Mencari Tempat Makan Best / Sedap Di Subang Parade? Restoran MenGok Beef Noodle Shop Mungkin Citarasa Anda…

Makanan Taiwan…

Memang aku tak pernah cuba lagi makanan Taiwan sebelum ni. Kalau makanan jepun memang dah puas aku rasa sepanjang 5 hari menyertai kembara kyushu jemputan Japan Tourism tahun lepas. Makanan Korea juga pernah aku cuba sewaktu membuat review Restoran Kafe Go To School dan Cafe Hang Bing tempohari. Semuanya tekak aku boleh terima.

So apabila dapat tau ada restoran Taiwan baru dibuka di Subang Parade, aku terus melapangkan masa untuk ke sana… aku berjaya “meracun” blogger Afiq Halid untuk temani aku.

Ada agenda jugak aku ajak dak Afiq ni sebenarnya. Aku nak korek sedikit sebanyak ilmu daripada dia pasal Video Editing. Aku masih lemah bab tu. Hehehe.

Restoran MenGok Beef Noodle Shop (Restoran MenGok)

Senang jer nak cari restoran ni. Restoran ni berada di tingkat paling atas bangunan membeli belah Subang Parade. Bersebelahan dengan restoran Carl’s Jr. Berdekatan dengan panggung wayang MBO.

Memang jenis aku, apabila masuk restoran yang baru aku kunjungi, mata aku mula meliar mencari sesuatu yang boleh menarik minat aku. Dalam ertikata lain WOW faktor yang boleh menarik minat aku. Setidak-tidaknya ia boleh menjadi habuan iphone aku untuk aku snap dan postkan ke media sosial.

Pertama kali perhati di keliling ruang restoran ni, aku tak jumpa benda yang aku cari. Dinding resoran ni agak ringkas tanpa perhiasan dinding yang mampu buatkan mata pengunjung terpaku. Ada beberapa frem gambar tergantung di satu sudut dinding. Tapi tidak cukup menonjol untuk menjadi WOW factor.

Frem yang terdapat pada dinding

“Mungkin ini cara perhiasan restoran di Taiwan kot…” bisik aku sendiri.

Hurmmm tak kesahlah. Janji restoran ni tip top dari segi kebersihan. Jujur aku cakap. Kebersihannya sangat memuaskan. Susun atur meja juga teratur dan memberi cukup ruang untuk peangunjung lalu di antara meja.

Menu-menu Restoraan MenGok

Tibalah masanya untuk aku tengok menu restoran ni. Perut dah mula memanggil. Kebetulan dak Afiq ni berpuasa. So kiranya macam rai dia berbukak puasa jugak la.

Biasalah.. Perut tengah lapar semuanya nampak sedap! Kami order 2 menu seorang. Lagipun bukan apa, kalau order 1-2 menu jer memang tak best aku nak buat review. Entri aku nanti akan jadi macam karangan budak SPM sebab terlalu banyak cerita. Gambarnya ada 2 ketul. Usahkan korang, aku sendiri kemurungan bila baca nanti.

So, di kunjungan pertama aku ke Restoran MenGok ni, aku order chicken Rice Soup dan Beef Noodle Soup. Afiq order Cool Udon Tempura Beef Rice Noodle. Kami tambah lagi Squid Tempura dan Jus Kiwi serta Japanese Tea.

Dalam 10 minit gitu makanan semua tu sampai. Apa lagi… Makanlah…! Tapi bukan kami yang makan dulu. Kamera dan handphone yang makan dulu. Kalau dah terusik menu-menu ni nanti tak cantik pulak nak ambil gambar untuk tatapan korang.

Lepas snap gambar semua barulah kami makan.

Chicken Rice Soup

credit: afiqhalid.com

Aku cuba Chicken Rice Soup dulu. Untuk set menu ni ada nasi yang diisi dalam mangkuk dan semangkuk besar kuah sup yang disertakan hirisan reddish dan lobak merah sekali.

Memula agak konfius aku nak makan. Tak tau cara nak makan sebenarnya. Lepas tokey restoran ni bagitau caranya barulah aku berjaya makan dengan jayanya.

Cara makan Chicken Rice Soup ni ialah nasi tu dituang semuanya ke dalam mangkuk sup besar tu. Kemudian makan dari mangkuk sup besar tu dengan campurkan sedikit sambal yang disertakan sekali dalam set menu ni.

Secara keseluruhan menu ni sedap. Tambah-tambah lagi rasa ayamnya yang unik dan lembut. Saya suka..! Saya suka…! (baca dengan nada Mei Mei dalam Upin Ipin)

Cool Udon Tempura

Sambil-sambil makan Chicken Rice Soup ni aku rasa sekali Cool Udon Tempura yang Afiq Order. Sedap! Sayur-sayuran yang digoreng sekali dengan tepung tempura tu lembut dan sesedap rasa. Cicah dengan sos istimewanya yang didatangkan sekali dengan set menu ni… Fuuuh memang terbaik rasanya.

Mee Udon dalam set menu ni pun sedap. Ala-ala pasta gitu. Memang kena dengan citarasa aku.

Beef Rice Soup

Bahan lain sama macam bahan Chicken Rice Soup tadi. Cuma ayam tu diganti dengan daging lembu untuk Beef Rice Soup ni. Dagingnya lembut dan terasa aroma daging lembunya.

Cara makannya sama macam Chicken Rice Soup tadi jugak. Masukkan sekali nasi tu dalam mangkuk sup tu.

Supnya kalau korang hirup kosong macam tu ada rasa lain sikit daripada sup biasa yang kita hirup tu tau. Sebabnya ia dicampur dengan hirisan reddish dan lobak merah. Dah memang gitu rasanya menu ni. Jangan korang datang sini komplen pulak nanti.

Jadi untuk menyedapkan supnya, korang kena masukkan sambal yang disertakan sekali tu. Barulah sruuuup…! Laju hirupannya.

Beef Noodle Soup

Menu ni pun sama rasa supnya. Menonjol rasa dan aroma dagingnya. Lembut dagingnya. Ramen yang sedia direndam di dalam sup ni pun sedap. Tidak kenyal…! Tambah sedap kalau makan masa tengah panas-panas tu.

Squid Tempura

Haaa aku suka menu ni. Serius cakap. Menu ringan ni kalau perut kenyang pun tak per makan. Masih boleh makan.

Kiranya macam makan ringan-ringan la. Sedap wooo Sotong Goreng Tepung Tempura ni. Lembut sotong tu dibuatnya. Rasa tepung tempura pulak secukup rasa.

Masa makan ni aku dapat satu idea. Lepas ni kalau nak tengok wayang aku nak datang tengok wayang MBO kat subang Parade ni la. Nak datang awal sikit sebelum tayangan bermula. Beli tiket wayang lepas tu lepak sini makan Sotong Goreng Tempura ni. Haaa.. Barulah best!!!

So tak der la aku datang sini semata-mata nak cari makanan ringan-ringan kat sini. Kos minyak pun nak kena ambik kira. So, kalau ada tujuan lain juga macam tengok wayang boleh la. Dua tujuan satu kos. Haaa gituuuu kekdahnya!

Komen eXplorasa

Ok aku nak bagi tips sikit. Kalau korang nak datang sini dan cuba menu-menu yang aku makan ni… Ataupun menu-menu lain yang ada kat sini, korang kena tengok kategori menu yang korang order. Kalau korang dah order Chicken Rice Soup tu tak perlulah korang order Beef Noodle Soup, contohnya. Melainkan kemahiran makan dan ruang perut korang memang dicipta untuk memuatkan makanan yang begitu banyak dalam satu masa.

Macam yang aku order tu. Mula-mula aku makan Chicken Rice Soup. Sambil-sambil makan tu, aku cilok gak makan Cool Udon Tempura. Natijahnya perut dah penuh. Set menu kedua iaitu Beef Noodle Soup dah slow aku makan. Dan rasanya yang sepatutnya sedap dah tak jadi sedap seperti yang sepatutnya sebab perut dah kenyang.

So, korang jangan jadi macam aku. Kalau nak order 2 menu ambik menu utama satu dan menu sampingan satu seperti Suid Tempura tu.

Secara keseluruhan, restoran ni best! Berbaloi untuk dicuba. Best dengan menu Taiwannya. Read between the line. Aku siap bold lagi tu. Sebabnya aku nak korang fair dalam menilai restoran ni. Jangan nak bandingkan dengan restoran melayu yang menunya korang dah makan sejak dari kecil dan sudah serasi dengan lidah dan perut korang.

Oooh lupa aku nak cakap. Restoran ni halal yer…! Ada sijil halal lagi… So tak perlu risau bab ni.

So kalau korang nak cari tempat makan best dan sedap di Subang Parade… Restoran MenGok Beef Noodle Shop ni mungkin jawapan yang orang cari

Rating

Restoran MenGok Beef Noodle Shop
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ