Minuman Berpicagari Di Garage 51 Bandar Sunway

Garage 51 by Coffee Societe Bandar Sunway

Saya terlepas review cafe ini semasa jelajah Cafe Hipster Ketchup dulu. Memang terkilan habis masa tu. Maklum la Cafe ini adalah antara cafe hipster yang paling best dan mendapat sambutan. Dah lama saya terpesona dengan gambar-gambar makanan dan minuman yang unik di sini yang dikongsi rakan-rakan Media Sosial dan blog.

Jadi, apabila eXplorasa mendapat jemputan untuk food review di sini, saya tidak fikir panjang dah. Terus saja setuju. Memang teruja nak cuba menu-menu di sini sambil ambil gambar menu-menu unik.

Maka di hari Sabtu yang sibuk baru-baru ini saya dan keluarga ke Cafe Hipster Garage 51. Bersama-sama eXplorasa adalah blogger pencarimakan.com dan anazarin. Walaupun kami sampai sedikit lewat daripada masa yang dijanjikan namun kami tetap disambut mesra oleh staff di sini.

Konsep Garage 51

garage-51-kaunter-makanan

Sesuai dengan nama cafe, konsep dan dan susun atur cafe ini memang unik. Bukan itu sahaja, nama menu-menunya juga unik sesuai dengan persembahan menunya. Ada 3 ruangan tempat makan, satu di bahagian luar yang sesuai untuk perokok, satu di bahagian dalam dan satu di bahagian atas.

Luar

Luar

tempat makan dalam dan atas

tempat makan dalam dan atas

Ruangan dalam dilengkapi dengan susunan perabut dan meja yang unik. Ada meja biasa dan ada meja yang lebih tinggi designnya. Untuk yang datang secara berkumpulan, meja dan kerusi yang lebih tinggi tu sesuai kerana mejanya yang panjang khas untuk pelanggan berkumpulan.

Menu-menu Garage 51

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba, cafe ini memperkenalkan 3 menu baru. 2 menu makanan dan 1 menu minuman. Menu-menu ini dimasukkan elemen bulan puasa di dalamnya iaitu Serunding dan Ayam Percik untuk menu makanan. Manakala Sirap Bandung, Cendol, karipap dan kurma pula adalah elemen Ramadhan yang diterapkan di dalam menu minuman baru.

Nasi Goreng Serunding dan Kebab Percik – RM20

garage-51-nasi-goreng-serunding-dan-kebab-percik

Nasi Goreng digoreng bersama serunding menjadikan rasanya begitu unik. Tambah teruja bila makan bersama kebab percik iaitu daging ayam yang dicucuk seperti sate dan dibakar bersama rempah percik. Ada rasa manis sedikit.

Spaghetti Serunding Ayam dengan Kebab Percik – RM20

garage-51-spaghetti-serunding

Bagi yang meminati spaghetti, menu ini amat sesuai untuk anda. Rasanya lain dari rasa spaghetti yang pernah anda makan. Rasanya lebih “melayu” kerana dicampurkan dengan serunding di dalamnya. Tambahan pula ada Kebab Percik untuk dimakan bersama spaghetti serunding. Memang lain dari yang lain rasanya.

Bandung Cendol dengan Karipap RM 18.90

garage-51-bandung-cendol

Ini menu baru untuk minuman sempena bulan Ramadhan. Sirap Bandung yang dicampur sekali dengan cendol dan krim. Ia didatangkan sekali dengan buah Kurma dan sebiji karipap yang terpacak kemas di birai gelas minuman ini.

garage-51-review-explorasa

Menu-menu lain

Penne Basil Spinach Pesto with Grilled Chicken – RM16

garage 51 spinach

Penne Basil Spinach pesto yang didatangkan bersama hirisan besar ayam yang dibakar. Kepada yang menyukai spinach boleh cuba menu ini. Tapi yang nyata, menu ini bukan menu untuk saya.

Grill Salmon Spaghetti with Lemon Cream – RM24

garage-51-salmon-spaghetti

Salmon…! saya memang peminat Salmon. Nampak saja Salmon saya terus mencuba menu ini. Bukan salmon sahaja yang sedap rupanya. Spaghettinya pun mantap. Saya jatuh cinta dengan menu ini.

Chicken Pamigiana with Mashed Potato & Salad – RM18

garage-51-chicken

Persembahan dan pandangan sekali lalu, menu ini mirip Chicken Chop. Didatangkan bersama kentang lenyek dan salad. Sesuai untuk yang tidak ingin memakan nasi maupun spaghetti.

Grilled Chicken with Caponata, Fluffy Cream, Basil & Strawberry Soil, Hollandpesto – RM 22

garage-51-chicken-grilled

Nama menu ini pun dah cukup unik. Panjang…! Rasanya? Rasanya boleh tahan. Paduan kepingan ayam yang dibakar dan dicampur sekali dengan Caponata, Krim Fluffy, Basil dan strawberry soil dan Hollandpesto.

ok habis bab makanan. Sekarang kita tengok minuman pula.

Minuman Garage 51

garage-51-messed-up-family

Nama minuman di cafe ini diambil sempena perhubungan kekeluargaan. Unik bukan?

THE FATHER – Chocolate with Peanut Butter – RM 18.90

garage-51-the-father

Air cokelat yang dicampur krim. Di sekeliling gelasnya ditampal biskut cookies untuk menabahkan lagi keunikannya. Popcorn juga ditambah sekali dengan minuman ini.

THE COUSIN – Salted Caramel with BROWNIES – RM 18.90

garage-51-the-cousin

Menu minuman ini telah siap ditambah pretzel di atasnya untuk mempelbagaikan rasanya.

THE NEPHEW – Cookies and Cream – RM 18.90

garage-51-the-nephew

Minuman cokelat yang dipadankan dengan cookies dan krim.

THE SON – Nutella with Hints of Hazelnut Awesomeness – RM 18.90

garage-51-the-son

Minuman berkrim ini didatangkan bersama mashmallow dan cornflakes.

garage-51-menu-minuman

Kesemua minuman ini disertakan satu picagari. Picagari ini membawakan mood yang pelbagai daripada orgag ramai. Ada yang gerun dan ada yang suka. Sebenarnya picagari tersebut di isi dengan susu. Kepada sesiapa yang nak tambah lebih manis dalam minumannya, bolehlah gunakan picagari tersebut.

Info lain Garage 51

Garage 51 by Coffee Societe at Bandar Sunway

Facebook : Garage 51
Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No Telefon : +60 3-5612 5618
Waktu Operasi : Isnin hingga Ahad – 11:00 pagi – 11:00 malam

Lokasi

Anda boleh menggunakan Waze ataupun Google Maps dengan menaip kata kunci “Garage 51”.

Komen eXplorasa

Secara keseluruhan cafe ini memang patut anda kunjungi. Sungguh teruja melihatkan menu-menunya yang dihias unik. Pasti kamera ataupun smartphone anda tidak sabar untuk beraksi.

garage-51-explorasa

Segalanya ada kelainan. Daripada konsep sehinggalah menu makanan. Memang lain dari yang lain.

Jadi kepada anda yang inginkan kelainan dan keseronokan, bolehlah datang ke sini bersama keluarga ataupun sahabat handai.

Cafe ini mementingkan persembahan. Tengoklah paper beg untuk menu bawa pulang ni. Cantik…!

garage-51-take-away

Jika anda singgah untuk berbuka puasa nanti jangan lupa order menu khas untuk Ramadhan tu. Sedap!

Rating

Garage 51
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.2

2,072 total views, 1 views today

20 Comments

  1. anuar May 24, 2016
    • sohoque May 24, 2016
  2. Pencari Makan May 24, 2016
    • sohoque May 24, 2016
  3. ana zarin May 24, 2016
    • sohoque May 24, 2016
  4. YB Shehan May 25, 2016
    • sohoque May 26, 2016
  5. dkna abza May 25, 2016
    • sohoque May 26, 2016
  6. Khairul Zamri May 26, 2016
    • sohoque May 27, 2016
  7. shiqeen sattar May 26, 2016
    • sohoque May 27, 2016
  8. jida May 27, 2016
    • sohoque May 29, 2016
  9. nadia johari May 30, 2016
    • sohoque May 30, 2016
  10. Afif Rayyan June 1, 2016
    • sohoque June 1, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: