Kenny Rogers Roasters (KRR)
KRR, salah satu restoran yang aku suka sejak dulu lagi. Dulu masa aku masih belajar di Universiti, kalau hari minggu mesti keluar jalan-jalan window shopping ataupun tengok wayang. Bila lapar mesti akan cari restoran fast food. Dan salah satu restoran fast food kegemaran aku ialah restoran KRR.
Restoran KRR yang selalu aku singgah dulu adalah di Pusat Membelibelah The Mall (sekarang dikenali sebagai Sunway Putra Mall). Dulu kalau dating pun akan bawak awek ke restoran ini. Banyak jugak la kenangan aku kat sini.
Itu sekitar tahun 1999 sewaktu aku masih belajar di tahun 3. Kini sedar tak sedar, KRR sudah pun berusia 22 tahun sejak ia mula-mula bertapak di Malaysia pada tahun 1994. Hmmm… memang dah cukup lama restoran ini. Jika ia seorang anak, kini dah remaja dan hampir tamat pembelajaran di Universiti dah.
Kenapa aku suka dengan KRR ni?
Selain daripada menu-menu yang enak, cara memasak KRR tu yang aku suka. Ayamnya dimasak dengan cara yang sihat. Ayam yang dipanggang akan dihidangkan untuk pelanggan dalam kedaan yang masih panas. Ayam yang juicy ini dihidangkan kepada pelanggan dengan pilihan hidangan sampingan yang juga terdiri daripada mmakanan sihat seperti nasi, salad, makaroni, mashed potato, baked bean, muffin dan sup.
Malah kalau anda ke laman sesawang KRR anda akan temui kalkulator kalori untuk anda mengira sendiri jumlah kalori yang anda dapat dengan memesan menu-menu pilihan anda di situ. Memang KRR ni menekankan cara pemakanan yang sihat.
Kempen 22 Deliciously Healthy Years KRR
Sempena meraikan sambutan 22 tahun restoran yang lazat dan sihat ini, KRR telah melancarkan Kempen 22 Deliciously Healthy Years untuk meraikan pelanggan-pelanggan yang telah menyokongnya selama ini.
Antara tawaran menarik yang ditawarkan khas buat pelanggan KRR ialah:
Pelanggan yang mengunjungi restoran KRR di seluruh Malaysia akan dapat menikmati Country-style Chicken Soup and Iced Lemon Tea secara PERCUMA dengan pembelian sebarang hidangan utama. Tawaran ini sah daripada 14 April sehingga 29 May 2016.
Antara hidangan utama yang boleh anda pilih:
Untuk menebus tawaran ini, pelanggan hanya perlu menunjukkan perkongsian tentang tawaran ini di laman Facebook masing-masing, e-Vouchers, potongan tawaran daripada suratkhabar ataupun tunjukkan SMS semasa anda memesan hidangan anda di restoran ini .
Bukan itu sahaja. KRR juga memanjangkan tawaran untuk berkongsi hidangan yang lazat dan sihatnya dengan insan yang kurang bernasib baik. Untuk setiap 22 Like yang diterima untuk perkongsian pelanggan di Facebook, KRR akan memberi satu hidangan Kenny’s Quarter Lite Meal kepada pertubuhan amal yang terpilih.
Info KRR
Laman sesawang: www.krr.com.my
Facebook: KRRMalaysia
Instagram: KRRMalaysia
Jom serbu KRR!
Jadi tungu apa lagi…?!! Jom ke KRR sekarang..! Rebut peluang sementara tawaran masih ada.
Aku dah cuba Country-style Chicken Soup KRR ni. Memang best! Sup dia lain dari yang lain. Ia mengandungi hirisan ayam berserta cendawan dan roti garing yang enak. Memang dijamin sedap!
Iced Lemon Tea ataupun Teh O Ais Limau di KRR ini tak perlu cakap la. Memang asli. Dari dulu lagi aku jarang memesan minuman lain. Minuman inlah pilihan aku.
Perghhhh pasta meal dia menggoda! Nanti nak serbu ngan family kat KKR ni 🙂
Hanim Hashim recently posted…Jean Claude Van Damme Puji Rasulullah S.A.W!
pergi nnti tunjuk evoucher tu tau. nnti dpt yg free tu
bajet dah lari ar bulan ni. adoi. eh sempat akhir bulan. dh jimat dr segi air dah ni..
YB Shehan recently posted…FUNGSI WINDOWS BUTTON DI KEYBOARD ANDA
yup jimAT air.. air mahal gak kalau kat restoran gini. so leh ar jimat sikit
Aku x belajar univetsiti..xdak pengalaman haha, bam hoq kena ajak aku sekali try KRR lain kali tau la aku nk oder mkn katt sana.. #villagepeople
PCL recently posted…Cendawan Susu Harimau Berkahasiat Sembuhkan Pelbagai Jenis Penyakit
hahahah… bkn belajar kat universiti aku nak highlite PCL. aku nak highlite aku ada awek lorrr.. hahaha
wah…sejak dari U tu…kami mcm PCL gak tak reti order…baru sekali je gi makan…tapi serius sedap betul la menu dia… semua jenis best!
rozita recently posted…Hadiah Hari Ibu 2016
hehehe… senang jer order.. tak tu tanya la waiter. hhahahh
Tak pernah try Kenny Rogers ni…terasa macam alahai jakunnya…
hahahha.. try la.. best gak menu-menu dia