Restoran Mohammad Chow Chinese Muslim Kitchen (Mohammad Chow)
Menu masakan cina banyak yang sedap-sedap. Cuma ia menjadi sedikit masalah untuk penganut agama Islam kerana status halalnya. Sebab itu restoran yang menyediakan menu masakan cina ini kurang mendapat sambutan di kalangan orang Islam terutama orang melayu.
Tapi itu dulu. Kini restoran cina muslim dah banyak. Jadi menu masakan ala cina ini dah semakin popular. Malah ia menjadi salah satu restoran feveret bagi penggemar makanan di luar sana.
Ada beberapa restoran chinese muslim yang berjaya mendapat tempat di kalangan masyarakat setempat di Kuala Lumpur ni. Salah satunya adalah Restoran Mohammad Chow. Restoran ini yang yang terletak di Damansara Perdana, KL. eXplorasa bersama rakan blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari sempat menerjah ke restoran ini tempohari.
Mohammad Chow juga ada membuka cawangan pertamanya di Bukit Antarabangsa untuk peminat masakan chinese muslim di sekitar kawasan sana. Menu-menunya pun sama dengan menu-menu di sini (Damansara Perdana).
Restoran ini sederhana saiznya. Tak besar sangat dan tak kecil sangat. Begitu juga dengan susun atur dan hiasan dalamannya. Sederhana konsepnya. Ada juga disediakan beberapa meja makan di luar restoran iaitu di pintu masuk restoran ini. Ini sesuai untuk pelanggan yang merokok.
Menu-menu lazat Mohammad Chow
Jom kita tengok apa menu-menu lazat di restoran ini
1. Sotong Nyonya – RM18.00
Saya adalah peminat masakan yang berasaskan sotong. Menu ini memang sedap sesuai dengan selera saya.
2. Prawn Butter Floss – RM35
Walaupun udang bukan feveret saya, tapi menu ini menjadikan udang begitu sedap. Butter Floss yang diadun rapi menjadikan masakan ini feveret untuk semua orang.
3. HK Roasted Duck
Itik Panggang. Malam ini baru saya mendapat tahu cara memasak itik panggang ni. Ia bukan hanya dipanggang begitu saja. Ada proses tertentu yang perlu dibuat. Salah satunya ialah menyiram air herba ke atas itik panggang untuk mendapatkan rasa yang enak dan warna yang menarik.
4. Kerapu Ala Thai Fried (100 g – RM6.00)
Besar ikannya. Digoreng sempurna sebelum dicampurkan dengan kuahnya yang pekat menjadikan menu ini tidak kurang lazatnya.
5. Claypot Tofo – RM12.00
Saya suka menu ni. Sebab ia ada kuah. Sekurang-kurangnya ia dapat menampung menu-menu lain yang kebanyakkannya tak berkuah. Tofo yang lembut sangat “kena” dengan selera saya.
6. Yin Yong Kailan – RM15.00
Cara penyediaannya sedikit berbeza dengan apa yang kita biasa dapati di restoran Thai. Di sini, daun kailan dihiris halus.
7. Fu Yong Omellete – RM10.00
Telur goreng ini digoreng bersama dengan udang. Jadi rasanya tidak hanya sekadar rasa telur. Ada rasa udang juga yang menjadikannya lain dari yang lain.
8. Lak Chi Crab (100g – RM15.00)
Menu ini memang menarik dari segi persembahannya. Tengok saja dah terliur. Seekor ketam nipah besar yang dimasak bersama “salted chili” bertenggek di dalam pinggan. Siapa yang tak tergoda!!!. Rasanya pun seiring dengan persembahannya. Sedap!
9. Rendang Itik
Rendang itik ni rasanya sama seperti rendang ayam yang biasa kita makan tu. Cuma dagingnya sedikit pejal kerana bahannya adalah daging itik yang memang terkenal dengan pejal. Kepakaran dalam memasak rendang itik memang diperlukan di sini untuk memastikan dagingnya tidak terlalu pejal.
10. Chicken Buttermilk Sauce – RM18.00
Waaah…! Menu ni adalah yang terbaik bagi saya. Ia boleh dinikmati begitu saja tanpa memakannya dengan nasi. Kepekatan dan kelazatan buttermilk saucenya sangat ketara.
Dessert
Longan Sea Coconut RM5.00
Untuk dessert pula, menikmati semangkuk longan berserta kelapa laut ini dapat menyejukkan badan. Ia dessert yang sempurna untuk anda.
Pakej untuk Ramadhan
Sempena bulan puasa ini, Mohammad Chow menyediakan set menu khas untuk pelanggannya yang datang untuk berbuka di sini.
Set A – RM98.00 (3-4 orang)
Chicken Butter Milk Sauce
Fish Fillet Nyoya
Sotong Salted Egg
Chip Choy Soup
Set B – RM198 (4-6 orang)
Rendang Itik @ HK Roasted Duck
Prawn Butter Floss
Fish Fillet Ginger
Tomyam Seafood
Brocolli Mushroom Oyster Sauce
Set C – RM298 (6-8 orang)
Siakap Ala Thai Steam
Rendang Itik @ Hk Roasted Duck
Chicken Ying Yong
Hot Plate Tofo
Sotong Salted Egg
Prawn Butter Milk Sos
Tomyam Seafood
Set D – RM398 (8-10 orang)
Kerapu Ala Thai Fried
Ketam Nipah
Prawn Nestum Butter
Sotong Nyoya
Tofo Claypot
Mix Vege Garlic
Ying Yong Garlic
Omellte Fu Yong
Menu untuk sahur
Ini lagi menarik. Mohammad Chow juga menu untuk Sahur. Waktu sahur restoran ini dibuka dari jam 3.00 pagi sehinggalah habis waktu sahur. Ia menjadi satu pilihan yang baik untuk mereka yang malas untuk menyediakan sahur di rumah. Hanya Mohammad Chow Damansara Perdana sahaja yang menawarkan menu sahur ini.
Perkhidmatan penghantaran
Tapoww! XL namanya untuk perkhidmatan penghantaran di sini. Hanya order melalui telefon dan tunggu penghantaran dibuat ke rumah anda.
Untuk servis ini hanya untuk pesanan menu 8-10 orang sahaja. Pesanan perlu dibuat sehari sebelum penghantaran sebelum pukul 6 petang.
Info lanjut Mohammad Chow
Mohammad Chow Restaurant
Alamat:
3-1, Jalan PJU 8/5H Damansara Perdana Business Center 47820 PJ
Phone : +603 773 16383
Mobile : +6010 701 5221
Email :
mohammadchow@gmail.com
Website :
www.mohammadchow.com
Facebook:
Mohammad Chow Restaurant
Instagram :
mohammadchow
Kemudahan lain
Antara kemudahan lain yang terdapat di sini:
wifi – ada wifi di sini. Sila tanyakan password untuk memudahkan anda berkongsi di media sosial.
surau – tidak disediakan di sini. Namun anda boleh ke Surau Perdana yang terletak berhampiran dengan kondo berdekatan. Jaraknya lebih kurang 500 km daripada restoran ini.
Parkir – untuk parkir betul-betul di hadapan restoran ini memang bergantung kepada nasib anda. Kawasan ini agak padat dengan kenderaan.
Lokasi
Taip jer kata kunci “Mohammad Chow” di applikasi Waze ataupun Google Maps, anda pasti akan dipandu betul-betul ke depan restoran ini.
Komen eXplorasa
Secara keseluruhan saya suka restoran ini. Dan tidak teragak-agak untuk membawa family ke sini lagi.
Chicken Buttermilk Sauce, Prawn Butter Floss, Sotong Salted Chili dan Claypot Tofo adalah menu feveret saya.
Harganya pun sangat berpatutan dengan rasa menunya yang lazat.
Untuk anda yang ingin mencuba menu masakan cina, saya syorkan anda singgah ke restoran ini. Saya yakin anda akan berpuas hati seperti saya.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Mengiurkan betullah tengok gambar makanan yang nampak sedap.
Ejam Othman recently posted…Bantuan Khas Raya 2016 Untuk Penjawat Awam Diumumkan.
jom abam ejam… iftar kat kl sekali
alamak… tiba2 terasa lapar pula bila tengok menu2 yg dihidangkan di restoran ini cukup menyelerakan..
anuar recently posted…Tutorial Download & Pasang Photoshop secara PERCUMA
mmg best makan kat sini bro
ya Allah…ujian apakah ini… telur goreng tu pun nampak sedap bebeno…
rozita recently posted…Adik Hadi dan Sakit Telinga
hahahaha.. telur goreng jugak yg dia komen
Tak pernah lagi rasa masakan Cina Muslim ni dalam hidup ni
Khairul Zamri recently posted…Tiada Duit Boleh Beli Rumah Dengan Modal Yang Minima
haaaa.. kena rasa bro.. best!