Hari Pertama kembara Flyworld Travel ke Balkan
Setelah mengikuti kembara Flyworld Travel ke Eropah tempohari, eXplorasa ditugaskan lagi untuk mengikuti kembara Flyworld*** ke Balkan pulak. Ini salah satu kembara yang menjadi tarikan utama di Flyworld Travel selain trip ke Eropah (Europe).
Bila aku sebut Balkan, ramai yang tanya kat mana Balkan tu? Nama negara ke apa tu?
Balkan adalah adalah nama yang digunakan untuk sebuah kawasan yang bersejarah dan secara geografi terletak di rantau tenggara Eropah. Rantau ini mempunyai kawasan sebesar 550,000 kilometer² dan penduduk berjumlah 55 juta orang. Rantau ini mengambil namanya daripada Pergunungan Balkan yang mengunjur dari tengah Bulgaria ke timur Serbia. ~ wikipedia
Pautan ke entri Kembara Europe Flyword Travel:
1. Dari KL ke Abu Dhabi, Abu Dhabi ke Heathrow
2. Tempat menarik dan shopping Shopping best di Kota London
3. Shopping lagi di Portsmouth
4. Bertolak ke Paris
5. Shopping dan melawat Kota Paris
6. Singgah di Brussel, Belgium
Kembara Balkan ini bermula 16hb April dan akan berakhir pada 27hb April 2017.
Hari ni dikira hari pertama. Kami tiba di KLIA pukul 7 malam. Lebih kurang 4 jam sebelum waktu berlepas pukul 11.30 nanti.
Kali ni hati agak tak tenteram untuk travel. Anak bongsu aku, Ifza sedang sakit. Semalam ke hospital pakar. Diorang dah nak masukka ke wad. Tapi aku slow talk dengan doktor kalau boleh tak nak masukkan dulu. Sebabnya aku tak der kat rumah. Kesian pulak kat wife nanti nak kena tunggu kat hospital. Dalam masa yang sama nak kena uruskan anak kedua untuk ke sekolah.
Aku serahkan semuanya kepada Allah. Harap isteri aku kuat hadapi semuanya. Demi kerja aku gagahkan dan positifkan diri.
Jika ke Eropah tempohari Flyworld menggunakan penerbangan Etihad, kali ni Turkish Airline pilihan Flyworld. So sudah pasti transitnya di Turki.
Ok jer Turkish Airline ni. Ada entertainment di skrin sentuh hadapan tempat duduk sepanjang perjalanan. Boleh la layan movie dan dengar muzik. Cuma kali ni aku tak layan sangat sebab mengantuk. Mungkin sebab semalam tak cukup tidur melayan si kecil yang sakit.
Sepanjang perjalanan ada 2 kali makanan disediakan. Ok la. Tak ada masalah perut “meronggeng” minta diisi.
Dua-dua penerbangan dari KLIA ke Istanbul dan dari Istanbul ke Tirana aku dapat tempat duduk tepi tingkap. Aku suka duduk tepi tingkap ni. Rasa macam luas sikit di samping boleh jenguk keluar tengok pemandangan. Cuma yang tak bestnya bila nak ke tandas. Hurmmm payah sebab terpaksa mendapat kerjasama 2 orang di sebelah.
Dari KLIA kami singgah selama sejam setengah di Istanbul Ataturk Airport setelah lebih kurang 10 jam berada di dalam perut pesawat turlish airline. Fuuuh jenuh wooo. Hahaha. Penerbangan paling lama aku naik setakat ni.
Dari Istanbul Ataturk Airport kami ambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit pula untuk sampai ke negara Albania, destinasi pertama kami untuk Kembara Balkan ni. Pesawat mendarat tepat jam 9.35 pagi waktu tempatan sini.
Ketibaan kami disambut dengan rintik renyai hujan rahmat. Moga kami dipermudahkan sehingga ke kembara hari terakhir.
Berminat nak travel macam Abam Hoq ni? Sila hubungi:
.
Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd
Unit A8-3, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang Selangor
Tel: +603-4426 8068 +603-4426 3068
hp: +6013-370 8172
FB Page: Flyworld Travel & Tours
Bestnya.. Nak ikut boleh? hehehe
hahahaha.. boleh jer.. jom next time.. blh call flyworld traavel utk cek date
huh bestnyaa….