Pengalaman Menikmati Menu Negara Yaman Di Marhaba Restaurant

Marhaba Restaurant Bandar Sunway

Nama restoran ini agak biasa didengar. Kalau tak silap restoran ini pernah menggunakan khidmat blogger untuk mempromosikannya sedikit masa dulu. Tapi yang itu adalah cawangan pertama restoran ini yang terletak Publika Solaris Dutamas.

Kali ini eXplorasa berbesar hati mendapat jemputan untuk sesi food review restoran ini untuk cawangannya di Bandar Sunway Petaling Jaya. Ini adalah kali kedua eXplorasa mendapat undangan food review untuk restoran nasi arab selepas Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya Shah Alam.

Perjalanan ke sini daripada Shah Alam mengambil sekitar 20 minit sahaja. Mungkin kerana sesi review ini diadakan pada hari Sabtu di mana kesesakan lalulintas agak kurang. Jika tidak pasti perjalanan memakan lebih masa.

restoran marhaba
Marhaba Restaurant Bandar Sunway, Petaling Jaya (foto: hazmanfadzil.com)

Agak keliru juga mengikut Waze ni. Waze mengatakan sudah sampai tetapi restoran ini tidak kelihatan. Rupa-rupanya papan tanda ditutupi oleh dinding yang dibina untuk keselamatan kerana ada pembinaan di situ. Dua kali juga saya berpusing-pusing di situ.

Parkir

Oh ya.. parkir di sini agak padat. Ini adalah lokasi restoran ini memang betul-betul berhadapan dengan pusat membeli belah dan santai Sunway Pyramid. cara terbaik untuk mendapatkan parkir adalah di belakang restoran ini. Tempat parkir ini dikhaskan untuk pengunjung sunway lagoon. Tetapi ia turut membenarkan pengunjung lain. Ini adalah tempat parking berbayar.

Susun atur Marhaba Restaurant

Restoran ini agak luas. Ada 2 tingkat. Masuk saja dari pintu depan dah ternampak susunan meja dan perabot lain yang teratur.

common dining luas
Ruangan bahagian bawah Marhaba Restaurant yang luas

Restoran ini mempunyai 4 kategori tempat untuk menikmati juadah ansi arab mengikut pilihan pelanggan iaitu:

Majlas
tempat makan bersila
Majlas

Ada 4 bilik untuk kategori ini. di sini pelanggan istimewa akan merasai pengalaman makan cara tadisional orang timur tengah yang unik. anda boleh makan sambil bersila di sini. Kusyen ada di sediakan untuk lapik punggung ataupun bersandar. Ini adalah tradisi cara makan orang Yemen.

VIP Rooms
bilik vip
Bilik VIP tingkat atas

Bilik VIP ini sebenarnya adalah satu dewan yang boleh memuatkan lebih kurang 70 orang pelanggan di dalam satu masa. Namun ia diletakkan sekatan dinding boleh alih menjadikan dewan tadi beberapa bilik yang lebih kecil jika tiada tempahan untuk menggunakan dewan.

Menikmati hidangan nasi arab Yaman di sini lebih eksklusif di mana meja makan berpanelkan kayu oaknya lebih panjang dan terhias dengan cantik untuk pengalaman terbaik pelanggan. Bilik vip yang terletak di tingkat atas ini turut menyediakan LCD TV dan bilik air tersendiri.

Common Dining
tempat makan biasa
tempat makan common dining

Tempat makan biasa ini yang terletak di tingkat bawah boleh memuatkan pengunjung sehingga 150 dalam satu-satu masa. Dinding sekelilingnya dihiasi dengan hiasan berkonsepkan arab untuk memberi lebih pengalaman makan di restoran arab.

tema arab
dihias bertemakan arab

Kawasan makan ini amat sesuai untuk majlis makan malam syarikat ataupun untuk makan-makan sambil membincangkan tentang perniagaan.

Terrace garden
konsep ala garden
menjamu selera di sini lebih nyaman dengan deruan air terjun

Kawasan makan ini berada di luar sebelah belakang restoran ini. ia berkonsepkan taman dengan air terjun dan hiasan lampu yang cantik. Amat sesuai untuk makan malam. kawasan ini boleh memuatkan sehingga 50 orang pelanggan dalam satu masa.

Untuk sesi food review ini kami diundang ke VIP Room di tingkat atas.

Menu Marhaba Restaurant

Makanan dihantar secara berperingkat. memang bagus untuk explorasa menikmati dan mengambil gambar satu persatu menu-menu tersebut.

Untuk pembuka selera kami dihidangkan dengan bebrapa potongan lobak merah dan mentimun untuk dicicah dengan sos – sos istimewa restoran ini. Turut dihidangkan bersama adalah sup kambing yang enak.

carrot slice
potongan lobak merah dan mentimun
sos istimewa
sos istimewa
delicious soup
sup yang sedap
Roti Mulauwah
roti arab
Roti Mulauwah
rendang nasi arab
Saltah Fahsah yang enak

Sungguh enak Roti Arab ini terutama apabila dimakan bersama masakan berasaskan daging seperti rendang yang dinamakan Saltah Fahsah. Ia sebenarnya adalah daging yang dimasak di dalam periuk batu dengan resipi tersendiri negara Yaman. Ada 2 versi Roti Muluauwah yang boleh dipilih oleh pelanggan iaitu untuk 4 orang makan ataupu 8 orang makan.

Marhaba Mix Grilled
kambing panggang marhaba
Marhaba Mixed Grill

Ia adalah kombinasi daripada Shish Tawook, Lamb Cubes dan Shish Kebab. Shish Tawook adalah bahagian daging ayam yang dipanggang. Lamb cubes pula adalah potongan kecil daging kambing yang dipanggang. penulis yang memang menyukai masakan berasaskan kambing memang berpuashati dengan rasa hidangan ini.

Chicken Mandi
menu masakan arab
Chicken Mandi

Ayam yang dikukus dengan rempah ratus negara Yaman

Lamb Hanith
hanith kambing
Lamb Hanith

Kambing yang dimasak menggunakan resipi asli negara Yaman. Pelanggan boleh memilih di antara bahagian kambing, ribs ataupun shoulder untuk hidangan ini.

Ini adalah antara menu yang paling popular di restoran ini.

Grilled King Fish
ikan mackerel panggang
Grilled King Fish

Ikan mackerel panggang. Menu ini pun sedap terutama bagi yang menyukai masakan berasaskan ikan.

Chicken Mazbi
ayam mazbi
Chicken Mazbi

ia adalah masakan ayam secara BBQ dengan resipi istimewa

Minuman di Marhaba Restaurant

jus koktel
Coctail Juice (foto: hazmanfadzil.com)

Ada banyak pilihan minuman. Selain daripada Jus Koktel ada lagi pelbagai pilihan minuman yang sesuai dengan citarasa anda.

teh masala
Teh Masala yang juga dikenali sebagai Shahee Mula Ban

Turut dihidang adalah teh herba arab yang dikenali sebagai Shahee Mula Ban. Agak unik teh rasa teh ini.

Dessert

puding kurma
Honey Tamar

Komen explorasa

Memang seronok menikmati makanan di restoran ini yang mana menu-menunya adalah menu asli daripada negara Yaman. Tukang masak pun diimport daripada sana. Pernah mereka menggunakan tukang masak tempatan, tetapi menu yang terhasil kurang menjadi seperti mana masakan negara timur tengah itu.

Untuk anda yang ingin merasa masakan negara yaman, penulis syorkan anda ke sini. Boleh bawa keluarga sekali untuk bersantai di sunway pyramid ataupun sunway lagoon selepas ataupun sebelum ke sini.

Info Marhaba Restaurant

MARHABA RESTAURANT
Cawangan Sunway
@Sunway Borneo Rain forest
Opp : Sunway Resort HOTEL,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Selangor
Phone : +603-745 16183

Laman sesawang : http://www.marhabarestaurant.com.my

Selamat menikmati hidangan menu nasi arab dari yaman di marhaba retaurant bandar sunway, salah satu restoran nasi arab yang paling best dan sedap di Bandar Sunway Petaling Jaya

Marhaba Restaurant Bandar Sunway Petaling Jaya
Review oleh eXplorasa pada .
Rating: 4.2

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ