Hari kedua…
Tak tidur sangat pun sebenarnya. pukul 2.30 pagi baru tidur. Pukul 5.30 dah bangun. 3 jam jer tidur. Terlebih semangat kot. Mana taknya, hari ni ittenarary pergi ke Hobbiton Movie Set. Tempat yang aku idam-idamkan untuk sampai selama ni. Ni lah tempat yang paling aku nak pergi kat New Zealand (NZ) ni. Aku ni peminat Lord of The ring dan The Hobbit. Aku rasa sesiapa peminat tegar 2 cerita ni macam aku, mesti impikan perkara sama.
Tak sangka, Airport Gold Star Motel ni dihiasi dengan bunyi kicauan burung di pagi hari. Damai jer bunyinya. Macam kat kampung jer rasa. Kami kemaskan beg dan sediakan sarapan. Makan burger yang En Suhaimi (Iklhlas Tours) sediakan khas untuk kami.
Ke Matamata
Settle semua berkemas dan breakfast, sempat posing sekeping dua gambar group sebelum bertolak ke Hobbiton Movie Set yang terletak di Matamata. Pukul 7.30 pagi kami dah siap duduk dalam Estima, kenderaan yang disediakan oleh Ikhlas Tours untuk kegunaan kami sepanjang trip North New Zealand, untuk ke sana.
Untuk hari kedua ni kami bagi penghormatan kepada Ben Ashaari dulu untuk memandu. Hehehe. Boleh aku nikmati pemndangan sepanjang perjalanan. Perjalanan daripada Auckland ke Matamata mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.
Cuaca baik sepanjang perjalanan. Betullah orang cakap.. Bumi NZ ni kaya dengan kehijauan alam. Tanah yang berasal daripada lava gunung berapinya menjadikan negara ini negara yang subur dengan tanaman. Di sepanjang perjalanan, pemandangan padang rumput yang menghijau adalah perkara yang amat biasa. Damai sungguh apabila melihat pemandangan hijau macam ini. Hilang segala stress dalam kepala.
Senang jer nak ke Hobbiton Movie Set Matamata daripada Auckland. Set jer “Hobbiton Movie Set” kat GPS yang tersedia dalam kereta. Ia akan bawak terus ke tempat yang ingin dituju. Nak masuk Hobbiton Movie Set ni korang kena beli tiket kat Info centre dia dulu kat bandar Matamata.
Kat Info Centre ni jugak korang boleh beli souvenir selain daripada beli kat sana. Daripada info centre ni korang boleh pilih untuk pandu sendiri ke Hobbiton Movie Set atau naik bas yang disediakan khas untuk korang.
Aku cadangkan korang naik bas. Sebab kat dalam bas tu korang boleh tengok video tentang apa sebenarnya yang bakal korang lawati nanti. Lagipun biasanya kalau pergi dengan kereta sendiri, parking kat sana mungkin sesak. So kalau nak senang naik jer bas. Boleh dapat info dan jimat minyak kereta korang untuk ke sana.
Sampai di Hobbiton Movie Set ni korang akan dibawa untuk melawat sekitar tempat tu oleh seorang petugas kat situ. Dia akan terangkan segalanya tentang tempat tu. Dan hubungannya dengan babak-babak dalam filem The Hobbit dan Lord of The Ring.
Cantik giller la tempat ni. Sambil tengok-tengok pemandangan kat sini, fikiran lantas menerawang pada cerita The Hobbit. Terbayang dalam benak aku yang Bilbo Bagins berlari-lari riang tinggalkan Shire untuk mengembara. Terbayang Gandalf datang melalui salah satu lorong kat situ untuk ke rumah Bilbo Bagins.
Sebab tu kalau korang bukan peminat 2 filem tu, korang kurang terasa auranya kat sini. Korang tak tau pun kaitan tempat-tempat dalam ni dengan jalan cerita filem-filem tu.
Arrghhh sukar aku nak terangkan perasaan aku masa kat sini. Puas hati, aman damai, seronok dan teruja.. Semua ada..!!!
Aku tak rancang untuk cerita lanjut pasal Hobbiton Movie Set ni kat dalam entri ni. Sebab entri ni sebgai kesinambungan entri yang sebelum ni, tentang ittenarary aku dan rakan-rakan blogger KBBA9 di kembara NZ.
InsyaAllah aku akan ceritakan secara details tentang Hobbiton Movie Set dalam entri khas sedikit masa nanti. Sebab ni lah tempat yang aku idamkan-idamkan untuk sampai. So tunggu ek…
3 jam kami habiskan untuk melawat seluruh tempat kat dalam ni. Tak sedar masa berlalu. Kalau boleh nak lepak sehari suntuk untuk mengmbil gambar dalam ni. Cantik woooo…
Ke Rotorua
BnB Rasa Sayang
Pukul 3 petang jugak kami mula bertolak ke Rotorua. Setelah 2 jam kami sampai ke BnB (Bed and Breakfast) En Jefri. Kami disambut mesra oleh En Jefri selaku tuan rumah. En Jefri ni asal Negeri Sembilan. Orang Melayu yang merantau dan sudah menetap lama di sini.
Fuuuh speechless aku… Ramah En Jefri satu hal.. Satu lagi ni haaa.. pasal rumah dia. Perghhh lawa giller siot..! Besar pulak tu. Tingkat atas beliau, isteri (Puan Dianna) dan keluarga tinggal. Kat bawah beliau buat BnB ni. Ada 3 bilik bilik semuanya untuk penyewa.
Bilik paling hujung boleh muat 3 orang, 2 katil di bawah, satu katil di loteng. Bilik sebelahnya dumuatkan satu katil queen. Bilik seterusnya dimuatkan 2 katil single.
BnB ni juga dilengkapi dengan kemudahan dobi. Korang boleh la basuh dan keringkan pakaian korang kat sini. Senang kan…?
Halaman keliling rumah En Jefri ni pun sangat cantik. Lanscapenya sangat aman mata memandang. Dengan bunga-bungaan yang cantik dan rumput yang terjaga rapi, aku memang tau beliau ni seorang yang sangat rajin menjaga halaman rumahnya. Ada satu “green house” di sebelah belakang rumah untuk En Jefri menanam sayur-sayuran.
Rotorua ni adalah antara daerah yang banyak tempat menarik di utara NZ ni. Kalau korang ke North NZ ni, korang wajib datang ke Rotorua ni. Dan kalau korang datang ke sini, aku memang cadang korang hubungi en Jefri dan sewa BnB dia ni.
BnB ni bermaksud Bed and Breakfast. Maknanya selain korang disediakan dengan tempat tidur yang sangat selesa, korang juga akan disediakan dengan sarapan.
Respek betul aku dengan pasangan En Jeff dan Puan Dianna ni. Baik sangat dan ramah sekali. Puan Dianna pernah tinggal di Malaysia, so dia amat arif dengan budaya orang Malaysia terutama orang Melayu.
Pendek kata, pasangan ni melayan kami bukan hanya sekadar penyewa biliknya. Malah kami dilayan seperti tetamu istimewanya… Terus terang… aku rasa sangat dihargai.
Kalau aku datang lagi ke North New Zealand ni (insyAllah, aku akan datang lagi…), memang aku tak fikir tempat tinggal lain dah. Pasti aku akan bertandang lagi ke sini. En Jeff pun suka kalau orang Malaysia datang ke rumahnya dan bermalam di BnB nya ni.
Dan aku pun syorkan kat korang kalau datang ke Rotorua, korang wajib menyewa BnB diorang ni. Pasti korang akan rasa macam apa yang aku rasa.
Melawat sekitar Rotorua
Selepas kami dihidangkan dengan welcome drink, En Suhaimi Ikhlas Tours datang. Sebenarnya secara kebetulan En Suhaimi turut ke Rotorua membawa mertuanya dari Malaysia melawat tempat menarik di sini.
En Suhaimi dan En jeff ni sebenarnya adalah rakan. Dedua orang Malaysia. Mestilah rapat kalau sesama merantau di negara orang.
Seterusnya kami dibawa melawat beberapa tempat menarik di Rotorua di kesempatan petang yang masih ada.
Kat NZ ni malam nya mati. Pukul 7 orang dah masuk rumah. Dah senyap sunyi dah. So kami ada lebih kurang 2 jam jer untuk bersiar petang tu.
Redwoods, Whakarewarewa Forest
Tempat yang pertama kami singgah petang tu adalah Redwoods Tree Walk, Whakarewarewa Forest. Kat sini hutannya cantik dan menjadi tumpuan orang ramai. Antara aktiviti yang femes kat sini adalah mountain biking dan site seeing dimana ada satu jambatan gantung kat situ untuk korang berjalan-jalan melihat keindahan hutan kat situ.
Ada bayaran yang minumum yang dikenakan iaitu NZD25. Hutan kat NZ ni bukan macam kat malaysia tau. Kalau kat Malaysia hutannya semak dan banyak binatang berbisa seperti ular, kala jengking, lipan dan binatang merayap yang lain. Berlainan dengan hutan kat sini.
Hutan sini kat bawahnya tak semak macam kat malaysia. Kat sini juga tiada binatang berbisa yang merayap daan menjalar. Sebab apa korang tau..? Sebabnya tanah kat sini kebanyakannya bercamur dengan sulfur.. hasil daripada aktiviti gunung berapi sejak zaman dahulu. Jadi tanah macam ni tidak sesuai untuk habitat bintang berbisa ni. sebab tu kat hutan ni, kalau korang berjalan berkaki ayam pun tak der hal…
Kat sini ada satu info centre yang disediakan. Korang boleh tanya dan kumpul info tentang tempat ni dan tempat menarik lain kat NZ. Kat sini juga ada menjual tshirt dan cenderahati. Harga sini lebih murah daripada tempat lain setakat yang aku bandingkan dengan tempat yang dah aku singgah sebelum ini.
Government Garden
Tempat kedua yang kami singgah. Haaa.. Government Garden ni kalau korang nak tahu, ia terkenal dengan bunga tulipnya. Masa kitorang sampai petang tu, bunga-bunga tulip ni hampir semua dah kembang. Malah ada yang dah mula layu bunganya. Mungkin seminggu dua lagi habislah musim ia berbunga.
Tulip ni tak berbunga sepanjang masa. So kalau korang ke Rotorua waktu musim bunga tulip, korang wajib singgah sini. Ok jugaklah tulip dia. Ada pelbagai bentuk dan warna. Bagi yang tak pernah tengok Tulip, memang korang dan cukup teruja dah dengan tulip kat sini.
Tapi aku biasa jer dengan tulip ni (sorry mode poyo sikit ya..). Sebabnya aku pernah sampai Keukenhoff, Taman tulip terbesar di dunia yang terletak di Amsterdam. Tulip kat Goverment Garden ni hanya secebis jer daripada tulip kat Keukenhoff kalau nak compare. Kat sana banyak giller tulip dan peminat tulip memang rasa tak nak keluar la daripada situ. Aku pun asyik sangat snap gambar tulip sampaikan tertinggal bas.
Kat Government Garden ni bukan tulip jer yang boleh korang tengok. Kat sini juga ada kolam Thermal. Kolam sulfur yang sentiasa berasap. Korang boleh la tengok air yang menggelegak dalam kolam tu hasil daripada aktiviti sulfur dan hidu bau sulfur yang “lain macam” kat situ. Hehehe.
Kat sini juga ada Muzium Rotorua. Korang kalau ada masa boleh jer nak masuk muzium ni. Cuma kitorang memang tak masuk hari tu. Sebab ada tempat lagi yang nak kena singgah sebelum mentari senja berlabuh.
Lakeland Queen Garden
Kami sampai kat tasik ni sejurus sebelum senja. Tepat masa kami sampai tu sebenarnya. Sebabnya cahaya mentari kemerahan di ufuk barat sedang berkilau terik, memancarkan cahaya merahnya yang terakhir sebelum ia masuk beradu. Nun di balik gunung terpancar satu pemandangan mentari senja yang amat cantik. Subhanallah..!!! Cantik giller pemandangan pada masa ni..!
Sebenarnya tasik ni adalah tasik di puncak gunung. Ia sebenarnya kawah gunung berapi suatu waktu dahulu. Patut la masa memandu ke sini, aku perasan macam kami memandu naik bukit.
Kalau korang datang ke Rotorua, korang wajib singgah kat tasik ni. Ambik gambar dengan latarbelakang tasik yang indah. Aku tengok ada jugak feri kecil yang boleh korang naik dengan bayaran tertentu untuk mengelilingi tasik ni. Cuma kitorang tak sempat nak naik petang tu sebab sampai dah lewat.
Balik ke BnB Rasa Sayang
Dah puas berposing sakan, kami pun mengorak langkah balik ke tempat penginapan kami. En Jeff masih di dapur. Sebenarnya kami tak risau balik lambat sebab kunci BnB dah En Jeff serahkan pada kami. Cuma sebab kat New Zealand ni pukul 7 dah senyap sunyi bandarnya, maka kami terus la balik. Dah tak tau nak buat apa dah…
Makan malam untuk malam ni kami belasah maggi yang kami bawak bekal daripada Malaysia jer. Pelik jer En Jeff tengok. Hahaha. Harap dia paham yang kami nak save bajet. Banyak hari lagi nak harung ni… Hahaha.
Selain maggi kitorang dihidangkan dengan buah-buahan segar oleh En Jeff. Epal, Kiwi, Avocado semua ada. Epal kat New Zealand ni serius.. Sangat best! Aku rasa antara epal yang paling best yang pernah aku makan setakat ni. Manis dan rangup. Syiok giller makan.
Patutla ada orang cakap yang epal kat NZ ni adalah antara yang terbaik di di dunia. Tanahnya yang subur menjadikan epal NZ antara yang terbaik…! Alhamdulillah.. Kenyang makan buah-buahan jugak malam tu.
Masa tengah makan Puan Dianna, isteri En Jeff turun dan berkenalan dengan kitorang semua. Lepas tu sambung lagi borak kat ruang tamu dengan ditemani api daripada chimney yang memanaskan badan kami yang dah kesejukan. Tak tahulah diorang tidur pukul berapa malam tu. Aku mintak izin untuk mandi dan masuk tidur lebih awal.
Bestnya mengembara sampai ke New Zealand, luas sungguh pemandangan yer
Alhamdulillah.. diberi kesempatan oleh Allah untuk mengagumi bumi NZ ciptaanNya..