Kembara Balkan Flyworld Travel Hari ke 2: Melawat Tirana dan Berat, Albania

Hujan rahmat di bumi Albania

Hujan rintik-rintik di Tirana sebaik sahaja kami keluar daripada perut pesawat Turkish Airline yang membawa kami dari Istanbul setelah transit selama sejam setengah di sana.

Dalam hati terdetik…

“Alaaa tak bestnya hujan macam ni. Macamana nak jalan-jalan tengok tempat-tempat menarik di Albania ni…”.

Tapi cepat-cepat aku tepis perasaan tu bila teringat ini adalah kerja Allah. Pasti ada hikmahnya di sebalik semua ni. Sempat jugak aku merebut peluang selepas tu untuk berdoa seketika. Doa tatkala hujan dan dalam musafir, InsyaAllah akan dimakbulkan. Ameen…!

Selesai urusan Imigresen, kami dah sedia disambut oleh Gary, pemandu pelancong kami sepanjang kembara Balkan ni. Seorang anak muda berbangsa Albania beragama Islam, berumur 28 tahun dan fasih berbahasa Inggeris selain daripada 4 bahasa lain. Kami dibawa menaiki bas yang juga telah sedia menanti dengan pemandu yang cukup berhemah tinggi, Mr Suleiman.

Terus terang cakap… Aku memang tak berapa tahu tentang negara Albania ni. Begitu juga dengan negara Balkan yang lain. Walaupun orang Bosnia ni sebenarnya bukan asing bagi aku. Masa belajar kat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dulu ramai jer aku jumpa orang Balkan ni terutama Albania dan Bosnia.

Tapi masa tu macam tak ada faktor yang mendorong aku untuk tanya pasal negara diorang. Yang aku tahu negara diorang ni terutama negara Bosnia sedang dilanda peperangan pada masa itu.

Hurmmm… Aku suka tengok awek Bosnia masa tu. Semuanya lawa-lawa. Malah tak keterlaluan aku cakap, awek Bosnia ni adalah awek paling lawa di UIAM pada masa tu. Sorry awek melayu. Bukan cakap korang tak lawa, tapi hakikatnya memang perempuan Bosnia ni cantik…!

Orang Albania pulak kalau kat UIA dulu ramai jugak la. Diorang siap boleh buat satu pasukan bolasepak untuk sertai liga UIAM masa tu. Dan diorang ni main bola agak agresif. Siap nak gaduh-gaduh lagi.

Albania

Albania ni negara Islam macam Malaysia jugak. Majoriti rakyatnya beragama Islam. Setakat mana mengamalkan Islam tu aku tak nak komen la. Tapi sangat mudah nak jumpa masjid dan restoran makanan halal kat Tirana ni.

Albania ni terletak di Tenggara Eropah. Berbeza dengan negara Eropah yang lain, negara-negara Balkan seperti Albania ni jarang dilawati. Salah satu faktornya ialah sebab konflik peperangan di sini dan dasar komunis yang dipegang oleh negara-negara Balkan sebelum itu yang amat menghadkan perhubungan dengan negara luar.

Cuma sekarang ni jer orang luar dah mula melawat negara sebelah sini. Itu pun selepas runtuhnya pemerintahan komunis yang lama membelenggu negara mereka. Konflik perang juga sudah reda.

Albania sebenarnya tak jauh daripada negara Itali. Jaraknya lebih kurang 70 km jer. Negara ini sedang membangun di mana kita boleh lihat banyak pembinaan bangunan baru di bekas negara komunis ini. Negara ini yang mempunyai ketinggian paling tinggi daripada aras laut di Eropah, mempunyai bilangan penduduk lebih kurang 1.8 juta orang selepas Albania dipecahkan kepada beberapa negara selepas perang Balkan.

Jika tidak penduduk negara yang pernah berada di bawah pemerintahan Ottoman selama 500 tahun ini mencecah 10.1 juta orang. Ini bermakna penduduk asal Albania ada di beberapa negara jiran Albania seperti di Bosnia, Croatia, Serbia, Montenegro dan Kosovo.

“Balkan dalam bahasa Ottoman bermaksud Gunung-ganang.
Dalam Bahasa Arab ia bermaksud darah dan madu”

Masjid Ethem Bey

Masjid Ethem Bey

Lawatan pertama kami di bumi Albania ini atau lebih tepat lagi di Tirana ni adalah ke Masjid Ethem Bey. Masjid yang dibina sejak zaman kerajaan Uthmaniah (Ottoman) dalam abad ke 18 ini masih kekal terpelihara keasliannya. Apa yang unik tentang masjid ini ialah corak yang terdapat pada dinding-dinding masjid.

Lukisan corak pada dinding di anjung masjid ini menggambarkan pokok-pokok, jambatan dan air terjun. Ini agak ketara berlainan daripada corak yang biasa kita lihat dalam kesenian Islam.

Masjid yang terletak di tengah-tengah bandar Tirana yang juga merupakan ibu negara Albania ini pernah ditutup semasa pemerintahan komunis.

Menurut cerita, ada usaha daripada pihak pemerintah komunis untuk memusnahkan masjid ini. Tetapi beberapa kejadian aneh menimpa askar yang cuba meruntuhkan masjid ini. Beberapa orang daripada mereka telah menghidapi penyakit misteri hingga terpaksa dihantar ke Switzerland untuk mengubati penyakit tersebut.

Sejak dari itu, pemerintah komunis tidak lagi berusaha untuk memusnahkan masjid ini. Namun ianya ditutup kepada orang ramai.

Sehinggalah pada tahun 1991, ianya dibuka semula untuk urusan ibadat. Pembukaan ini sebenarnya tanpa kebenaran pihak berkuasa. Lebih kurang 10,000 orang telah menghadiri hari pertama pembukaan semula masjid ini. Polis tidak campur tangan walaupun ianya tanpa kebenaran pihak pemerintah.

Skanderbeg Square

skaderbeg square
Skanderbeg Square
(pic: Google)

Selepas tu kami bergerak ke satu dataran berhampiran Masjid Ethem Bey. Skanderbeg Square nama dataran ni. Ia adalah dataran utama dan terbesar yang ada di Tirana. Di sekeling dataran ini korang boleh lihat beberapa tempat penting dan menarik yang boleh dilawati jika singgah di Tirana, Albania.

patung berkuda di Skanderbeg Square

bangunan kerajaan

Di dataran ini ada muzium sejarah Tirana, ada patung berkuda dan di Skanderbeg Square jugalah terletaknya bangunan-bangunan kerajaan yang dibina pada tahun 1930.

Moorat Toptani Street

Kami berjalan terus ke Murat Toptani Street di mana terletaknya Teater yang terkenal kat Tirana ni. Kalau tempat kita Teater ni lebih kurang Istana Budayalah fungsinya. Cuma teater ni tak lah besar macam Istana Budaya tu.

Moorat Toptani Street

Pyramid of Tyrana

pyramid of Tirana

Sebelum meninggalkan bandar Tirana, kami sempat lalu di hadapan satu bangunan yang berbentuk piramid. Haaa ada piramid juga tau di Tirana ni. Ia dibuka dalam tahun 1988 sebagai Enver Hoxha Museum. Muzium ni mempamerkan hal-hal peninggalan ketua negara komunis Albania yang memerintah lama di negara ini. Beliau meninggal 3 tahun sebelum piramid ni dibuka.

masjid baru. Besar masjid ni

Tidak jauh daripada situ terlihat Masjid baru yang sedang giat dibina. Besar masjid ni. Dijangka siap dan dapat digunakan semasa Ramadhan nanti.

Restoran Sofra Turke

Kat Tirana ni tak susah nak cari restoran makanan halal. Sebab negara ni negara Islam. Banyak restoran turki kat sini. Salah satunya restoran Sofra Turke yang kami singgah ni. Sedap kebabnya…

kalau korang datang restoran ni boleh cuba set kebab ni

Berat

Tiba masa untuk kami bertolak ke satu lagi tempat yang penuh sejarah di albania ni iaitu Berat. Unik nama ni kalau dalam bahasa kita.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul… Hahaha.. Peribahasa ni tak ada kena mengena dengan tempat bersejarah ni. Saja jer aku terfikir peribahasa ni setiap kali aku teringat perkataan “Berat”.

Perjalanan ke berat memakan masa selama 2 jam. Sampai di Berat hujan masih lagi belum berhenti. Walaupun ia tidak lebat tapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada jadual lawatan kami yang mana ia terpaksa diubah sedikit. Lawatan ke beberapa tenpat penting di situ terpaksa dibatalkan pada hari itu disebabkan jalan yang licin akibat hujan.

Walaupun begitu aku dan beberapa rakan peserta yang lain tetap turun dan sempat mengambil gambar sekitar situ walaupun cuaca  agak tidak sesuai untuk aktiviti bergambar.

Berat ni kota lama. Ia telah wujud sejak 200 tahun yang lalu.

Tempat yang kami singgah ini dipanggil Mangalemi, salah satu daerah yang terdapat di Berat. Ia merupakan salah satu bandar tertua di dunia yg masih dihuni sejak dulu sampai sekarang. Ia dibangunkan oleh Kerajaan Uthmaniah (Ottoman) pada abad ke 14. Daerah ini sekarang telah diwartakan oleh Unesco sebagai salah satu kota warisan dunia.

Berat Castle

Berat Castle (pic: google)

Daripada dataran Mangalemi kami boleh nampak nun di atas bukit tersergan kubu gagah yang dibina lama dulu sejak kerajaan Ottoman. Ketinggiannya mencecah 214 meter. Kami tak dapat naik disebabkan keadaan yang licin.

pemandangan daripada atas Berat Castle

Kubu ini dibina pada abad ke 13. Ada banyak gereja Byzantine dan masjid kat atas sana. Kubu ini kukuh disebabkan ia dibina di atas bukit yang berbatu.

Mangalemi Resident

Di lereng bukit dibawah kubu dibina rumah-rumah kediaman yang unik rekaannya. Ia juga daripada zaman Ottoman dulu. Rumah ini dibina rapat-rapat dan mempunyai hanya beberapa akses yang berupa lorong bertangga batu daripada bawah.

Akses yang terhad ke rumah kediaman ini juga merupakan taktik peperangan di mana ia menyukarkan pihak musuh untuk menceroboh masuk.

Jambatan Gorica / Gorica Bridge

Jambatan Gorica

Satu lagi mercu tanda di Mangalemi ni ialah Jambatan Gorica. Dibina sejak zaman pemerintahan Ottoman dulu, merentasi sungai Osum, jambatan ini banyak sejarahnya. Jambatan yang menghubungi 2 bahagian di Berat ini pada asalnya dibina daripada kayu pada tahun 1780 dan kemudiannya dibina semula dengan batu pada tahun 1920.

Jambatan yang mempunyai panjang 129 meter, 5.3 meter lebar dan 10 meter tinggi daripada aras normal air ada cerita rakyatnya tersendiri.

Mengikut lagenda, jambatan kayu yang dulu, ada penjara dibawahnya. Ia digunakan untuk mengurung gadis sebagai korban roh demi menjaga keselamatan jambatan ini.

Di Mangalemi ini terdapat 2 masjid yang bersejarah yang juga dibina di zaman Ottoman dulu.

Bachelors Mosque

Bachelor’s Mosque

Masjid yang menjadi salah satu masjid penting di Berat ini terletak di kaki bukit di mana terbinanya rumah-rumah unik Mangalemi (Mangelemi Resident). Dulu ia dikenali sebagai Suleiman Pasha Mosque.

Masjid 2 tingkat ini mempunyai lukisan dan ukiran tahun 1927-28. Ia diwartakan sebagai monumen bersejarah pada tahun 1961.

King Mosque

King Mosque
King Mosque

Satu lagi masjid di Mangalemi yang boleh dilawati ialah King Mosque. Dikenali juga sebagai Masjid Sultan atau Masjid Sultan Bayezid.

Masjid ini dibina pada abad ke 15 oleh sultan kerajaan Uthmaniah pada masa itu, Sultan Bayezid II. Masjid yang juga diwartakan sebagai monumen sejarah pada tahun 1948 ini letaknya tidak berapa jauh daripada hotel tempat kami menginap, Hotel Mangalemi.

Mangalemi Hotel

Hotel ni pun agak unik. Ia lebih mirip seperti motel yang terdiri daripada beberapa buah rumah besar yang lain yang bersambung-sambung.

Menginap di sini terasa seperti menginap di bandar yang agak terasing. Teringat aku masa menginap di Homestay di Dieng Jawa Tengah dulu. Suasananya agak mirip, terasing dan sunyi.

Jalan ke hotel yang lengang menjelang senja

Malam di sini tidak hidup dan tak meriah. Kedai-kedai ditutup awal. Orang-orang di sini aku lihat saling menegur dan mengenali antara satu sama lain. Mungkin sebab daerah ini agak kecil.

Aku batalkan hasrat aku untuk merayau pada malam ini disebabkan kedai dah banyak yang tutup. Nak pergi mana jer aku kalau gini. Lagipun malam kat sini sejuk. Tak tahan nak berjalan di luar bangunan. Bernafas pun keluar asap. Hehehehe.

bilik di Hotel Mangalemi yang agak selesa

Dengan perut yang kenyang lepas makan malam tadi serta badan yang agak penat tanpa rehat sejak turun daripada kapal terbang di Tirana pagi tadi, apa lagi yang mampu aku buat selain daripada tidur. Aku sempat kemaskan nota kembara aku sebelum mata layu minta direhatkan.

Hari kedua berakhir dengan imbauan sejarah kerajaan Islam Uthmaniah yang sangat luas jajahannya hingga ke sini. Hebatnya Islam di zaman itu….

Flyworld Travel Sdn Bhd
Inginkan percutian sebegini dengan kos yang amat mampu milik? Sila follow, Like dan hubungi nombor an alamat di bawah:
Address:
Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd
Unit A8-3, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang Selangor
Tel: +603-4426 8068
+603-4426 3068
hp: +6013-370 8172
Facebook: Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd Kpl/kn:5007

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ