han rainforest resort taman negara
inilah bilik tidur han rainforest resort yang aku anggap antara resort terbaik di taman negara pahang. biliknya di hias rapi dengan 2 buah katil bujang. tilamnya yang empuk membuatkan aku agak susah untuk bangun pagi setelah seharian membuat aktiviti outdoors yaNG cukup memenatkan.
bilik airnya pun ok.. ada partition antara tempat mandi dan toilet. penghawa dingin berfungsi dengan baik sekali. kat belakang bikil ini ada disediakan kerusi dan meja untuk lepak-lepak. macam beranda gitu. sambil menikmati udara yang nyaman lepak di kerusi belakang bilik ini memang syok.
bilik ini pun ada cleaner yang akan datang pada setiap hari untuk membersihkan bilik dan menukar cadar. sama seperti hotel-hotel biasa di bandar-bandar.