HARI KE 6 FLYWORLD TRAVEL EUROPE TRIP: SINGGAH DI BRUSSEL

HARI KE 6 kembara Eropah Flyworld Travel.

Hari ni kami akan meninggalkan Kota Paris. Menuju ke satu lagi bandaraya femes, Amsterdam. Kami akan singgah di Brussel dalam perjalanan ke sana.

Sebelum tengok ittenarary itu hari, memang aku tak tau kat Brussel ni ada tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong daripada seluruh dunia. Bila tengok ittenarary dan tau ada Atomium, Manneken Pis dan Grand Place, terus rasa teruja selepas aku buat sedikit research kat Google.

Atomium

Sampai saja di Brussel, Ibu negara Belgium ni, kami terus ke monumen unik yang dinamakan Atomium. Ia adalah sebuah monumen berbentuk bulat seperti atom yang bersambung antara satu sama lain setinggi 335 kaki. Ia dibina pada tahun 1958.

Group photo

Grand Place

Selepas bergambar, dan berswafoto sepuashati, kami bergerak ke Grand Place. Grand Place ialah dataran bersaiz 68 X 110 meters yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan tinggi tersergam yang sangat unik senibinanya. Di sini juga terletaknya Muzium Bandaraya Brussel.

credit; google

Kat dataran ni best juga kalau nak lepak-lepak untuk meregangkan urat. Kat tepi-tepi dataran tu ada kedai kalau nak minum. Harga berapa aku tak pasti sebab tak tanya pun.

Manneken Pis dan Waffle best!

Tak jauh dari situ, ada replika Manneken Pis, patung seorang budak lelaki kecil yang sedang kencing. Makna Manneken Pis tu sendiri dalam bahasa Belanda adalah “budak kecil kencing”… kecil jer patungnya tapi popularitinya sangat menakjubkan. Seluruh dunia datang ke sini semata-mata nak tengok patung yang sedang kencing berdiri ni. Hahaha.

kecik jer pun patungnya…

Ada cerita di sebaliknya budak kecil yang kencing berdiri dalam besen air pancut ni. Ada beberapa cerita rakyat yang berkait dengan Manneken Pis ni. Salah satunya adalah cerita ni:

Dalam abad ke-14, Brussels sedang dikepung oleh kuasa asing. Agak lama bandar ini, tetapi penyerang tak dapat menembusi tembok kota dengan menggunakan bom. Seorang budak lelaki kecil bernama Julianske tanpa sengaja mengintip mereka dan tahu rancangan mereka. Dia membuang air kecil pada fius yang terbakar menyebabkan rancangan itu gagal.

Patung untuk memperingati peristiwa itu mula dibina pada pertengahan abad ke-15, mungkin seawal 1388 dan diperbuat daripada batu. Patung itu dicuri beberapa kali dalam sejarahnya.

Kalau korang ke Manneken Pis ni, korang akan dapati kebanyakan kedai ada patung Manneken Pis ni.

kedai waffle pun ada patung budak kencing berdiri. (nasib baik Kak Roose tak silap pegang)

Berdekatan situ juga ada banyak kedai yang menjual Waffle. Kat sini memang terkenal dengan wafflenya. Kalau datang sini mesti kena rasa makanan ni. Ada yang disatu jem pelbagai perasa pilihan, ada juga yang ditambah dengan aiskrim di atas waffle.

Sedap!!! Terutama waffle aiskrim tu. Makan pula waktu tengahari semasa perut sedang lapar. Makan satu waffle dah kenyang dah. Tak perlu makan tengahari dah hari tu.

Aku memang tak boleh makan lebih daripada satu. Muak…! Harga waffle ni daripada €1 sehinggalah berbelas Euro bergantung kepada krim, jem, ais krim atau buah-buahan yang korang tambah. Yang aku pegang tu €7 kalau tak silap.

Di sekitar situ juga ada banyak kedai-kedai menjual souvenir. Ada banyak pilihan TShirt, Scarf, Topi, keychain dan Fridge Magnet di sini. Korang boleh tawar menawar.

Dekat situ juga ada kedai jual coklat premium. Biasanya diorang akan jual secara pakej yang ditawarkan diskaun. Pakej ni agak banyak kuantitinya dan harga agak mahal (€100). Kalau korang nak beli sikit, carilah partner untuk combine sekali. Tong-tong duit utuk rebut tawaran diskaun dia. Lepas tu korang bahagilah coklat sama rata. Aku memang buat gitu tempohari.

Ni Coklat yang aku share dengan Abang Nazri

Sementara habiskan masa kat situ menunggu bas datang ambil, aku sempat menjengah Hardrock Cafe Brussel dengan tour leader. Sangkut jugak 3 helai TShirt untuk anak-anak.

Hardrock Cafe Brussel
hasil tangkapan di Hard Rock Cafe

Hotel Best Western Blue Tower

Perjalanan diteruskan ke Kota Amsterdam. Kami sampai ke Hotel Best Western Blue Tower Hotel menjelang senja. Best Hotel ni. Aku tengok rate semalam jer dah lebih E200. Kalau tukar ke matawang Ringgit Malaysia dah RM1K lebih harga bilik untuk semalam. Tapi Flyworld Travel selamba jer masukkan hotel ni dalam pakej. Pakej pulak RM6K lebih jer. Kat mana diorang ni ambik untung ek? Hurmmmm…

coffee maker
pekena nasi goreng brahims sebelum tidur

Bilik hotel ni best. Siap ada coffee maker lagi kat dalam bilik. Boleh la aku buat kerja menulis dengan aman.

Loading

Related Stories

Discover

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai "Masjid Tengku Tengah Zaharah," merupakan salah satu mercu tanda...

Banjaran Titiwangsa | Harta Karun Alam Semulajadi Tulang Belakang...

Banjaran Titiwangsa, sebuah rangkaian bukit dan gunung yang mengukir lanskap Semenanjung Malaysia, adalah antara...

Gunung Kinabalu – Bukan Sekadar Puncak Hendak Ditawan

Gunung Kinabalu, yang terletak di Negeri Sabah, Malaysia bukan sekadar sebuah gunung tetapi ia...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ