HARI KE 5 FLYWORLD TRAVEL EUROPE TRIP: MELAWAT DAN SHOPPING DI KOTA PARIS

Hari ke 5 Flyworld Travel Europe Trip.

Pepagi lagi bangun tidur dah terbayang Eiffel Tower. Selama ni tengok gambar dan kat TV je menara yang termasuk salah satu keajaiban dunia ni. Hari ni kami akan melihat secara dekat malah akan dapat menyentuh sendiri menara ini.

Kat Europe ni Subuh masuk awal. Pukul 4 pagi dah Subuh. Cafe hotel mula dibuka untuk bersarapan pada pukul 6.30 pagi. Terus terang aku cakap, aku tak der rasa kekok pun bersarapan kat Europe ni. Sebabnya aku sarapan kat Malaysia pun makan lebih kurang sama.

Semuanya selepas aku cek paras kolestrol dalam darah aku. Beberapa bulan lepas, aku tetiba terasa pening lain macam. Rasa hanyut jer. Nak berjalan memang tak stabil. Terasa tempat aku pijak tinggi rendah. Tangan pulak kebas memanjang.

Pergi klinik, doktor ambil darah. Nah.. Memang sah..! Bacaan paras kolestrol aku 7.68. Biasanya paras normal tidak melebihi bacaan 5. Sejak daripada itu aku mula amalkan sarapan oat dan minum banyak air.

So, kat Europe ni aku memang makan oat. Malah oat kat sini lebih sedap dan cukup bahan campuran dengan bahan-bahan lain. Kat rumah aku makan oat dengan campur 1-2 jer bahan lain. Biasanya aku masukkan kismis dan kurma ke dalam oat.

Melawat Eiffel Tower

Lepas bersarapan, kembara Flyworld Travel terus menaiki bas menuju ke Eiffel Tower. Sampai di sana dalam pukul 10 pagi gitu. Pelawat dah mula ramai dan barisan untuk membeli tiket dah mula panjang. Di Eiffel Tower kita boleh naik sampai ke tingkat 3 menara tu untuk melihat pemandangan seluruh Kota Paris. Bayarannya hanya 11.

Peserta kembara Flyworld Travel terbahagi 2. Ada yang nak naik menara ada yang hanya nak bergambar kat bawah je. Di sini tour leader dah sediakan plan awal-awwal untuk yang tak mau naik.

Aku? Mestilah aku kena naik. Kalau tak macamana aku nak cerita sini kan? Lagipun bayarannya hanya E11. Ok la. Alang-alang sampai, baik naik jer. Tak tau bila lagi boleh sampai selepas ni.

tiket ke tingkat 3 – E11

Eiffel Tower, dengan ketinggian 1,063 kaki berdiri megah dan menjadi tarikan utama kota Paris. Ketinggian ini jika dinisbahkan kepada bangunan bertingkat, ia adalah setinggi bangunan 81 tingkat dan ia juga adalah bangunan tertinggi di Paris.

Senibinanya sangat halus dan uniq, menjadi lambang kehebatan engineer di sekitar tahun 1887–89, tahun Eiffel Tower dibina.

Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke tingkat 3 Menara Eiffel dengan menggunakan perkhidmatan lif, selepas beratur agak panjang juga. Dari atas sana terhampar pemandangan seluruh Kota Paris. Angin kat atas sana agak kuat menambahkan lagi kesejukan yang sedia dirasa. Baju sejuk sebagai alat pemanas badan menjadi satu kemestian untuk berada di atas menara ini.

Setelah puas mengambil gambar dan menikmati pemandangan dari atas sana, kami turun untuk berkumpul semula di dataran di kaki menara di mana peserta yang memilih untuk tidak naik membuat aktiviti bergambar di sini bersama Tour Leader. Kami memgambil gambar berkumpulan (group foto) di sini.

group foto

Sambil bergambar kami didatangi oleh penjual souvenir. Pesanan daripada tour leader sentiasa dalam ingatan. Waspada poket anda.. waspada dengan beg sandang anda. Sandang beg seeloknya dibahagian depan berbanding dibahagian belakang seperti biasa diamalkan.

Penjual souvenir di sini rata-rata berkulit hitam. Kena pandai tawar menawar dengan mereka ni kalau nak beli souvenir. Jika kena cara boleh dapat murah. Kalau tak terer tawar menawar mungkin kita boleh terkena.

Grande Mosquée de Paris

Selepas tengahari kami bergerak ke tengah-tengah kota Paris. Sudah menjadi semacam satu kemestian trip Flyworld, mesti akan singgah di masjid di satu-satu tempat utama.

Grande Mosquée de Paris

Hari ini kami singgah di masjid utama kota Paris, Grande Mosquée de Paris. Besar dan indah masjidnya. Jemaah juga meriah di masjid ni.

Sebenarnya di Perancis ini ramai juga orang islam. Mereka kebanyakannya adalah pendatang daripada morocco dan negara-negara Islam yang lain. Kami solat jamak dan qasar di sini.

Taman sebelah masjid

Di sebelah masjid, ada satu taman. Ia menjadi lokasi terbaik untuk kami berehat sebentar untuk mengisi perut. Makanan kami bawa sendiri. Tapi awas kalau korang nak makan kat taman ni. Burung merpati banyak berterbangan di sini. Dikhuatiri najis yang dilepaskan masuk dalam bekas makanan korang.

Haaa.. aku nyaris terkena tau. Nasib baik sasarannya hanya di atas peha ku yang gebu. Bukan di dalam bekas yang diisi dengan Nasi Goreng Kampung segera Brahims. Hehehe.

Champs-Élysées

Solat sudah. Makan pun sudah. Kami seterusnya bergerak ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong jika bertandang ke Paris. Champs-Élysées yang sejauh 1.9 kilometer panjang dan 230 kaki lebar memang popular dan sentiasa penuh dengan pelancong. Ia terletak di antara Place de la Concorde dan Place Charles de Gaulle, di mana Arc de Triomphe ditempatkan.

Untuk ke sini kami dibawa melalui depan Gereja Notre Dame, salah satu lokasi yang menjadi plot di dalam cerita rakyat Perancis. Banyak juga ceritanya ditayangkan di TV. Korang mungkin kenal akan watak Quasimodo, hero berbadan bongkok dalam cerita Hunchback of Notre Dame.

gereja Notre Dame

Kami lalu juga depan Place de la Concorde dan Museum Louvre. Tapi hanya melihat senibina bangunan dari atas bas sahaja.

Menjelang petang juga kami sampai ke destinasi terakhir ini. Tersergam indah deretan kedai-kedai mewah sepanjang 1.9 kilometer untuk pengunjung membeli belah di kiri dan kanan jalanraya.

Shopping? Hurmm aku memang lemah bab ni. Hahaha. Sungguh..! Kalau datang sorang tanpa bawak isteri, memang payah la aku nak shopping. Mana nak fikir barang apa nak beli. Mana nak fikir design barang, warna, saiz… arghhhhh boleh kemurungan aku kalau fikir bebenda tu semua. Hahaha. Lain la kalau daripada malaysia aku dah fikir apa nak beli.

Tapi yang sebenarnya sebab paling utama ialah tak banyak pun duit aku bawak. Keputusan ikut trip ni pun saat akhir aku buat. Tu pun sebab trip ke osaka ditunda.

So apa aku buat…? Haaa aku ikut bos Flyworld Puan Ida shopping. Ala-ala body guard gitu. Banyak juga aku belajar daripada kawan aku ni dalam bab-bab shopping menyopping ni.

Antara premis yang sempat di terjah dalam beberapa jam yang diperuntukan ini ialah premis Levi’s, Adidas, dan Sephora.

Secangkir Kopi di Kota Paris

Lepas tu sempat kami minum kopi di salah sebuah premis cafe yang terkenal di situ, George V café. Fuuuh ini memang sweet moment. Memang tak pernah terlintas dek benak aku ni, satu hari aku boleh lepak sambil minum kopi dengan kawan kat cafe di kota Paris. Perghhh! Terima kasih sekali lagi kepada Puan Ida sebab belanja kopi dan kek yang ohsem.

Minum pulak dengan kawan lama. Dah berpuluh tahun tak jumpa sejak sama-sama graduate daripada universiti dulu, tetiba jumpa dan terus ikuti pakej Europe yang dibuat oleh syarikatnya Flyworld Travel. Semuanya berlaku bagai mimpi.

Winter jacket dan impian

Sebelum balik, di minit terakhir aku sempat menyambar sehelai jaket sejuk sleeveless. Kedai tu tengah buat jualan murah. Musim sejuk telah di penghujung. Banyak baju winter diberi diskaun yang banyak. Aku beli baju (E20) dengan harapan lepas ni aku terus diberi peluang ke negara beriklim sejuk lagi.

Impian perlu dipasang segera. Dah kena mula visualise. Barulah usaha berjalan seiring. Law of Attraction perlu dititik beratkan di dalam perkara impian dan mengejar cita-cita ini.

Malam

Malam… kami balik ke hotel untuk berehat untuk persedian kembara yang lebih mengujakan pada besok hari.

Cuma langkah aku dan tour leaders serta Puan Ida masih belum terhenti di bilik tidur. Kami merayap ke hard rock cafe yang terletak beberapa kilometer daripada hotel. Masa pergi kami naik teksi berlima. Hahaha. Ada yang kena duduk atas riba wooo. Balik daripada Hardrock Cafe kami naik tren subway. So ada jugalah pengalaman aku naik subway train di Paris ni selepas berbuat demikian di London.

Sempat jugalah aku menyambar sehelai thirt dan cap Hardrock Cafe.

Sebelum tidur, kami menjamah lagi sekali nasi kebab Restoran Turki yang semalam tu… burpp tidur dalam kekenyangan lagi malam ni…

Flyworld Travel Sdn Bhd
Inginkan percutian sebegini dengan kos yang amat mampu milik? Sila follow, Like dan hubungi nombor an alamat di bawah:
Address:
Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd
Unit A8-3, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang Selangor
Tel: +603-4426 8068
+603-4426 3068
hp: +6013-370 8172
Facebook: Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpl/kn:5007

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ