Internet dan pengembara
Pada aku, akses kepada internet sangat penting semasa travel, terutama travel ke luar negara. Aku rasa korang pun sama kot. Tambah-tambah lg kalau travel secara backpacking.

Bilamana semua perkara perlu dibuat sendiri, banyak benda perlu kita cari dan buat research. Dan kebanyakannya memerlukan akses internet.
Berlainan jika korang travel menggunakan pakej agen travel. Dengan agen travel, segala ittenarary diuruskan oleh agen travel. So akses internet tak der la sepenting jika travel secara backpacking. Malah pada aku, ianya masih perlu dan penting untuk kita update perkembangan di media sosial dan sebagainya.
4 sebab kenapa akses internet ni penting ketika di luar negara
1. untuk mencari info tempat yang kita nak pergi
Info seperti jarak dan lokasi, yuran kemasukan (jika ada), apa yang menarik di situ dan lain-lain perlu kita ketahui dahulu sebelum menuju ke satu-satu tempat.
Perkara ni memang sebaiknya kita dah buat sebelum travel, tetapi bila sampai di sana mesti ada lagi yang kita nak rujuk. So internet mesti ada.
2. Untuk update media sosial
Kebanyakan daripada kita mesti suka update media sosial ketika travel. Macam aku sendiri, aku lebih suka update IG dan FB aku on the spot aku berada di tempat tu. Kalau balik hotel baru nak update memang aku dah jadi malas.
So kalau tak der internet macamana nak buat semua tu..
3. Nak hubungi keluarga dan rakan
Nak call diorang…? Boleh jer. Tapi nanti korang tanggung la bil telefon korang. Hahaha.
So akses internet kena ada. Sekurang-kurangnya korang boleh whatsapp diorang kat Malaysia. Kalau line internet laju, korang siap boleh buat whatsapp call lagi.
Lebih jimat. Instead of korang dicaj mahal sebab gunakan call biasa, korang hanya perlu bayar data jer yang mana semestinya lebih jimat.
4. Untuk menggunakan aplikasi di smartphone
Kebanyakan aplikasi smartphone kita memerlukan internet untuk berfungsi dengan baik. Contohnya aplikasi wheather, world currency, aplikasi untuk book tiket penerbangan, arah kiblat dan sebagainya.
Semua aplikasi ni memudahkan kita semasa berada di luar negara. Dan ia memerlukan internet..!
Travel Recommends (TR)
Banyak cara yang korang boleh dapatkan akses internet ni. Korang boleh subscribe dengan penyedia servis telefon korang untuk flat rate, ataupun korang boleh sewa dan bawa device untuk akses internet.
Kedua-dua cara ni ada baik buruk dan kadar cajnya yang tersendiri. Kalau tanya aku, aku lebih suka yang nombor dua tu, sewa device siap-siap dan bawa ke sana untuk menggunakan internet tanpa gangguan.

Aku baru balik daripada Europe, lawatan ke 6 negara selama 12 hari daripada England hinggalah ke Swirzerland. Dan aku telah menggunakan Pocket Wifi Travel Recommends untuk akses internet di sana. Banyak review menarik yang aku baca tentang Pocket Wifi TR ni sebelum ni. Tu sebab aku pilih Pocket Wifi TR untuk di bawa ke Europe.

Ya.. Sungguh mudah. Kat memana jer aku boleh akses internet dan update status serta gambar di media sosial. Aku perlu update dengan pantas sebab itulah kerja aku sebagai travel blogger.
Dengan Pocket Wifi TR ni semua tu tak der masalah. Cuma di Jerman saja aku tak boleh akses internet dengan menggunakan pocket wifi ni. Aku tak tau kenapa. Mungkin ada masalah dengan sistem pencawang di sana. Tapi kat 5 negara lagi pocket wifi ni memang tak ada masalah langsung. Malah kelajuannya pun puas hati. Siap boleh buat FB Live lagi.

Info Travel Recommends
Dapatkan info terkini tentang kadar sewaan, cara untuk sewa dan lain-lain tentang Travel Recommends di:
Laman Sesawang: www.travelrecommends.com
Facebook Page: www.facebook.com/travelrecommends
So, kalau tanya aku, ok ke tak pocket wifi ni… Aku memang rekomen Pocket Wifi ni. Senang nak bawak. Saiznya pun tak besar. Ngam-ngam boleh letak dalam poket belakang seluar saiz 36″ aku. Hehehehe… Letak dalam jaket pun ok, tak berat.
Untuk book dan pertanyaan lain boleh lawati pautan:
good info bro… nnti nak travel blh usha travel recommend ni…