HARI KE 4 FLYWORLD TRAVEL EUROPE TRIP: Bertolak ke Paris

Hari ke 4 kami dalam kembara Eropah bersama Flyworld Travel. Hari ni kami berangkat ke Paris, satu lagi kota besar dunia yang aku impikan untuk sampai.

sarapan terakhir di London

Hari ni banyak masa dihabiskan dalam bas. Untuk ke Paris, kembara ini memilih jalan air untuk ke sana. Kami menaiki feri di pelabuhan Dovers. Perjalanan ke Paris dengan feri mengambil masa lebih kurang 3 jam.

tiket feri

Port Dovers

Di pelabuhan Dovers ini kami melalui imigresen yang menandakan pintu masuk ke negara Perancis. Haaa.. Ni satu pesan aku… Kalau korang mengembara ke negara yang memerlukan pemeriksaan passport oleh immigresen tips ni penting..!

Di setiap immigresen yang dilalui hati-hati dengan tabiat bermain dengan telefon bimbit korang. Kebanyakan immigresen tidak membenarkan pengambilan sebarang foto di dalam kawasan pemeriksaan immigresen. Seeloknya korang bersabar dengan tidak melihat telefon bimbit korang sehinggalah melepasi pemeriksaan immigresen.

Aku “terkena” di imegresen kat Dovers ni. Seperti biasa aku menjalankan tugas sebagai Blogger dan Social Media Influencer. Gambar yang menarik yang disnap kat luar tadi perlu aku muat naik ke dalam Instagram dan Facebook (korang boleh follow IG dan FB aku tu untuk ikuti aktiviti aku sebagai blogger) aku dengan kadar segera sementara ada talian internet. Jika tidak ianya seakan basi nanti. Dah tak jadi live update. Ini memang tanggungjawab aku.

Rupa-rupanyanya kelakuan aku diperhatikan oleh salah seorang petugas immigresen yang sedang mengecop passport. Sampai giliran aku, selepas passport dicop aku diarahkan supaya menunggu di satu sudut sehingga rakan kembara yang lain selesai urusan passport.

Aku rileks jer. Sebab pengalaman aku sewaktu diperiksa di immigresen Jeddah dulu lebih “teruk” aku kena.

Cuma aku tertanya-tanya apa kesalahan aku pada kali ini. Selesai semua rakan kembara melepasi immigresen aku disoal siasat. Mereka syak aku menganbil gambar sewaktu sedang beratur tadi. Ya masa tu aku sibuk muat naik gambar.

Aku jelaskan hal sebenar. Diorang cek iPhone aku. Diorang tengok gambar terakhir dalam galeri phone aku. Lepas diorang puas hati diorang mintak maaf dan benarkan aku lalu. Aku ok jer. Diorang tak biadap pun. siap minta maaf lagi. Aku syak sebab diorang nampak cahaya keimanan terpancar daripada wajah kudus aku. Keh keh keh.

Inilah gambar yang aku sibuk upload tu:

Kami naik feri komersil sebenarnya. Kat atas feri memang tak terasa langsung naik feri. Mungkin sebab saiznya yg besar. Satu lagi kat atas feri tu ada sofa, kafe dan ruangan rehat seperti bukan dalam feri. Memang tak terasa feri bergerak. Tau-tau dah ada tengah laut.

Dalam feri… Casino pun ada. Hurmmm

Kecuali kalau kita ke dek di luar untuk mengambil angin ataupun merokok. Kat situ korang boleh melihat pemandangan laut luas. Biasanya ada burung camar laut yang akan bertenggek kat dek ini untuk mereka mendapatkan makanan. Kali ni kurang pulak burung tu datang. Aku terpaksa tunggu. Akhirnya datang juga seekor. Bolehla snap gambar.

pemandangan laut luas dari atas feri
kat dek luar ni pun boleh lepak-lepak ambil angin laut
ada jugak seekor camar yang singgah. Biasanya banyak yang singgah

Ok tips naik feri ni… kalau korang ke Paris menaiki feri melalui Pelabuhan Dovers ni, aku syorkan korang pastikan jalan keluar masa sampai nanti. Sebab ia ada beberapa pintu keluar dan kena menaiki tangga. Kalau korang konfius kat sini memang lelah la korang dapat nanti duk pusing-pusing cari jalan keluar. So pastikan dulu masa duk dalam feri sebelum sampai tu. Cari Calais…

Pelabuhan Calais

Feri sampai di Pelabuhan Calais lebih awal daripada perancangan. Sebabnya kami bertolak awal daripada hotel di London tadi. Kami antara orang terawal yang naik feri pada pagi tu. Jika tidak lama juga prosesnya sebab orang dah mula ramai beratur untuk naik feri..

keluar dari feri di pelabuhan Calais

Menuju ke Kota Paris

Bab perancangan masa ni Flyworld Travel memang mahir. Memang aku angkat tabik spring!. Sebabnya Tour Leadernya memang orang yang berlesen dan berpengalaman luas tentang kembara Europe ni. Diorang memang pakar dalam bab-bab nak bajet masa.

Dari Port Calais nak ke Paris kami sempat singgah di perhentian yang disediakan untuk makan, solat dan urusan ke tandas. Macam RnR kita la kalau kat Malaysia. Bezanya kat sini sangat terjaga kebersihannya…

tour leader bergambar bersama Mr Steven, driver bas yang akan membawa kami pusing Europe sampai ke Switzerland
berhenti untuk makan.
Bab solat memang Flyworld tak pernah lupa

Mengikut jadual kami tiba di paris pada pukul 7 malam dan terus check in hotel. Tapi oleh kerana kami terkehadapan daripada jadual perancangan, kami ada masa lebih kurang 1 jam untuk melihat dari jauh Eiffel Tower. Tengok jer dulu untuk dapatkan feel. Besok baru akan betul-betul ke Eiffel Tower.

Sempat la aku ambil gambar lompat “comel” kat sini. Hehehe.

lompatan tak boleh blah dari tour leader. Hehehe
Lompatan pari-pari ayu dari bos Flyworld (kena puji lor.. nanti nak pergi Balkan lak ni. hahaha)

swafoto sini wajib wooo
group foto dulu sementara menunggu besok untuk datag lagi

Kami tiba di hotel untuk berteduh pada malam ini pada pukul 7 malam. Hotel pilihan kami adalah Forest Hill Hotel. . Ok la hotel ni. Tengah bandar.

hotel tempat berteduh kami. Best hotel ni!
menunggu pendaftaran hotel
bilik aku… tidur sorang

Selesai sudah urusan pendaftaran hotel dan simpan beg. Aku dan Tour Leader bersama bos Flyworld Travel keluar ke Restoran Turki kat depan hotel utk mengisj perut yang dah mula mendendangkan irama heavy metal (sebab lapar sangat la tu.. hahahah)

Restaurant Saray Istanbul

Sedap kebab kat sini. Harga dalam lingkungan €13 – €18. Portionnya banyak. Boleh makan 2 orang. Terima kasih bos Flyworld, puan Ida kerana sudi belanja. Moga bertambah rezeki sebab belanja anak yatim ni. Hahaha.

kebab ayam
mixed kebab
teh tarik
terima kasih Puan Ida sudi belanja

Hari ke 4 berakhir dengan perut yang kenyang dan mimpi indah untuk ke Eiffel Tower besok pagi.

Flyworld Travel Sdn Bhd
Inginkan percutian sebegini dengan kos yang amat mampu milik? Sila follow, Like dan hubungi nombor an alamat di bawah:
Address:
Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd
Unit A8-3, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang Selangor
Tel: +603-4426 8068
+603-4426 3068
hp: +6013-370 8172
Facebook: Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpl/kn:5007

Loading

Related Stories

Discover

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai "Masjid Tengku Tengah Zaharah," merupakan salah satu mercu tanda...

Banjaran Titiwangsa | Harta Karun Alam Semulajadi Tulang Belakang...

Banjaran Titiwangsa, sebuah rangkaian bukit dan gunung yang mengukir lanskap Semenanjung Malaysia, adalah antara...

Gunung Kinabalu – Bukan Sekadar Puncak Hendak Ditawan

Gunung Kinabalu, yang terletak di Negeri Sabah, Malaysia bukan sekadar sebuah gunung tetapi ia...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ