Resipi Koktel Kundur Seikhlas Ramadhan

lambaian Ramadhan yang semakin ahmpir
lambaian Ramadhan yang semakin hampir

Bersedia menyambut Ramadhan

Kita sudah di ambang Ramadhan. Semakin dekat ia menghampiri semakin saspen pulak rasanya. Kadang-kadang terasa takut, khuatir jika umur tidak sempat melangkau Ramadhan. Jika boleh saya nak Ramadhan tahun ini jadi yang terbaik dalam hidup saya. Sekurang-kurangnya saya cuba untuk ke aras (level) itu.

Saya tak nak Ramadhan tahun ini hanya sekadar datang menjenguk dan kemudian berlalu begitu sahaja. Saya inginkan Ramadhan meninggalkan sesuatu di dalam hidup saya. Tarbiyah itu yang saya mahukan.

status fb
status facebook Dkna

Antara punca yang saya kesan menjadi punca ketidaksempurnaan ibadat di malam hari di bulan Ramadhan adalah makan yang terlalu banyak semasa berbuka puasa.

Dahsyat natijahnya. Solat Maghrib pasti terjejas mutunya dek kerana perut yang terlalu penuh. Ini kadangkala akan membawa kepada unsur negatif sewaktu solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah nanti.

Malas, mengantuk dan cepat letih adalah antara kesan negatif yang memang jelas mengganggu kesempurnaan ibadat kita di bulan Ramadhan.

Untuk mengelakkan perkara ini saya telah datangkan satu resepi untuk berbuka puasa supaya kita boleh beribadat dengan tenang nanti.

Resepi ini adalah resepi air minuman berkoktel yang boleh juga diambil dengan makanan ringan yang lain seperti 3 biji kurma ataupun kuih muih sewaktu berbuka puasa.

Air Koktel Kundur Seikhlas Ramadhan

Bahan-bahannya:

bahan-bahan untuk membuat air minuman Koktel Kundur Seikhlas Ramadhan
bahan-bahan untuk membuat air minuman Koktel Kundur Seikhlas Ramadhan

1. Air perasa Kundur Yeo’s
2. Koktel
3. Kiub jelly

Cara menyediakan air minuman ini

Masukkan koktel pelbagai buah dan warna ke dalam gelas minuman. Diikuti dengan memasukkan kiub jelly. Hanya masukkan isi koktel dan jelly sahaja. Airnya jangan dimasukkan untuk mencegah daripada mengganggu rasa air kundur nanti.

Tuang air minuman lazat Yeo’s berperisa Kundur ke dalam gelas yang berisi koktel dan jelly tadi. Kemudian masukkan ketulan ais.

Berapa banyak nak letak bahan-bahan ini bergantung kepada berapa orang yang bakal menikmatinya nanti.

Oh ya… jangan lupa letakkan straw dan sudu sekali untuk memudahkan mencedok koktel dan kiub jelly sambil minum nanti.

Siap!!! Resipi minuman yang sedap dan ringkas untuk buka puasa. Tak sampai 5 minit penyediaan.

Koktel Kundur Seikhlas Ramadhan
Koktel Kundur Seikhlas Ramadhan

Kelebihan air minuman ini

Antara kelebihan air minuman ini adalah:

1. Menyegarkan
Air minuman lazat Yeos Kundur ini memang menyegarkan. Ditambah pula ada ketulan ais untuk lebih rasa sejuk

2. Alas perut
Air minuman ini bukan hanya air biasa untuk basahkan tekak penghapus dahaga. koktel dan jelly di dasar gelas bertindak sebagai alas perut supaya tidak lapar sekali gus memberi tenaga untuk beribadah dengan khusyuk tanpa rasa lapar walaupun seharian berpuasa.

3. Ringkas dan cepat
Sangat senang disediakan. Tidak sampai 5 minit menu minuman ini dapat disediakan. Amat sesuai bagi yang tiada banyak masa untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

4. Senang didapati
Bahan-bahannya amat senang diperolehi. Di mana-mana pasaraya pun ada bahan-bahan untuk membuat minuman ini.

Kenapa Yeos Kundur

Pasti anda tertanya-tanya kenapa saya guna jenama Yeos Kundur?

Jawapan saya senang je. Sebabnya ialah Yeos dan rakyat Malaysia amat sinonim. Boleh dikatakan rakyat Malaysia membesar dengan produk Yeos. Produknya amat senang didapati di mana-mana pasaraya maupun kedai runcit di seluruh Malaysia waimma di ceruk-ceruk kampung.

Lagipun jenama ini memang terbukti dari segi keHALALannya dengan memperolehi sijil halal JAKIM. Jadi nak gunakan pun tak ada rasa was-was.

Kenapa saya pilih perisa Kundur? Saya suka akan keunikan rasanya. Rasanya yang tidak terlalu manis dan keunikan rasa buah kundur membuatkan saya sekali minum rasa nak lagi.

Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya Musim Kedua

kempen yeos

Saya pernah menulis tentang kempen ini di dalam blog lifestyle saya. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo’s) seperti tahun-tahun yang lalu meneruskan amalan “memberi” kepada golongan yang lebih memerlukan. Untuk ini Yeo’s telah melancarkan kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya Musim Kedua.

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Walaupun saya ketengahkan resipi berasaskan minuman Kundur pada kali ini. tapi saya tetap juga menykokng Heliza Helmi yang mewakili minuman Yeo’s Soya seperti tahun terdahulu.

Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! Untuk maklumat lanjut sila ke www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • haaaa.. say no to beli kat bazaar… buat sendiri jer.. kurang belanja, kurang guna tenaga, kurang tgk maksiat kat bazaar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ