Hari Jumaat yang lalu, eXplorasa ada 3 jemputan review buffet Ramadhan. Kesemuanya adalah daripada hotel. Yang satu tu memang dah decide tak nak pergi. Ada sebabnya..
Tinggal 2 pilihan diantara Hotel Concorde dan Hotel Seri Pacific. Akhirnya saya pilih review untuk Buffet Ramadhan di Hotel Seri Pacific yang sebelum ni ada menjemput eXplorasa untuk review Festival Makanan Johor sempena program Citrawarna Malaysia 2016.
Antara sebab lain hotel ini berdekatan dengan stesen Komuter (Putra) untuk saya terus pulang ke Shah Alam selepas selesai sesi review. Faktor ini sangat pentng untuk saya yang agak terbatas pergerakan semenjak kereta saya dimasukkan ke “hospital” tidak lama dahulu.
Buffet Ramadhan Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
Mood yang positif bermula seawal kaki kaki melangkah masuk ke ruang dewan Pacific (Pacific Ballroom). Apa tidaknya, kami disambut dengan senyuman yang cukup manis oleh staff di sini. Daripada bos hinggalah pekerja semuanya melayan tetamu dengan mesra hingga tak terasa janggal langsung untuk bergerk bebas mengambil makanan yang pada pandangan mata semuanya sedap-sedap belaka.
Sambil menjamu kamera dengan sudut-sudut menarik gambar makanan, fikiran tak lepas daripada berfikir makanan yang mana bakal diambil dahulu nanti. Makanan yang pertama disuap ke dalam mulut pada saya agak kritikal supaya ia tidak menjejaskan mood untuk mencuba makanan yang seterusnya.
Sup Gear Box Terbaik
Ok tiba masa menjamu perut sendiri pula. Dari tadi dah buat keputusan, saya ambil Sup Gear Box dahulu. Pilihan hati nak yang mangkuk kecil saja, tapi chef bagi mangkuk besar. Fuuh.. Gear box yang sederhana besar tergolek di dalamnya.
Kuahnya secukup rasa. Dagingnya lembut dan senang dileraikan daripada tulang. Cecair sum-sumnya…! pergh nikmat!
Sup ini, dengan ciri-ciri di atas memang membuatkan saya jatuh hati. Ini membuatkan saya terus bersemangat mencuba menu-menu lain.
Kambing Golek
Menu kedua, saya ambil Kambing Golek. Dihiris terus daripada kambing yang sedang dibakar membuatkan dagingnya masih panas dan lembut. Dicicah dengan pilihan sos barbeque ataupun Sos Cendawan, Kambing Bakar ini juga saya syorkan untuk anda.
Burger Besar
Selepas itu selera beralih kepada burger besar yang pattynya dihiasi dengan sos dan mayonaise pelbagai warna. Risau membazir dan tak mampu menghabiskan sebiji, saya minta chef potong dua dan saya ambil sebelah jer berger tersebut.
Rotinya yang lembut dengan patty daging lembunya yang tebal juga lembut, berger ini tidak kurang enaknya. Kalau makan sebiji, memang kenyang! Jadi saya sarankan pada bulan puasa nanti anda janganlah makan sebiji ya. Walaupun saiz dan hiasannya menggoda selera. Lebih baik anda simpan ruangan perut anda untuk makanan lain yang banyak lagi.
Nasi Ayam
Kepada penggemar Nasi Ayam, di sini ada disediakan makanan kegemaran anda tu. Nasinya lembut. Anda mempunyai pilihan samada nak mencuba nasi ayam dengan ayam panggang ataupun ayam stim. Kedua-duanya menyelerakan.
Menu lain
Antara juadah yang bakal disajikan di sini ialah makanan tradisional seperti:
Bubur Lambuk , Lemang dan Ketupat , Serunding Daging Ayam , Rendang Ayam , Nasi Kandar, dan banyak lagi..
Selain tu ada…
Gulai Daging Campur Umbut Kelapa , Satay Ayam dan Daging, Dim Sum, Mee Rebus, Laksa Johor, Wantan, Mee Udang, Roti Jala, Murtabak Ayam, Rojak Singapore, Pasembor, Shawarma, Babaganoush, Hummus, Chicken Mandy Tandoori Style, Kari Kepala Ikan, Kambing Panggang, Ayam Golek Percik dan lain-lain lagi.
Ini pula untuk dessert.
ada Pengat Ubi , Bubur Kacang Merah , Pulut Hitam, Pengat Pisang dan banyak lagi..
Minuman
Air yang disediakan di sini memang sedap belaka. Ada Air Kelapa, Sirap Selasih, Air Kurma, Air Kiwi dan Air Tebu dan macam macam lagi..
Hiburan ringan
Oh yaaa.. ada persembahan Ghazal untuk mereka yang sedang menjamu selera ! Sambil makan sambil dengar lagu Ghazal adalah satu suasana yang tenang.
Harga
Di sini, pengunjung boleh memilih antara 2 tempat untuk berbuka puasa. Keduanya menerapkan konsep berbeza dimana yang tersedia di Pacific Ballroom ini lebih menekankan penyediaan makanan secara langsung seperti kambing golek, burger dan sebagainya. Manakala di Zende Restaurant makanan dan menu-menunya lebih mirip kepada restoran biasa.
1. Pacific Ballroom :
Tarikh : 6 Jun 2016 – 5 Julai 2016
Harga : RM98 nett ( Dewasa ) dan RM49 nett ( Kanak Kanak )
2. Zende Restaurant :
Tarikh : 8 Jun 2016 – 4 Julai 2016Harga : RM128 nett ( Dewasa ) dan RM64 ( Kanak Kanak )
Kemudahan lain
Surau
Yang ini pun satu kelebihan kenapa Buffet Ramadhan Hotel Seri Pacific ini istimewa. Suraunya dekat dengan dewan berbuka puasa. Ini penting sebab kalau surau jauh, pengunjung terpaksa berjalan jauh untuk solat Maghrib. Ini akan menjejaskan selera makan dimana menyambung kembali makan selepas berhenti seketika, tidak akan sama. Sepanjang bulan Ramadhan hotel ini menyediakan surau yang besar dan selesa di tingkat enam hotel ini.
Wi-Fi
Sudah menjadi trend zaman sekarang, aktiviti akan dihebahkan ke dalam media sosial. Jadi sambungan wifi menjadi suatu kemestian. Di samping dapat mengambil hati pengunjung, ia juga dapat memberi hebahan pengguna kepada hotel ini hasil daripada aktiviti di media sosial.
Parkir
Parkir tidak menjadi masalah di sini. Anda yang datang dengan kenderaan sendiri, boleh memilih samada nak tinggalkan kenderaan anda di Hotel ini ataupun menggunakan parkir Pusat Membeli belah Sunway Mall. Cuma sediakan sedikit bayaran.
Info penting
Untuk tempahan dan pertanyaan
Tel : 03-4049 4351 / 03-4049 4352
Email : fbresv@seripacific.com
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Tel : 03-4042 5555
Komen eXplorasa
Recomended! Banyak kelebihan memilih Buffet Ramadhan Hotel ini.
Dengan kelebihan dan kemudahan yang telah disebutkan tadi, hotel ini boleh anda masukkan ke dalam senarai tempat best untuk berbuka puasa anda. Selamat berbuka puasa di Hotel Seri Pacific.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
harga bufet dia murah…bolehlah listkan nanti…
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
agak murah la berbanding dengan yang lain
Bahang Ramadhan semakin terasa semoga menjadi yang terbaik tahun ini
Khairul Zamri recently posted…Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan
yup bro. moga kita semua diberi kesempatan dan peluang utk menjadi tetamu ramadhan tahun ini
Harga buffet yang agak murah…makanan pun nampak menyelerakan tu
Suriaamanda recently posted…Paedophilia Spesies Manusia Rare..
sup gearbox dia memang x dpt dilupakan