Bestnya Dapat Sup dan Iced Lemon Tea Percuma di Kenny Rogers Roasters

original_header-eVoucher

Siapa dah makan kat Kenny Rogers Roaster dan redeem free Country Style Chicken Soup dan Iced Lemon Tea? Huh.. Belum? Cepat la weyh..! Kempen dah KRR 22 Deliciously Healthy Years dah nak habis dah ni.. Hujung bulan ni habis.

Iced Lemon Tea di KRR memang pior dan asli
Iced Lemon Tea di KRR memang pior dan asli
Country-Style Chicken Soup yang lazat dan terbaik!
Country-Style Chicken Soup yang lazat dan terbaik!

Alhamdulillah, saya dan geng #BloggerKakiMakan dah pergi alami sendiri makan dan redeem Country Style Chicken Soup dan Iced Lemon Tea PERCUMA tu.

Senang jer. Pergi ke KRR macam biasa. Tengok di ruangan menu utama di dalam buku menu dan pilih menu yang anda suka. Lepas tu tak perlu la buat pesanan air. Sebab Iced Lemon Tea kan dapat percuma dengan pembelian 1 hidangan utama.

Lagi satu, kalau tak nak sup lebih jangan order Kenny’s Chicken & Soup Meal. Sebabnya nanti anda akan dapat 2 sup. 1 sup yang memang dah ada dalam set tu. Satu lagi dapat sup percuma.

kenny-rogers-roasters-4
Kenny’s Chicken & Soup Meal

Kalau datang bersama keluarga rancang dulu apa nak makan. Jangan order macam biasa. Sebabnya menu free dah ada. Jadi boleh order menu yang lain.

Hari yang kami ke KRR tempohari, saya masih juga order  Kenny’s Chicken & Soup Meal. Walaupun kawan-kawan dah ingatkan tapi saya masih pilih set hidangan yang itu. Sebabnya saya suka sup KRR ni. Kena pulak makan Country Style Chicken Soup.

dapat makan 2 sup... best!
dapat makan 2 sup… best!

Memang sedap sangat. Sup ni dia bukan macam sup biasa. Dalam sup ada hirisan ayam, cendawan dan disertakan sekali roti keras. Roti keras tu apabila direndam dalam sup yang panas dia akan jadi lembut. Saat inilah saat yang paling best makan roti dan sup tu.

Ini adalah menu lain yang dipilih oleh Mahamahu dan Cik Lily Putih:

Teriyaki Chicken Meal - feveret blogger Mahamahu
Teriyaki Chicken Meal – feveret blogger Mahamahu

kenny-rogers-roasters-garden-set

kenny-rogers-roasters-3

kenny-rogers-roasters-2

kenny-rogers-roasters-1

Muffin terbaik KRR
Muffin terbaik KRR

Menu diorang pilih pun sedap. Cuma saya belum terlintas nak pilih menu tu. Lagipun menu  Teriyaki Chicken Meal tu saya dan makan masa baru diperkenalkan dulu.

Ok ada 2 tawaran untuk kempen ni sebenarnya:

1. Dapatkan Country Style Chicken soup dan Iced Lemon Tea Percuma

Untuk tebus tawaran ini, ada syarat kecil dan mudah yang perlu dibuat.

  • Mula-mula pilih menu utama kesukaan anda.
  • Lepas tu tunjuk e-Vouchers, potongan tawaran daripada suratkhabar ataupun tunjukkan SMS semasa anda memesan hidangan anda di restoran ini .
  • Anda juga boleh kongsi maklumat ini di Facebook masing-masing. Tunjukkan perkongsian FB tersebut untuk redeem tawaran ini.

2. Dapatkan Like untuk perkongsian tentang promosi ini di Facebook.
Untuk perkongsian anda diFB tadi, untuk setiap 22 like yang dapat daripada status perkongsian tadi, satu hidangan Kenny’s Quarter Lite Meal akan diberi kepada pertubuhan amal yang terpilih.

Promosi lain

Sebenarnya saat entri ini ditulis, banyak jer saya tengok promosi lain kat laman sesawang KRR. Antaranya promosi Share your Love di mana 50% diskaun akan diberi ke atas item Sweet Indulgence yang terpilih dengan pembelian sebarang menu utama (termasuk hidangan promosi). Promosi bermula bulan Mei sehingga 23 Jun 2016.

KRR sentiasa jadi pilihan saya
KRR sentiasa jadi pilihan saya

Sila ke >>Promosi Kenny Rogers Roaster<< untuk mengetahui lain-lain promosi.

Selamat menjamu selera di KRR…!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” (2025) NOW AVAILABLE IN MALAYSIA

Smart, sleek, and supercharged, Huawei's flagship tablet redefines how Malaysia’s professionals work, think, and...

WHY YOU SHOULD UPGRADE TO THE HUAWEI FREEBUDS 6...

Why Huawei FreeBuds 6? - Now Available With Better Fit, Smarter Sound, And Longer...

LAST CHANCE TO PRE-ORDER THE HUAWEI MATEPAD PRO 12.2”...

PRE-ORDER THE HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” - Enjoy more than RM2,000 worth of free...

HUAWEI FREEBUDS 6 LAUNCHES IN MALAYSIA WITH BETTER FIT,...

HUAWEI FREEBUDS 6 - a new era of open-fit audio, blending high-fidelity sound, stunning...

HUAWEI UNVEILS MATEPAD PRO 12.2” A PREMIUM PC-LEVEL EXPERIENCE...

Huawei Matepad Pro 12.2” - Delivering the ultimate power for work and beyond with...

GENIUS INNOVATION IN THE HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” DELIVERS...

Huawei Matepad Pro 12.2” - Blending premium design, PC-level features, and next-generation display innovation,...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ