Antara kata kunci yang banyak tersangkut di blog explorasa ni ialah pakej murah Europe ataupun Eropah.
Bila sebut tentang pakej murah ni, ramai yang sedikit skeptical apabila pakej sebegini dipromosikan kepada mereka. Antara isu apabila disua pakej murah ni ialah; pakej tidak berkualiti dan syarikat penipu.
Betul ke?
Pakej murah ni tak berkualiti
Hmmm… memang kalau benda yang murah ni secara otomatik minda kita akan menghukum mengatakan yang benda tersebut adalah kurang berkualiti. Betul tak? Orang kampung Mat Dang cakap: “good things not cheap.. Cheap things not good.. (benda bagus tak murah… benda murah tak bagus ) haaa gituu..
Tapi memang dalam kebanyakkan kes perkara ni betul. Aku bagi contoh charger cable iphone aku. Selepas beberapa lama pakai yang ori, satu hari tu rosak lah dia. Aku pun belilah cable yang murah tu. RM10 jer harganya. Pada aku kalau rosak apa ada hal. Aku boleh beli lagi.
Dan memang ia cepat rosak. Sebulan jer pakai dah rosak. Aku pun belilah yang baru. Ini berlaku berulang kali dalam masa beberapa bulan. Tanpa disedari, dalam beberapa bulan aku pakai yang bukan ori ni, kos beli cable tu dah lebih daripada kos beli yang ori.
Syarikat yang offer pakej murah-murah ni poyo jer. Kebabnyakannya penipu..!
Dulu aku pun fikir macam tu. Ya la, syarikat lain semua harga standard, tiba-tiba dia offer lebih murah. Kat mana dia buat untung? Takkan syarikat dia buat charity kot… Ini mesti ada permainan tak elok di sebaliknya.
Lagipun aku banyak dengar cerita dan baca sendiri di media massa dan media sosial tentang agen travel yang menipu pelanggan. Duit dan bayar, trip tak der pun. Duit lesap entah kemana…
Pengalaman mengikuti kembara Flyworld Travel memang terbaik

Tapi 2 tanggapan aku ni dah berubah apabila aku berpeluang mengikuti pakej kembara / trip yang harganya lebih murah daripada harga biasa ke europe (eropah) anjuran agensi travel Flyworld travel.
Pakej 12 hari 9 malam menjelajah ke 6 negara eropah ni benar-benar menyedarkan aku bahawa tanggapan aku sebelum ni tak semestinya betul. Tengok juga syarikat yang menawarkan pakej murah ni.
Flyworld Travel memang pemain yang agak baru dalam dunia travel. Tetapi staf-stafnya daripada CEO, Tour Leader dan staf-staf yang lain dah mempunyai kombinasi pengalaman puluhan tahun di dalam urusan membawa kumpulan kecil ataupun besar mengikuti pakej terbaiknya yang disediakan.
Ya… Mereka memang profesional dalam urusan pakej travel ini. Yang ni memang aku perhatikan sendiri sepanjang mengikuti pakej murah ni selama 12 hari 9 malam ke Eropah tempohari.
Pengalaman setiap hari mengikuti pakej murah ni dan best ni ada aku rakamkan dalam entri europe / eropah aku:
Korang kalau nak join pakej murah ni, boleh daftar segera. Untuk tahun 2018 pakej semua dah siap ada tarikh. malah dah ramai yang daftar dah pun. Takut tunggu punya tunggu pakej penuh melepas pula.
Aku berani rekomen pakej murah ni sebab aku dah pergi dan alami sendiri kembara Europe ni. Serius aku cakap. Tak terasa langsung ni adalah antara pakej paling murah yang terdapat dalam pasaran.
Layanan di sana macam pakej mahal. Hotel pun bukan sembarangan dan murah. Kebanyakan hotel yang aku dan peserta kembara Europe yang lain bermalam adalah bertaraf 3 atau 4 bintang.
Bayangkan satu hotel di Amsterdam yang kitorang menginap tu harganya €240 untuk satu bilik kalau walk in. Itu dalam Euro. RM1000 lebih kot kalau convert dengan duit kita. Itu untuk satu malam. Kami pergi 9 malam. Dengan perbelanjaan lain lagi, transport, makan dan lain-lain.
Haaa kiralah berapa akan habis duit. Tapi dengan pakej murah lagi best ke Europe / Eropah Flyworld Travel ni korang hanya perlu belanjakan tak sampai RM7,000 pun.
Ittenarray Pakej Murah Europe / Eropah
Ni aku sertakan sekali ittenarrary untuk pakej murah yang seperti pakej premium ke europe (eropah) anjuran Flyworld Travel:
Negara: England/Belgium/Netherland/Germany/Switzerland/France (Eropah – 6 Negara)
Bandar :
London / Brussel / Amsterdam / Cologne & Heilderberg / Lucerne / Paris
Hari 01–: Kuala Lumpur / Dubai / London Â
Berkumpul di KLIA – Â 3 Jam sebelum penerbangan.
Berlepas ke London pada Jam 7:10malam.
Hari 02: London – Lawatan Kota London
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London pada Jam 07:10 pagi.
Tempat – tempat lawatan adalah (Berhenti untuk berfoto):Â
- Tower Bridge,
- Istana Buckingham.
- Tempat-tempat lain (Melihat dari atas Bas) adalah Big Ben, Westminster Abbey, Trafalgar Square, Hyde Park dan London Eye.


Bermalam di London
Â
Hari 03: London (SP)
Sarapan Pagi di Hotel. Free at Leisure

Bermalam di London
Â
Hari 04: London / Berangkat ke Paris (SP)
Sarapan Pagi di Hotel. Check out Hotel. Bertolak ke Paris dengan menaiki Feri. Di jangka tiba di Paris pada pukul 7 malam.
Check in Paris.
Bermalam di Paris
Hari 05: Lawatan di Paris (SP)
Sarapan Pagi di Hotel. Lawatan separuh hari termasuk ke Eiffel Tower **(tidak termasuk tiket Eiffel Tower), Latin Quarter, Gereja Notre Dame, Place de la Concorde dan Museum Louvre (untuk berfoto di bahagian luar sahaja).

Seterusnya rombongan akan melihat pintu gerbang yang merupakan sebahagian daripada kawasan membeli belah Champ Elysees yang terkenal itu.
Hari 06: Paris/ Brussel / Amsterdam (SP)
Sarapan Pagi di Hotel. Check out Hotel.
Dari Paris rombongan akan bertolak ke Brussel, ibu negara Belgium dan pusat pentadbiran Kesatuan Eropah (EU) menjelang tengahari.

Anda akan dibawa melawat ke Manneken Pis dan Grand Place yang terletak ditengah-tengah kota Brussel. Seterusnya anda juga akan dapat melihat Istana Diraja dan BinaanAtomium.

Meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Check in hotel.
Bermalam di Amsterdam
Hari 07: Amsterdam (SP)
Sarapan pagi di hotel.
Selepas sarapan, dibawamelawat Kilang Membuat Keju dan Terompah yang dilakukan secara tradisional.

Setelah itu rombongan akan dibawa ke pusat bandar dan berfoto di depan Kincir Air yang menjadi simbol kota Amsterdam.
Pada waktu tengahari rombongan akan dibawa kesebuah Kilang Pemprosesan Batu Permata dan diikuti dengan menaiki bot (Canal Cruise) menyusuri terusan yang dibina sekeliling kota ini.

Pada sebelah petang anda akan dibawa ke kawasan Damrak yang terletak ditengah-tengah kota Amsterdam dan menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah barangan cenderahati.
Bermalam di Amsterdam
Â
Hari 08: Amsterdam – Cologne – Manheim (SP)
Sarapan Pagi di hotel. Selepas sarapan meneruskan perjalanan ke Cologne dimana anda boleh bersiar-siar sambil membeli belah di sekitar kawasan Barnhoffstrasse. Cologne terkenal sebagai salah satu kota terindah di Jerman dan didatangi oleh ramai pelancong domestik sendiri selain kota Berlin dan Munich.
Rombongan kemudiannya akan dibawa berkunjung ke Masjid Cologne. Kemudian perjalanan akan diteruskan ke Heidelberg di mana anda akan dibawa Melawat Kawasan Bandar Lama (Old Town).
Kebiasaannya rombongan bebas untuk melakukan aktiviti sendiri sehingga jam 8 malam sebelumbertolak ke hotel penginapan.
Bermalam di Mannheim @ Heidelberg
Â
Hari 09: Mannheim – Heidelberg-Tasik Titisee – Lucerne
Sarapan Pagi di Hotel. Check out hotel.
Kemudian perjalanan hari ini akan di teruskan ke Switzerland, negara kecil yang sering dirujuk sebagai salah satu negara terindah di dunia dengan bentuk landskap yang memukau.
Dalam perjalanan anda akan melalui kawasan Black Forest yang terkenal dengan keindahan pemandangan alam semulajadi.
Kemudian anda akan singgah di Tasik Titisee yang juga merupakan satu lagi tarikan pelancong di sini.
Dari sini, anda semakin menghampiri sempadan negara Switzerland dan hentian terakhir pada hari ini ialah di Air Terjun Schaffhausen (Schaffhausen Rhinefall) yang merupakan air terjun tertinggi di Eropah.
Setelah itu anda akan teruskan perjalanan ke Lucerne.
Bermalam di Zurich
Â
Hari 10: Lawatan ke Engleberg (SP)
Bertolak pada waktu pagi ke Engleberg.
Dari sini rombongan mempunyai pilihan jika ingin meneruskan lawatan ke Gunung Titlis dengan menaiki kereta kabel(tidak termasuk tiket kereta kabel) .

Pulang ke Lucerne menjelang petang, dan rombongan akan dibawa melawat sekitar kota Lucerne bersama pemandu pelancong. Kebiasaannya antara yang akan dilawati adalah Lion Monument dan Chapel Bridge.
Bermalam di Zurich
Â
Hari 11: Lucern / Zurich / Dubai (SP)
Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke airport untuk meneruskan penerbangan balik ke Kuala Lumpur
Hari 12: Abu Dhabi / Kuala Lumpur
Jom daftar segera..!
Korang yang nak daftar pakej murah ni ataupun nak tanya lebih lanjut boleh hubungi butiran di bawah:
So tunggu apa lagi? Memang korang tak jumpa dah pakej murah ke europe (eropah) macam ni. Lambat daftar habis pulak tempat tu nanti. Jooom…!
As salam, saya shanusi,
bolih tolong emailkan kpd saya tarikh2 bercuti ke Europ tahun 2018,
terima kasih.