Pekan Station Kampung Baru – Pertama Kali Saya Tak Berjaya Habiskan Mix Grill Saya

Kampung baru… Satu-satunya kampung di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tempat ini memang terkenal dengan restoran dan tempat makannya yang sedap-sedap. Daripada menu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang hinggalah ke makan malam. Semuanya ada di sini.

eXplorasa pernah beberapa kali menerjah beberapa restoran di htempat ini dan pernah membuat review tentangnya. Antaranya adalah restoran roti canai kuah kaki ayam serta nasi lemak kukus pak ali dan Restoran Nasi Lemak Antarabangsa.

Pekan Station Kampung Baru

pekan-station-kampung-baru-nice-view

Kali ini explorasa dijemput ke sebuah restoran makanan barat yang diberi nama Pekan Station. Restoran ini terletak di Jalan Raja Uda Kampung Baru. Ia dimiliki sepenuhnya oleh seorang anak muda melayu yang sangat pemurah.

Restoran ini bukanlah restoran besar dan mempunyai konsep moden dan hiasan dalaman yang memukau pelanggan. Ia adalah sebuah restoran kampung sahaja. Namun itu bukan ukuran sebenar kualiti restoran ini.

Jika anda ke sini di sebelah makan, terutama di waktu puncak, berkemungkinan anda terpaksa berdiri dahulu untuk menunggu pelanggan sedia ada habiskan makanan mereka. 2 Kali saya ke sini di waktu malam. Waktu hampir sama iaitu sekitar pukul 8.30 malam. Kali pertama saya datang makan bersama seorang rakan di hari biasa (bukan hari minggu).

Kali kedua saya ke sini bersama beberapa orang blogger yang lain daripada Kelab Blogger Ben Ashaari untuk menghadiri jemputan Food Review di sini. Kali ini pada malam minggu (Sabtu malam Ahad). Apa yang saya cuba bagitahu adalah pelanggan memang ramai. Kedua-dua waktu yang saya datang tu, pelanggan ramai membuatkan semua kerusi meja ada pelanggan.

Waktu sampai ke sini dan melihat begitu ramai pelanggan, sudah pasti hati saya terdetik: “sedap sangat ke menu kat sini sampai orang ramai macam ni…”

Persoalan terjawab masa pertama kali datang dulu lagi. Kualiti makanan dia best! Sedap dan tidak terlalu mahal. Servis pekerja restoran ini pun laju. Cepat jer dapat menu yang dipesan walaupun orang tengah ramai.

Jadi apa lagi yang kita sebagai pelanggan mahukan selain daripada 3 benda tadi.. ya tak?

Menu-menu sedap restoran ini

Ni adalah antara menu-menu yang sempat saya dan rakan bloggers cuba sewaktu datang ke sini tempohari:

Mix Grill Pasta (RM16.00)

pekan-station-kampung-baru-mix-grill

Chicken Bleu (RM12.00)

Chicken Boxing – 7 pcs (RM8.50)

chicken-boxing

Chicken Grill (RM11.00)

pekan-station-kampung-baru-chicken-grll-pasta

Beef Paper Steak (RM14.00)

Chicken Grill Pasta (RM11.00)

pekan-station-kampung-baru-chicken-grll-pasta

Mix Grill Pasta (16.00)

mix grill pasta

Fish and Chip (RM10.00)

fish n chip

Lamb Chop (16.00)

Mushroom Soup (RM4.00)

pekan-station-kampung-baru-mushroom soup

Jus Buah dari RM2.70 – RM7.00

pekan-station-kampung-baru-jus-minuman

pekan-station-kampung-baru-menu-1

Perkhidmatan Penghantaran

Satu lagi keistimewaan restoran ini ialah ia ada menyediakan khidmat penghantaran kepada pelanggan-pelanggannya. Setakat ini fokus hanya kepada tempahan pelanggan-pelanggan yang berdekatan sahaja.

Pelanggan yang berdekatan hanya perlu menelefon restoran ini dan membuat tempahan. Malah tempahan begini saya rasa lebih menguntungkan kerana mereka tidak dikenakan sebarang caj penghantaran.

Kawasan Penghantaran :

  • HKL
  • Hospital Pusrawi
  • IJN
  • KG BARU MEDICAL CENTRE
  • SEKITAR KAWASAN KG BARU KL

Info lanjut restoran ini

Facebook: Pekan Station
Instagram: @PekanStation
Website: www.pekanstation.my

Alamat:
Jalan Raja Uda, Kg. Baru Kuala Lumpur.
(Waze atau Google Map : Pekan Station Western Food)

Tel: 010-796 0648

Waktu operasi

Waktu operasi biasanya bermula jam 6.00 petang sehingga jam 1.30 pagi, setiap hari, Kecuali kalau cuti, selalunya pada hari Khamis, atau mereka akan maklumkan di laman sosial Pekan Station.

Komen eXplorasa

Kualiti Makanan di sini ok. Berbaloi dengan duit yang keluar dari poket ada. Ada beberapa menu yang pada tekak aku kurang “menjadi” dan boleh dipertingkatkan lagi mutunya seperti Meatball.

pekan-station-kampung-baru-explorasa

Dalam banyak-banyak menu tu, saya bagi rating paling tinggi kepada Mix Grill.

Harga makanan – ok, tidak terlalu mahal. Berpadanan dengan mutu yang makanan.

Portion makanan – Terbaik. Portion Mix Grill yang saya makan sangat mewah dan banyak. Kali pertama saya makan makanan western dan berjaya habiskan portionnya.

Tempat duduk – jika anda datang di waktu puncak, harap bersabar menunggu tempat duduk. Sambutan pelanggan memang hebat.

Penghawa dingin – harap jangan tanya tentang penghawa dingin. Sebabnya konsep restoran ini adalah konsep restoran kampung yang terbuka. Tiada penghawa dingin.

Parkir- Masalah utama. Jika anda datang di waktu puncak, memang agak susah mencari parkir untuk kenderaan anda. Jadi pandai-pandailah parkir di tepi jalan yang anda rasakan selamat dan tidak mengganggu arus trafik.

Rating

Pekan Station Kampung Baru
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ