Pesawat Airbus A380 kepunyaan Etihad Airlines yang kami naiki di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi selepas transit selama 3 jam di situ tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow tepat jam 6.20 pagi. Fuuuh besar pesawat ni. Kalau tak silap pesawat Airbus A380 ni adalah pesawat penumpang paling besar. Merasa jugak aku naik pesawat ni.

Cuaca di Kota London ni agak baik. Tiada matahari kelihatan. Redup… Sesuai la untuk jalan-jalan melawat tempat menarik di sini. Cuma bila tiada matahari macam ni, langit semestinya agak suram. Langit yang suram sebenarnya agak tidak mesra kepada juru gambar. Background langit jadi kosong seakan tidak bermaya…
Sekarang ni di akhir musim sejuk. Bunga-bunga baru nak berkuntum. Suhu hari ni sekitar 12 Celcius. Kalau ikutkan suhu macam ni lebih kurang macam kat Genting Highland kat negara kita jer.

Sebab tu awal-awal tadi aku hanya mengenakan hoodie nipis yang aku beli kat Jepun masa Kyushu Muslim Trip tahun lepas. Tapi kita turun daripada bas dan jalan-kat Tower Bridge dan Tower Castle tadi, sejuknya memang lain macam. Angin bertiup agak kencang menyumbang kepada suhu sejuk tu. Patut la aku lihat orang tempatan sini pakai baju sejuk tebal jugak.

Lepas tu masa balik daripada Tower Bridge dan Tower Castle, aku terus tukar baju sejuk khas untuk winter. Haaa baru selesa. Betul lah kata orang yang pernah ke mari, jangan pandang rendah cuaca sejuk di sini. Lebih baik kita buat persediaan.
Daripada Tower Bridge dan Tower Castle kami mula bergerak ke Eyes of London, Buckingham Palace, Hype Park, big ben dan lain-lain.



Tengahari menjelang. Kami bertolak ke masjid untuk tunaikan solat jamak dan qasar (zohor dan asar) di situ dan seterusnya mengisi perut yang kali terakhir diisi semasa bersarapan pagi dalam penerbangan tadi.
Makanan memang Flyworld sediakan. Nasi kandar lauk ikan tenggiri dan ayam. Banyak portionnya. Harga dalam £13. Memang kenyang sampai malam.



Lepas tu kami bersiar-siar di sekitar Oxford Street. Haa kat sini ada Primark. Kedai pakaian harga murah. Memang murah betul. Jeans £7-8 jer. Blazer cantik-cantik £30 jer. Sempat jugak aku beli sehelai dua pakaian untuk tambahkan pakaian yang aku sedia bawa ni.
Sampai petang jugak kami kat Oxford Street. Udara sini sejuk. Terutama tika angin bertiup kencang. Best jugak lepak kat luar bangunan sambil tengok orang lalu lalang.
Pukul 5.30 petang bas sampai untuk membawa kami ke hotel yang bakal kami menginap pada malam ini. Hotel Holiday Inn Express pilihan Flyworld Travel. Terletak di hujung London. Berdekatan sini ada dua lagi hotel iaitu Travellodge dan The Mozy Hotel (#atthemozy).
Aku tak bermalam dengan peserta lain. Mungkin sebab bilik hotel fully booked. Flyworld Travel tempatkan aku di The Mozy hotel. Just nice la hotel ni. Apa yang aku nak semua ada. Katil king size. Seronok golek-golek.

Apa yang boleh aku simpulkan setakat ni ialah Kota London ni keistimewaan dia adalah dari segi arkitektualnya. Keindahan bangunan yang mempunyai design lama masih terpelihara. Suasana “Gothic” inilah yang menjadi tarikan kepada pelancong.
Setakat ni perjalanan kembara ini berjalan dengan baik. Segalanya diuruskan dengan baik oleh tenaga professional tour leader Flyworld travel En Shahul, En Tazriq dan Ustaz Razzi. Respek la 3 orang ni…! Info setiap tempat yang dilawati pun diorang ni cukup arif.

Ok. Aku dah ngantuk. Kena masuk beradu dulu. Besok dengar cerita nak pergi shopping kat Portsmouth. Jarang dengar orang datang london pergi shopping sini.

Assalamualaikum…
Jika korang travel sendiri, korang boleh jer usha hotel pilihan korang kat sini:
wah menarik. lepas ni Ummi nani list berijutnya ya.. tq FLYWORLD TRAVEL
hahahah.. insyaAllah…
London Bridge.. London Bridge.. Cuaca sejuk pasti kelainan sungguh terasa… Terbaik la bang..
TQ FLYWORLD Travel.. Lepas ni bawa PENCARIMAKAN untuk TRIP Seterusnya..
Hahah tq Bob. InsyaAllah Aameen
Waaa bestnya ..nak g jugok nak g jugok..ada angin2 push2 jeless dah ni hahahhaa..semoga bang hoq menikmati percutian indah ini dgn penuh keseronokan..Semoat lagi update blog tgh travel tuu..bagus bagus..Senang nak ingat info update cecepat tak yah nak pening2 duk ingat satu2 nnt..Live update gitu kan bang hoq..happy holiday !! Jgn lupa tayang nama http://www.akifimtiyaz.com kat sana tau bang hoq..nanti kita bagi upah hahaha..
Hahaha ok InsyaAllah
Menarikla… Tgk gmbr2 jeles la rasa… Harap2 nanti ada peluang gi sana… Flyworld Travel ni cm best je pakej dia…
flyworld travel.. sgt best pakej dia. kalau tak cayer cuba check pakej pesaingnya. memang x dpt murah mcm ni
Bestnyaaa! Cantik laa pemandangan sana
Mama Kembar 3 recently posted…Kenapa aku pilih TYZARA?
huhuhu.. memenag canti.. kalau mama kembQ 3 AMBIK GAMBAQ LAAAGI CANTIK
menarik… doakan sampai sana jugak. hehee
suka tengok gambar-gamber lawatan Bam Hoq… Nanti ambik banyak-banyak lagi yea…
ok.. tq bonde
bamhoq… airbus tu besar kan? agak2 muat sorang lagi kot kan? hehehe… cantik betul gambar bangunan kat tengah2 tu bamhoq! teruja la tengok.. dok negara orang pun dapat makan ikan dengan ayam lagi.. beruntunglah tu.. tak sabar nak tau bape harga pakej ni..
rozita recently posted…Adik hadi dan sakit telinga lagi
pakej dia murah… blh follow fb page dia @flyworld travel & tours sdn bhd kpl/kn:5007
oi best giler tgk panorama sana… kalau bwk dslr best ni menembak situ…
Haaa fotografer macam ko memang syiok la menembak sana sini