Setiap negeri di Malaysia ada masakan asli atau authenticnya sendiri. Jika negeri Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi Dagangnya, Perlis dan Kedah terkenal dengan laksanya utaranya, Sarawak terkenal dengan Mee Koloknya, Johor pun tidak ketinggalan. Johor terkenal dengan Laksa Johor yang pekat kuahnya. Nasi Beriani GAM pun memang terbaik di Johor. Tempat lain memang tak boleh lawan.
Baru-baru ni explorasa berserta dengan beberapa orang lagi bogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput ke Hotel Seri Pacific. Jemputan ini sempena dengan Festival Makanan Johor, Citrawarna Malaysia 2016. Jadi petang tu tu kami makan dengan menu-menu asli negeri Johor lah.
Sebelum sesi mencuba menu Johor kami diberi penerangan dahulu oleh Chef Kusha Haron. Beliau berpengalaman luas di dalam bidang masakan dan pernah menjadi chef untuk keluarga Diraja negeri Johor. Menurut beliau kebolehan memasaknya diwarisi daripada nenek moyangnya yang terkenal dengan kepakaran memasak.
Antara menu-menu asli negeri Johor yang diketengahkan pada malam itu adalah:
Tetel Lembu Masak Gulai Daun Kesum
Kali pertama saya mencuba menu ini. Campuran Daun Kesum di dalam menu ini jelas mempengaruhi rasanya secara keseluruhan. Sedap!
Nasi Kuzi Ayam

Nasi ini memang enak di makan. Rempah kuzi di dlam kuahnya memang terasa. Kalau tidak kerana banayak lagi saya nak cuba menu masakan Johor ni, saya pasti tambah lagi.
Laksa Johor
Menu ini paling menarik hati saya. Sebabnya ini adalah kali pertama saya menikmati Laksa selatan ni. Sebelum ni laksa utara dan laksa di sebelah pantai timur memang menjadi kegemaran saya. Yang paling menarik perhatian adalah kuahnya yang sangat pekat. Jika laksa utara dan pantai timur saya suka letak kuah yang banyak, tapi untuk laksa ini saya tak mampu memenuhkan mangkuk dengan kuahnya dek kerana kepekatannya.
Cuma selepas menghabiskan semangkuk (secara paksaan) saya tak boleh meletakkan laksa ini setaraf dengan laksa utara dan pantai timur yang menjadi feveret saya. Ini adalah kerana ada campuran bahan rempah yang kurang masuk dengan selera saya di dalam kuah laksa ini.
Bubur Harisa
Bubur ini pun pertama kali saya dengar namanya. Juga pertama kali saya mencubanya. Agak unik pembuatannya dan teksturnya.
Sotong Masak Hitam
Acar Rampai
Sayur Rampai Masak Lemak + Keledek
Tembosa Daging
Bahulu Lapis Johor
Saya ingat ini kuih lapis seperti kuih lapis sarawak tu. rupanya ia diberi nama bahulu. Jauh benar bentuk dan warnanya dengan kuih bahulu yang selalu saya makan sewaktu kecil dahulu.
Oh ya.. Sesiapa yang nak mencuba menu masakan asli negeri Johor anda boleh ke sini segera ya. Ni info tentang Festival Makanan Johor, Citrawarna Malaysia 2016:
Tempat: Zende Restaurant, Hotel Seri Pacific KL
Tarikh:18 Mei 2016 – 27 Mei 2016.
Untuk pengetahuan, Hotel Seri Pacific ini terletak berdekatan dengan Sunway Mall dan Stesen LRT PWTC. Kepada yang tak nak bawa kenderaan sendiri bolehlah menggunakan kenderaan awam ini. Sekarang ini sudah ada kemudahan Walkaway berbumbung. Dah tak perlu melintas jalan raya dah. Guna jejantas Walkaway lebih mudah.
Untuk pertanyaan lanjut berkenaan tempahan buffet dan penginapan di Hotel Seri Pacific, anda boleh hubungi:
No Telefon: 03-40494351/4352
Email: fbresv@seripasific.com.
Laman sesawang: http://www.seripacifichotel.com
Komen eXplorasa
Kepada yang ingin mencuba masakan asli negeri Johor, bolehlah blok kalender anda untuk perancangan ke sini. Sebabnya masa festival makanan Johor tidak lama. Lebih kurang 10 hari sahaja. Jadi rancanglah lawatan anda sebaiknya.
Dengan datang ke festival ini sekuarangnya anda dapat menikmati sendiri masakan asli negeri Johor yang mana agak sukar untuk anda jumpa jika tidak ke sini. Anda juga akan dapat membandingkan menu-menu negeri Johor dengan negeri lain yang pernah anda cuba.
Selamat mencuba menu masakan negeri Johor.
baca juga: daun kesum
Terliur la plk tengok menu kat sini. Semuanya sedap.. Huhuu..
Dkna Abza recently posted…Happy Birthday Abi Dan Mikhail
sempat lg pegi Dkna.. hehehe
Tetel lembu? Apa tu? Baru first time dengar ni..
anuar recently posted…Giveaway Carian Homestay Malaysia
hahahha.. menu jawa bro. daging lembu ni
tetel tu daging lembu yang ada lemak2 tepu dan bahagian berurat sikit tu… bahagian paling best kalau dibuat sup ni… peh meleleh…
rozita recently posted…Doktor Haiwan Maut dipijak Gajah!
oooo..
heheheh org johor dh bersuara
Gulai daging msk asam pedas tu meme best!
yup memang best. 1st time makan daging asam pedas. sblm ni ikan masak asam pedas jer biasa makan
sepatutnya kena adakan selalu kot festival makanan2 tradisi setiap negeri…baru kita2 yang kat KL ni ada peluang merasa……yer dakkk
saidila recently posted…Hai Anak
haaa good idea ni.. kena bgtau seri pacific ni
Nampak sedap semuanya…..
Afif Rayyan recently posted…Tonton Dan Download Ada Apa Dengan Cinta 2 Full Movie
sedap tuan…! blh cuba di hotel seri pacific.. x perlu ke johor
nampak macam sedap//tp tetel tu tak pernah cuba…
ema recently posted…Ucapan Selamat Hari Guru
hhahaha.. i lah sana cuba.. kalau tak kena pi johor baru leh cuba.. hahaha
bagus sgt hotel ni mcm2 tema. lepas ni cuba buat makanan utara pulak. jemput i tau. i jadi juri. ekekeke
YB Shehan recently posted…HDAE CREW : MOMMIES SUPER RAJIN DI HOMEMADE FOOD FOR HDAE
u jadi juri? jawatan DURI adala kosong untuk u..
Tembosa daging sedap sangat..terbayang bayang lagi keenakkan nya…
huh.. sy tak sempat pun makan…
culiner menggugah selera, yang ingin berlibur ke bali sambil menikmati kuliner khas pulau dewata Bali cempakaholiday.com menyediakan paket liburan murah ke bali sambil menikmati culnar khas pulau dewata Bali.
komang bali recently posted…Pesta Kesenian Bali ke 38 tahun2016