Retro Cafe Hotel Vivatel KL – 5 Sebab Ini Sudah Cukup Untuk Buatkan Saya Kembali Lagi Ke sini

Pernah tak anda nak makan kat luar tetapi tak tau nak makan menu apa? Tak tau nak makan kat mana? Lepas tu anda tanya kat group whatsapp dan Facebook. Bila dah diberi jawapan anda masih juga belum dapat jawapan…!

Jika soalan ni disua kepada saya, pasti saya tanpa ragu-ragu memberikan jawapan dengan menyenaraikan beberapa restoran yang masih berada di dalam benak fikiran saya ni.

Retro Cafe Hotel Vivatel Kuala Lumpur (RC)

Retro Cafe, Hotel Vivatel Kuala Lumpur
Retro Cafe, Hotel Vivatel Kuala Lumpur

sudah semestinya di dalam senarai tersebut  saya akan masukkan nama hotel ini sebagai pilihan destinasi anda untuk menikmati juadah mengikut selera anda. Saya memilih makan di sini atas beberapa sebab.

5 sebab kenapa saya mencadangkan Retro Cafe di Hotel Vivatel sebagai destinasi untuk anda bertandang seisi keluarga:

1. Moden dan cantik

Hotel ini bertaraf 4 bintang. Hotel yang agak baru dengan kemudahan moden yang serba lengkap. Padanan warna-warna ceria memang menambah seri hotel ini, begitu juga dengan cafenya. Cafe ini yang sederhana luas sangat teratur susunan mejanya.

Masuk sahaja ke dalam cafe ini mata anda pasti akan tertarik kepada sofa yang berwarna merah terang di sebelah kiri. Susunan barisan sofa yang mengunjur ke dalam cafe memberikan pemandangan yang unik. Di kawasan tempat duduk bersofa ini sangat sesuai untuk anda bersantai sambil minum kopi bersama rakan-rakan. Juga sesuai untuk diadakan pertemuan ataupun temujanji dengan klien perniagaan anda.

hiasa-retro-cafe

soofa yang menjadi tarikan pengunjung
sofa yang menjadi tarikan pengunjung

Menu makanan diletakkan disepanjang dan disekeliling cafe ini. Manakala kerusi dan meja makan tertumpu di bahagian tengah. Ini mewujudkan satu sistem yang bagus untuk mengelakkan keadaan menjadi sesak jika ramai pengunjung yang datang secara serentak di dalam satu-satu masa.

retro-cafe-viva-hotel-meja-makan

2. Tidak sesak dengan pengunjung

Tenang… Sewaktu kami ke sini keadaan cafe ini agak tenang. Saya suka keadaan macam ini kerana saya boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada menu-menu di sini. Tidak perlu juga berebut-rebut untuk mengambil makanan kerana tidak sesak dengan pengunjung. Jadi saya boleh makan dengan rileks menikmati satu demi satu menu yang saya pilih, tanpa tekanan.

3. Menu yang menarik dan Harga yang mampu milik

Pelbagai menu makanan mengikut kategori diletakkan di sekeliling cafe ini. Bermula daripada pemanis mulut, anda boleh terus meneroka ruangan kedua iaitu sandwich. Anda boleh memiih bahan untuk dipadankan dengan roti menjadikan sandwich anda dibuat khas untuk selera anda.

retro-cafe-viva-hotel-pemanis-mulut

retro-cafe-viva-ruangan-pemanis-mulut

retro-cafe-viva-hotel-chicken-slice

retro-cafe-viva-hotel-chicken-bun-wantan

retro-cafe-viva-hotel-dim-sum

retro-cafe-viva-hotel-pau

retro-cafe-viva-hotel-karipap

Maju lagi kehadapan anda akan berjumpa dengan bahagian Pizza. Pizza dibuat mengikut permintaan anda. Tebal-tebal pizzanya. Rasanya memang sedap!

pizza dibuat secara live apabila diminta
pizza dibuat secara live apabila diminta

 

roti john juga disediakan di ruangan ini
roti john juga disediakan di ruangan ini

retro-cafe-viva-hotel-chicken-bun-wantan

Seterusnya anda akan jumpa dengan kawasan di mana menu-menu utama dan agak berat diletakkan. Di ruangan ini ada nasi lemak pandan berserta lauk sampingannya dan juga nasi ulam berserta lauk-lauk sampingan seperti burung puyuh, ikan goreng khas pilihan kita, kari dan sebagainya.

nasi ulam
nasi ulam

retro-cafe-viva-hotel-aneka-sambal

nasi lemak pandan
nasi lemak pandan

retro-cafe-viva-hotel-bahan-nasi-lemak

ikan keli dan puyuh goreng
ikan keli dan puyuh goreng

 

aneka sosej
aneka sosej

retro-cafe-viva-hotel-chicken-wings

Ruangan seterusnya anda akan berhadapan dengan sudut ataupun ruang yang dibuat seperti gerai. Ada gerai sup Vietnam, Gerai Sup Tempatan, Pasembor, Cucur Udang, ais Kacang dan sebagainya.

retro-cafe-viva-hotel-gerai

Dessert dan  juga buah-buahan ada disediakan di bahagian luar cafe ini.

retro-cafe-viva-hotel-buahan

Promosi hi-tea Retro Cafe

Oh ya, cafe ini sekarang sedang mengadakan promosi Hi-Teanya. Konsep Hi-Tea cafe ini adalah pelanggan pilih apa yang nak dimakan, barulah cafe ini menyediakan menu tersebut. Jadi makanan akan sentiasa segar. Boleh makan panas-panas…

Harga RM48.00 Nett untuk seorang, tapi jika pelanggan ingin datang secara berkumpulan seramai 6 orang, bayaran hanya diambil untuk 5 orang sahaja. Seorang lagi dapat makan free.

Promosi ini hanya untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari biasa promosi ini tidak terpakai.

4. Berangkai dengan Viva Mall

Hotel ini berangkai dengan pusat membeli belah yang semakin mendapat sambutan di KL secara amnya dan di Cheras secara khasnya. Hotel ini berada di hujung bangunan pusat membeli belah. Di dalam pusat membeli belah ini bermacam-macam ada sebenarnya. Dari pusat membeli belah, outlet makanan terkenal, panggung wayang dan sebagainya yang perlu ada sebagai tarikan kepada pengunjung untuk singgah.

Ini bermakna anda datang ke sini bukan bermakna anda hanya datang ke cafe ini sahaja, tetapi anda punya pilihan untuk bershopping di pusat membeli belah Viva Mall juga.

5. Dijamin Halal

Cafe ini dijamin HALAL. Bukan hanya jaminan hala daripada mulut chef dan pengurusnya sahaja ya, ia memang mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM. Jadi anda boleh makan tanpa was-was.

retro-cafe-viva-hotel-chef ashraff

sijil HALAL
sijil HALAL

Info Vivatel Hotel

Vivatel Kuala Lumpur

Alamat: No 85, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur
(waze: Vivatel Kuala Lumpur)

No Tel: 03 9205 8888
Website: http://www.vivatel.com.my
Facebook: Vivatel Kuala Lumpur

Komen eXplorasa

retro-cafe-viva-hotel-explorasa

Secara peribadi, saya suka dengan cafe ini dan juga hotel ini. 5 sebab di atas sudah cukup menambat hati saya untuk ke sini.

Sesudah sesi review baru-baru ini kami dibawa juga melawat bilik-bilik di hotel tersebut. Saya sudah jatuh hati dengan konsep yang diterapkan oleh hotel ini. Ada 3 jenis Konsep, 3D, Kayu dan air. Setiap tingkat bermula daripada lif sehingga ke dalam bilik dihias cantik mengikut tema konsep. Sangat menarik!

Bilik konsep 3D
Bilik konsep 3D

 

bilik konsep kayu
bilik konsep kayu

 

bilik konsep air
bilik konsep air

Jika anda berkira-kira dan tercari-cari di mana nak habiskan masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan di hari minggu, anda boleh masukkan cafe ini ke dalam senarai cafe ataupun tempata makan pilihan anda. Dengan suasana yang best dan harga yang ok, saya pasti anda akan berpuashati seperti saya juga selepas menikmati Hi-Tea di sini.

Rating

Promosi Hi-Tea Retro Cafe Hotel Vivatel Kuala Lumpur
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

  1. laprnya !!! huh.. best gak ni..tkde la jauh mana nk pi bejalan cari makanan kalau nk sta viva hotel tu..

    kalau tk stay hotel.. boleh makan situ gak tak ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ