak bergerak dan ada yang boleh bergerak seperti dinosaurs yang hidup. Apa yang istimewanya lagi, saiz dinosaurs ini dibuat dengan saiz sebenanr binatang tersebut.
Pengalaman Interaktif di Dinosaurs Encounter Zoo Melaka
Di sini, pengunjung berpeluang berinteraksi dengan dinosaurus-dinosaurus ini melalui elemen-elemen seperti bunyi, gerakan, dan cahaya. Ini memberikan rasa kesan yang lebih mendalam dan menghidupkan kembali suasana zaman purba di kawasan zoo ini.
Peluang Pembelajaran yang Menarik
Dinosaurs Encounters menggabungkan pembelajaran dan hiburan dalam satu pakej, memberikan pengunjung dari semua peringkat umur, pengalaman dan peluang untuk belajar lebih banyak tentang sejarah kehidupan di bumi serta membawa pulang kenangan yang tak terlupakan.
Melaka Zoo Dinosaur ini juga menyediakan peluang pembelajaran yang menarik untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Ia membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa sama-sama memahami lebih lanjut tentang jenis-jenis dinosaurus yang pernah wujud dan gaya hidup mereka. Dengan pelbagai maklumat dan fakta yang disediakan di sekitar kawasan pertemuan, pengunjung dapat menambah pengetahuan mereka tentang sejarah bumi dan evolusi haiwan.
Taman Haiwan / Zoo
Dengan keluasan berpuluh ekar, memang penat kalau berjalan kaki untuk ke segenap penjuru Zoo Melaka. Usah risau! Pihak Zoo ada menyediakan perkhidmatan tram untuk memudahkan kalian bergerak setelah kepenatan.
Terdapat pelbagai spesis haiwan di sini. Lebih unik, ada beberapa haiwan yang hanya terdapat di Zoo ini sahaja.
Nak “fefeeling” berada di Afrika, datanglah ke Zoo Melaka. Banyak haiwan-haiwan yang terdapat di benua Afrika ada di sini seperti Zirafah, Impala dan Kuda Belang. Tambah “real” lagi bila haiwan-haiwan ini bebas berkeliaran di kawasan lapang yang dikhaskan untuk mereka. Dengan melihat haiwan-haiwan ini sahaja pun kita akan tahu yang haiwan-haiwan di sini dijaga dengan baik dan cukup rapi, Sebabnya mereka ni memang nampak gemuk-gemuk belaka.
Kompleks Harimau Besar
Jika di Zoo Negara ada tarikan utama iaitu Panda, di Zoo Melaka tidak kurang hebatnya. Di sini terkenal dengan Kompleks Harimau Besar.
Zoo Melaka mempunyai kepakaran hebat dalam bukan sahaja menjaga harimau malah membiaknya juga. Sudah lebih 40 ekor anak harimau berjaya dilahirkan dan dijaga di sini. Lebih membanggakan apabila ada harimau yang dilahirkan dan dijaga di sini telah dihantar ke luar negara. Salah satunya ialah seekor harimau yang bernama Mek yang telah berjaya di hantar ke Zoo San Diego.
Di sini terdapat 2-3 spesis harimau yang dijaga dengan begitu baik termasuklah Harimau Malaya yang hampir pupus. Terdapat juga Harimau Bintang yang dijaga di sini.
Dalam banyak-banyak harimau di sini, ada seekor harimau yang cukup unik. Harimau yang dimaksudkan ialah seekor harimau yang berwarna putih yang menjaga tumpuan ramai pengunjung ke sini.
Tunggang Kuda & Gajah
Haaa yang ni anak-anaklah yang paling teruja dan seronok. Kalian boleh menunggang kuda dan gajah di sini. Bukan kanak-kanak sahaja. Orang dewasa pun boleh turut serta.
Kalian yang berada di atas tunggangan akan dibawa berjalan di sekeliling kawasann yang luas. Seronok..!
Cuma untuk tunggangan gajah, ada yang macam tak sanggup menunggang. Ini kerana adanya kempen berhenti dari menyiksa gajah sebagai alat pelancongan. Tapi kempen tu banyak dibuat kat Thailand. Kat sana mereka memang menggunakan latihan yang keras untuk melatih gajah-gajah di sana. Sebab tu aktivis haiwan melancarkan kempen tersebut.
Oh ya. Aktiviti menunggang kuda dan gajah ni hanya ada di hujung minggu. Ada bayaran extra yang dikenakan. Masanya adalah antara pukul 10 pagi hingga 12 tengahari. Kemudian rehat sekejap sebelum disambung lagi daripada pukul 2 petang hingga 4 petang.
Zoo Melaka Night Safari
Bagi yang ingin merasai pengalaman melihat aktiviti binatang di waktu malam, kalian boleh mencuba Zoo Melaka Night Safari ni. Ia diinspirasikan dari Zoo Singapura dan mampu menawarkan pengalaman hebat dan keindahan zoo di malam hari kepada para pengunjung. Jika kalian ingin melihat aktiviti binatang di siang dan juga di malam harinya, berkunjung ke Zoo di siang hari dan Night Safari di malam hari adalah sangat digalakkan. Memang berbaloi..!
Ini adalah kerana haiwan mempunyai sifat dan aktiviti berbeza di siang dan di malam hari. Jadi kalian akan dapat melihat sendiri dengan mata kepala kalian bagaimana berbezanya haiwan-haiwan ini beraksi di siang dan malam hari.
Ekspedisi Zoo Melaka Night Safari bermula pada 8pm. Ia hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan musim cuti sekolah sahaja. Jadi rancanglah percutian dan lawatan kalian sekluarga sebaiknya.
Zoo Melaka – Dulu Lain, Sekarang Lain
Berbeza.. Sangat berbeza..! Jika kalian pernah melawat Zoo ini sekitar tahun sebelum 2018, mesti kalian terkejut besar dengan perubahannya sekarang.
Dulu memang agak suram Zoo ni. Dulu penjagaan Zoo Melaka ini diswastakan di bawah syarikat swasta. Kerajaan Melaka memberi kontrak penjagaan Zoo Melaka dan juga Taman Burung Melaka kepada syarikat tersebut selama 60 tahun.
Menurut cerita, semasa di bawah penjagaan syarikat swasta ini harga tiket masuk ke zoo Melaka telah dinaikkan. Tapi dalam masa yang sama, banyak haiwan di sini mati. Yang hilang dan diberi makan kepada ular sawa pun banyak.
Melihat situasi tersebut, kerajaan negeri Melaka telah mengambil keputusan untuk menamatkan konrak jangkamasa panjang tersebut dan menjaga sendiri Zoo ini. Sejak dari itu, imej Zoo ini telah pulis sedikit demi sedikit.
Baca juga: zoo negara
[…] Kalau datang Melaka wajib makan mee bodo Melaka di kedai viral dan lawat Zoo Melaka. […]