Diet perlukan ilmu
satu pinggan nasi lemak (230 gram) kalorinya bersamaan 300 lebih. Badan mengambil masa lebih kurang 48 jam untuk membakar kalori sebanyak itu. ~ En Malique, Pakar Nutrisi dan pemiik Cafe K4M1 Lounge, Starpac Point
Terkejut aku bila dengar statement ni. Sebabnya Nasi Lemak memang sarapan feveret aku. Kadang-kadang malam pun pekena nasi lemak. Aku terfikir, kalau aku makan nasi lemak dua hari berturut-turut mesti kesannya lebih kronik. Sebabnya kalori daripada nasi lemak semalam pun belum habis dibakar lagi. Hari ini aku makan nasi lemak lagi dan tambah lagi 300 lebih kalori. Kalori yang tak sempat dibakar ni akan ditukarkan menjadi lemak. Hmmm patutlah aku susah nak kurus.
Nak diet ni bukan boleh buat sembrono. Kita kena ada ilmu tentang nutrisi, kadar metabolisme badan dan lain-lain. Sebab tu tak ramai yang berjaya dalam diet mereka untuk mempunyai berat badan yang ideal. kebanyakan daripada mereka ini pula suka mengambil jalan singkat dengan menggunakan ubat-ubatan ataupun makanan tambahan yang berlambak di pasaran tanpa menghiraukan diet mereka.
Cafe K4M1 Lounge / Vape Cafe
Oh ya… aku mendapat kesedaran ini setelah menghadiri sesi review di Vape Cafe atau lebih dikenali sebagai Cafe K4M1 Lounge. Cafe ini diasaskan oleh seorang anak muda, En Malique yang mempunyai kepakaran di dalam bidang nutrisi dan diet. Beliau pernah menjadi instructor di gymnasium terkenal, celebrity fitness. Beliau juga sering menjadi tempat rujukan kepada pelanggannya yang sedang di dalam program diet.
Cafe ini akan menyukat semua nutrisi di dalam menu-menu diet sihatnya. Setiap menu akan dikira jumlah kalori, kolestrol, lemak, gula, karbohidrat, sodium, protein dan lain-lain sebelum dihidang menjadi satu menu yang lengkap kepada pelanggannya.
Cafe ini amat unik bagi aku. Konsepnya boleh la dikategorikan di dalam cafe hipster kerana hiasan dalaman dan susun aturnya yang menarik dan unik. Keunikan paling ketara ialah cafe ini selain daripada menu-menu diet sihat yang lazat ia turut mempamerkan beraneka jenis alatan untuk vape. Segalanya tentang vape ada di sini bermula daripada alat ganti sehinggalah kepada perasa vape, daripada yang biasa harganya hinggalah kepada yang beribu ringgit harganya.
Menu-menu diet sihat di K4M1
Jom kita lihat menu-menu sihat K4M1 yang lazat:
Spaghetti, Passata Mince Beef, Sweet Peas & Cherry Tomato (RM17.50)
Tilapia Sambal Hijau, Muti Grain Brown Rice & Broccoli (RM19.90)
Tricolor Fussili, Mince Beef with Basil, Carrot & Green Zucch (RM17.50)
Shell Pasta With Black Olives, Peanut Butter Chicken & Tricolor Capsicum (RM17.50)
Spaghetti, Thai Curry Chicken, Caramelized Onion & Chopped Spinach (RM17.50)
Baked Japanese Sweet Potato, Rocket Pesti Salmon with Honey Lemon Sauce, Mashed Pumpkin & Carrot (RM19.90)
Cajun Chicken Wrap, Black Beans & Roasted Pepper (RM14.50)
Quinoa with Chickpeas & Corn, Apricot Ginger Salmon, Yellow Zucchini & Baby Spinach (RM19.90)
Mashed Japanese Sweet Potato, Grilled Chicken With Black Pepper Sauce & Green Beans (RM17.50)
Multi Grain Browm Rice, Spicy Mango Chicken, Brocolli & Carrot (RM17.50)
Dessert sihat
Di antara menu-menu sihat ni, menu yang ada salmon tu paling aku suka. Sebab salmon memang feveret aku.
Vape
Bagi peminat vape pula, cafe ini memang cafe untuk anda. Anda boleh dapatkan segalanya berkenaan dengan vape di sini***. Aku tak boleh komen banyak pasal vape ni sebab aku tak hisap vape. Rokok pun aku tak hisap. Tapi bila ke sini aku memang kagum. Rupanya vape ini bukanlah sekadar menghisap wap untuk keseronokan. Mereka ada komuniti tersendiri. Alat-alat vape juga ada nilai-nilai tersendiri. Begitu juga perasa vape. Ada bermacam-macam jenis perasa untuk pemggemar vape.
Aku bukanlah menyokong 100 peratus vape ini. Tapi pada aku vape ini lebih baik sedikit daripada rokok. Rokok mengandungi bermacam-macam jenis bahan. Vape hanya ada nikotin yang boleh dikawal. Asap rokok membahayakan orang sekeliling. Asap vape tidak…! Jadi jika payah sangat perokok nak tinggalkan tabiat mereka, beralih kepada vape pada aku sesuatu yang baik juga sebelum berhenti secara terus!
Info K4M1
Facebook: K4M1 Malaysia
Instagram: K4M1 Lounge
Alamat:
Blok E-01-01, Ground Floor,
StarParc Point, Jalan Taman Ibu Kota,
off Jalan Genting Kelang,
53300 Malaysia
Waktu Operasi
10.00 pagi hingga 11.59 malam
Komen eXplorasa
Pada mulanya aku membuat andaian bahawa rasa menu-menu sihat K4M1 ini mesti tak sedap. sebabnya ia adalah makanan yang sihat. mesti banyak yang kena kawal seperti lemak, gula dan sebagainya. Tetapi bila aku cuba sendiri menu-menu ini, ternyata aku silap. Sedap rupanya!. Semuanya secukup rasa.
Yang bagusnya kita boleh tahu apa nutrisi yang kita ambil. Kita tau jumlah kalori dan sebagainya yang kita makan dalam satu hari. Dari situ kita boleh merancang diet kita dengan baik.
Kalaulah cafe ini berdekatan dengan tempat aku, mesti ia akan menjadi antara cafe yang aku selalu singgah.
Kepada anda yang ingin tahu tentang jumlah nutrisi dalam makanan, anda bolehlah ke sini untuk merasa sendiri menu-menu sihat di sini. Anda akan tau jumlah nutrisi yang anda ambil seharian. Ia akan memberi jawapan kenapa lemak-lemak di badan anda agak degil untuk berambus.
Cafe ini secara tidak langsung mendidik pengunjung dengan makanan yang sihat. Aku secara peribadi suka dengan cafe ini. Dan aku akan datang lagi untuk singgah di sini.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating: