Dah masuk hari ke 3 Europe Trip ni. Kejap jer rasa.
Nyenyak sangat tidur malam tadi. Almaklum la letih berjalan di kota London. Campur dengan tak cukup tidur dalam flight jugak kot.
Terjaga dek bunyi alarm jam telefon yang aku kunci. Pukul 4 pagi… Subuh pun dah masuk. Aku bangun solat Subuh kejap. Lepas tu aku dah tak terasa nak tidur dah. Terus bukak laptop dan selesaikan apa-apa kerja yang patut.
Pukul 6 pagi dunia sekitar hotel sudah cerah. Walaupun tak nampak cahaya matahari bersinar, tapi ia sudah memadai untuk memberitahu aku yang suasana itu adalah suasana pagi.
Pagi ni hujan renyai. Cuaca memang agak sejuk, 11’C. Waktu macam ni lah baru sedar betapa pentingnya baju sejuk (winter) yang aku baru beli sebelum mengikuti trip ni.
Sarapan di hotel The Moxy (salah sebuah hotel di bawah pengurusan The Marriot) tempat aku berteduh ni, boleh tahan. Banyak juga pilihan roti dan pastri yang ada. Nak makan menu yang lain yang melibatkan daging dan ayam takut ianya tidak Halal. Jadi cukuplah pastri, oat dengan susu, buah-buahan dan yogurt menjadi habuan di samping sebiji pisang. Hahahah.. Tu pun dah kenyang giller sebenarnya.
Pukul 8 pagi kami dah bergerak dengan menaiki bas yang disewa khas. Aktiviti utama hari ni ialah bershopping di Portsmouth. Kenapa Flyworld Travel memilih Portsmouth? Bukannya tempat shopping yang lain?
Kerana di Portsmouth ada satu tempat shopping yang murah iaitu Gunwharf Quays.
Gunwharf Quays
Jarak Gunwharf Quays dengan hotel tempat kami menginap agak jauh. 3 jam perjalanan dengan bas dengan mengambil kira masa berhenti diperjalanan untuk berehat sejenak sambil melepaskan “hajat”.
Tempat ni lebih kurang macam Johor Premium Outlet (JPO). Satu kawasan premis yang besar. Kat dalamnya ada pelbagai premis yang terdiri daripada premis jenama yang terkenal. Cuma harganya lebih murah daripada tempat lain.
Orang Malaysia yang datang ke London ni, selain daripada Shopping di gedung pakaian murah Primark, mereka biasanya pergi ke Bicester Village untuk membeli belah.
Beza Gunwharf Quays dengan Bicester Village ialah di Bicester Village, outletnya menjual jenama yang lebih mahal seperti Mulberry, Burberry, Gucci, Prada, Ralph Lauren dan lain-lain jenama yang mahal. Manakala Gunwharf Quays menjual jenama-jenama yang lebih mampu milik Seperti North Face, Clark, Fossil, Asic, Adidas dan lain-lain lagi.
Jadi pemilihan Gunwharf Quays oleh Flyworld Travel aku rasa sangat bijak dan adil untuk semua peserta yang ikuti pakej Europe Trip kali ini.
Ya la.. Bukan semua mampu shopping jenama yang mahal-mahal. Macam aku ni. Memang sah aku melopong jer la kalau pergi Bicester Village untuk shopping jenama branded. Tapi di Gunwharf Quays aku mampu la beli jenama seperti Clark, North Face, Asic dan lain-lain.
Kami habiskan masa selama 3 jam untuk membeli belah di sana. Memang rambang mata. Barang-barang yang aku senaraikan dalam wishlist aku, aku rasa hampir semuanya ada di sini. Cuma duit jer aku tak bawak banyak.. Hehehe.
Merasa pengalaman naik keretapi bawah tanah
Lepas puas bershopping di Gunwharf Quays Portsmouth, kami menuju semula ke Central London. Sampai di Marble Arch pun hari sudah menjelang malam. Kali ini aktiviti bebasnya adalah merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi bawah tanah.
Memang di London ni terkenal dengan kemudahan “subway train”nya. Haluan yang dibuat untuk laluan subway train amat teratur dan senang untuk difahami. Ia dibahagikan dengan zon-zon tertentu. Kita hanya perlu faham dengan membaca panduan peta subway train.
Jika faham perjalanannya, sangat mudah untuk kita bergerak di sekitar Kota London. Beli jer tiket pass untuk sehari yang berharga 12 pound lebih. Pass ini boleh digunakan untuk menaiki train dan bas sekitar London. Memang jimat menggunakan pass untuk sehari ni jika banyak nak berjalan sekitar London dengan menaiki Keretapi Bawah Tanah dan bas.
Stamford Bridge, Chelsea FC
Kami memilih perjalanan ke Stadium bolasepak Chelsea untuk merasai pengalaman menaiki subway train.
Ya… Teruja… Tapi keterujaan aku terbatas…
Ada la rasa sedikit teruja sebab aku berjaya sampai ke stadium ni. Giller tak teruja. Dah lama kot aku minat dan ikuti Liga Bolasepak Inggeris.
Cuma pasukan aku bukan pasukan Chelsea. Aku menyokong pasukan Liverpool. Sedikit terkilan aku sebab Liverpool ni terletak di luar Kota London. Kalau berdekatan aku pasti akan jejakkan kaki ke situ.
Chelsea pun Chelsea lah. Lagipun pasukan ni dah confirm akan memenangi kejuaraan EPL tahun ni. Syabas Chelsea…!
Bergambar sakanlah kitorang kat stadium tu. Aku sempat masuk ke kedai souvenir dan peralatan pasukan Chelsea FC. Nyaris aku tertewas. Beberapa kali dah aku letak dan ambil tutup kepala tu.
Tapi bila terkenangkan yang pasukan aku adalah pasukan Liverpool, maka ia sedikit merubah tahap keterujaan aku. Bergambar jer la…
Harrods
Daripada Stamford Bridge, sekali lagi kami menaiki subway train. Kali ni halatuju kami adalah ke Harrods, pusat membeli belah mewah di Kota London.
Melawat je la. Memang tak beli apa-apa pun. Â Sambil lepak depan tu untuk tengok performance buskers kat sini.
Komen Explorasa
Aktiviti hari ni best…! Boleh kenal dan shopping kat Gunwhaaf Quays. Merasai pengalaman menaiki subway train juga berjaya aku kecapi. Lepas ni kalau datang sendiri insyaAllah aku dah tau cara nak berjalan-jalan di Kota London.
Singgah di Stadium Chelsea. Peminat English Premier League mesti tau stadium ni. Walaupun ia bukan pasukan kegemaran aku, tapi dapat sampai ke stadium pun dah cukup bersyukur.
Harrods.. Ambik syarat jer la. Bergambar tanda dah sampai. Hehehe.
Ok, aku noktahkan dulu entri ni. Besok dah nak ke Paris dah. Pukul 6 dah nak kena naik bas untuk ke Dover Port.
Wassalamuakaikum…
typo di ayat terakhir noticed.. haha.. ditulis dengan baik bamhoq.. bila la nak merasa pengalaman macam bamhoq ni…baca satu demi satu perkataan terasa macam ada di sana bersama trip..
rozita recently posted…Lexis Hibiscus Port Dickson Resort Paling Awesome
insyaAllah akan ada peluang. kalau tak dijemput mcm bamhoq pun blh pergi sendiri dgn agensi travel flyworld travel ni. berbaloi sgt pakejnya… murah!
Subahannallah.. Banyak lokasi menarik… Mantaplah siap kongsikan lokasi shopping murah
insyaallah nanti pergi sana 🙂
insyaallah, jgn lupa ajak ai sekali
tak minat chelsea gak.. boooo…. tp kalau ade peluang ke sana mmg takkan lepaskan peluang g melawat gak… hehehe
Hehehe… chelsea x best kan?
Sib baik ai jumpa entri u psl tpt shopping ni boleh wat reference
Tapi portsmouth ni jauh sikit la nak pi