Apa Istimewanya Pretz n’ Beanz Bangsar?

Restoran Pretzel n’ Beanz (PnB)

saya pernah review Pretz n’ Beanz cawangan Mont Kiara, restoran yang menfokuskan menu pretzel sebagai tarikan utama pelanggan untuk ke situ. Masih teringat lagi kelazatan menu kesukaan saya Pretzel dengan Ayam Kari Hijau yang sangat menyelerakan. Kali ini saya dijemput lagi bersama geng blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari ke satu lagi cawangan Restoran PnB iaitu di bangsar.

Restoran ini ini sebenarnya baru sangat dibuka di Bangsar ni. Ia mula beroperasi di awal bulan April yang lalu. Cawangan ini dibuka untuk menggantikan cawangan PnB di IKEA Damansara yang telah ditutup di atas sebab-sebab tertentu. Jadi jangan cari lagi PnB kat sana ya. Dah tak ada. Anda boleh ke cawangan PnB Mont Kiara ataupun PnB Bangsar ini untuk menghilangkan rasa “ketagih” anda untuk makan pretzel.

Saya memang tak akan menolak jika ada jemputan daripada PnB ni. Sebabnya saya dah rasa menu-menunya sewaktu sesi review di PnB Mont Kiara dulu. Jadi tanpa berfikir dua kali saya terus je setuju untuk datang ke sini. Memang dah tau, menu-menunya tak akan mengecewakan.

Pretz n Beanz Bangsar KL

Restoran Pretz n' Beanz Bangsar KL
Restoran Pretz n’ Beanz Bangsar KL

Pada mulanya tertanya-tanya jugak kat mana lokasi sebenar PnB Bangsar ni. Sebabnya saya memang biasa dengan Bangsar ni. Selalu jugak la lepak kat Bangsar ni. Memang kawasannya padat dan dah penuh dengan restoran, kafe dan pub. Rupanya ia mula dibuka pada awal bulan April. Patutlah saya tak perasan.

Kawasan ini memang terkenal dengan kepadatannya. Parkir memang susah untuk dapat. Sebab tu lah saya datang awal. Solat Maghrib dulu kat masjid Saidina Abu Bakar Bangsar sebelum bergegas ke sana. Cuba jugak pusing kereta depan restoran ini. Manalah tau ada rezeki dapat parkir dekat dengan restoran PnB. Tapi memang tak bernasib baik. Jadi saya tinggalkan saja kereta di tempat parkir awam berbayar di bawah Medan Selera Bangsar yang terletak lebih kurang 300 meter daripada restoran ini.

Konsep dan susun atur restoran ini

Mantap…! itu je yang boleh saya komen. Seperti juga di cawangan PnB Mont Kiara, restoran ini mempunyai konsepnya yang tersendiri. Susun atur meja yang moden menjadikan ruangan restoran ini nampak lebih luas. Dinding-dindingnya terpampang gambar-gambar dan lukisan-lukisan yang menyerlahkan konsep family dining yang cuba diketengahkan di sini.

pretz-n-beanz-bangsar-hiasan-ruang-dalam

pretz-n-beanz-bangsar-hiasan-dinding1

pretz-n-beanz-bangsar-hiasan-dinding2

pretz-n-beanz-bangsar-hiasan-notes

pretz-n-beanz-bangsar-toilet

tempat-makan-best-bangsar

Malah sewaktu sesi review tempohari ada pelukis yang didatangkan khas daripada Korea sedang mengilhamkan lukisan dinding 3D di dinding sebelah sana. Lukisan ini memang unik jika dah siap nanti.

pretz-n-beanz-bangsar-hiasan-dinding3

Kebersihan restoran ini memang tip top. Seperti mana cawangan PnB Mont Kiara, restoran ini juga amat terjaga dari segi kebersihannya.

Menu-menu tak boleh lupa PnB Bangsar

Antara menu-menu yang sempat kami cuba sewaktu sesi review tempohari:

Continental Breakfast

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz1

Set sarapan ini agak banyak portionnya. Jadi usah risau tak kenyang jika bersarapan di sini dan pilih menu ini. Cukuplah memberi tenaga untuk anda sementara menunggu waktu makan tengahari.

Champignon Baked Egg

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-4

Menu ini adalah menu yang wajib anda cuba jika bertandang ke sini. Pretzel didatangkan bersama campuran Telur dan keju yang dibakar benar-benar menghasilkan rasa yang enak.

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz3

Pizza Pretzel

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-pizza

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-pizza-3

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-pizza-2

Pizza Pretzel. Memang tak ada ditempat lain. Pizzanya lembut, tebal dan banyak cheese. Ini juga adalah feveret saya.

Grilled Fish dengan spaghetti

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-pasta

Untuk peminat Spaghetti. Anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu ini. Spaghetti dihidangkan bersama ikan. Gabungan ini menghasilkan satu menu yang cukup lazat bagi peminat spaghetti.

Minuman

Green Tea with topping creme

tempat-makan-best-bangsar-green-tea

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz

Penggemar Green Tea. Minuman anda ada di sini. Usah risau ya!

Mango dan Strawbery Smoothies

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz2

Saya order minuman ini tempohari. Sangat menyegarkan.Sangat sesuai di musim panas macam sekarang ni.

Dessert

Rainbow Cheese Cake

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-dessert-2

Black Sesame Mille Creme

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-dessert-1

Rasa sedikit seperti kek hangus ini menjadikan kek ini lain dari yang lain. Anda rasa sendiri. Sukar nak jelaskan dalam penulisan.

Blueberry Cheese Cake

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-dessert-3

Saya suka kek ni. Rasa cheese yang diadun baik dengan blueberry sangat mengsyikkan sekaligus menjadikan sesi review ini amat sempurna.

Info PnB Bangsar

Facebook : www.facebook.com/pretznbeanz
Instagram : pretznbeanz
Email : pretznbeanz@pretznbeanz.com

Alamat: No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon : 03-22019026

Komen eXplorasa

Restoran ini amat sesuai untuk membawa keluarga sekali sekala untuk makan di luar. Menu makanan yang berasaskan pretzel ini diadun rapi secukup rasa untuk menjadikan menu-menunya sedap. Ia dibuat dan dikeluarkan di kilang sendiri dan dijamin HALAL.

tempat-makan-best-bangsar-pretz-n-beanz-me

Jika selama ini anda hanya menikmati pretzel begitu sahaja, anda akan sedikit terpesona kerana di sini pretzel dipadankan dengan banyak menu-menu lain. Pretzel Pizza contohnya. Ia adalah satu-satunya pizza yang berasaskan pretzel di Malaysia. Unik bukan?

Cuma saya sedikit kecewa apabila diberitahu menu kegemarann saya, Pretzel with Chicken Green Curry sudah dikeluarkan daripada senarai menu di PnB. Ini adalah kerana memberi laluan kepada menu-menu baru yang tidak kurang juga lazatnya.

pretz n' beanz stew chicken green curry
pretz n’ beanz stew chicken green curry

Jika anda berkira-kira untuk membawa keluarga ataupun rakan taulan untuk sesuatu yang lain daripada biasa, PnB Bangsar ini adalah antara restoran ataupun tempat makan yang paling best dan sedap di dalam kelasnya yang tersendiri di Bangsar KL.

Rating

Restoran Pretz n’ Benaz Bangsar KL
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2

Pretz N' Beanz Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ