18 Perkara atau Fakta Tentang New Zealand Yang Korang Kena Ambil tau

Tiba-tiba teringatkan New Zealand (NZ). Puncanya Bro Jeff tuan punya BnB kat Rotorua hantar mesej kat FB tunjuk gambar dan video dia kat sana. Lepas balik daripada NZ tempohari, memang kami selalu berhubung menerusi FB. Beliau banyak kongsi aktiviti beliau dan family kat sana. Kadang-kadang kalau ada gambar dan video menarik aku mintak izin untuk turut sama berkongsi dalam page eXplorasa.

Bro Jeff ni orang Malaysia. Orang Negeri Sembilan. Kini beliau berkahwin dengan orang NZ dan menetap di sana. Rumah beliau kat Rotorua tu besar. Rumah ituah yang beliau buat tempat menginap untuk pelancong berkonsepkan Air BnB. Lawatan kami ke Rotorua tempohari kami bermalam kat sini lah. Seronok Bro Jeff bila kami berkunjung ke sana. Agaknya dah lama tak jumpa orang Malaysia kot.

Kalau korang ke sana, korang hubungilah beliau. Nombor untuk dihubungi ada aku tulis kt entri New Zealand aku. Boleh bincang rate sikit-sikit. Cakap korang tau daripada blog aku. BnB beliau ada 3 bilik. Satu bilik tu siap dengan loteng sekali. Ada bilik air dan dobi jugak. Puas hati tinggal kat rumah beliau ni.

Hobbiton Movie Set

Sepanjang aku kat North NZ tu, aku sempat mencatat fakta-fakta yang aku dapat daripada En Suhaii Ikhlas Tours yang menaja kami, dan daripada Bro Jeff sendiri. Aku catat benda ni semua kat app Evernote aku. Berurusan dengan Evernote ni mudah. Sebabnya dia secara automatik synchonize dengan Laptop ku. So apa yang aku catat kat smartphone automatik akan terupdate di Macbook Air aku. Senang..! Edit daripada situ jer..

Ni antara perkara-perkara / fakta menarik berkenaan New Zealand:

1. Tiada kedai makan dibuka pada waktu malam. Memang leh diet! Hehehe.. Pukul 6 semua dah masuk rumah. Pukul 7 malam ke atas kebanyakan kedai semua dah tutup. Kalau ada pun pasaraya hypermarket seperti ParknSave.

2. Air tak perlu masak boleh diminum terus dari paip air. Macam United Kingdom dan beberapa negara Eropah yang lain jugak.

3. Kanak-kanak suka pergi sekolah sebab tiada kerja sekolah. Aktiviti kokurikulum ditekankan manakala akademik hanya 20%. Bro Jeff siap pergi jumpa cikgu sekolah anaknya apabla saban hari bertanya anaknya belajar apa, anaknya jawap belajar panjat pokok dan kejar-kejar.. Hehehe

4. Pengguna jalanraya yang bawa kenderaan akan beri beri laluan kepada pejalan kaki atau kenderaan yang lebih kecil dari mereka. Hulur jer “muncung” kereta semasa nak melintas jalanraya, mereka mesti akan perlahankan kenderaan untuk beri laluan. Jauh langit dengan bumi kalau nak banding dengan Malaysia?

5. Tiada binatang berbisa di NZ. So masuk hutan tak pakai kasut pun tak perlu risau. Ini adalah kerana tanah di NZ banyak terkandung bahan sulfur (belerang) kesan ledakan gunung berapinya.

boleh berkaki ayam jer walaupun kat dalam hutan
tanah New Zealand memang kaya dengan sulfur. tasik Whakarewa ni sentiasa berasap akibat daripada aktiviti thermal/sulfur

6. Penduduk NZ berjumlah lebih kurang 4.5 juta orang. Jumlah kambing biri-biri lagi banyak daripada penduduknya. Nisbahnya adalah 1 orang bersamaan dengan 23 ekor kambing.

7. Tiada sebuah motorsikal pun di atas jalanraya di NZ selama 5 hari kami di sana. Hanya terdapat basikal dan kereta sahaja.

jalan ke Matamata agak lengang

8.Harga sebuah Toyota Estima seperti yang kami sewa tempohari hanyalah NZD10,000 sahaja. Bersamaan dengan RM27,000 sahaja. Murah kan?! Boleh beli cash…

9. Penduduk asli NZ, (orang Maori) dah jadi golongan minoriti dan terpinggir di negara sendiri. Oh ya, isteri Bro Jeff pun keturunan orang Maori.

10. Umur kemasukan di Universiti di NZ adalah 18 tahun.

11. Nandos outlet di NZ, kebanyakkannya menyediakan sajian halal. Kalau susah-susah nak cari makan kat sana singgah jer kat Nandos.

12. Tasik Taupo merupakan kawah yang besar dan berfungsu sebagai tadahan air hujan dan salji yang cair daripada pergunungan. Keluasannya menyamai keluasan negara singapura.

belakang kami itu adalah Tasik Taupo
sajli di pergunungan Ruapehu ini akan mencair dan mengalir ke Tasik Taupo

13. Kat sini, bilik mandi pantang dibiarkan basah lencun. Kat motel kalau korang nak checkout makesure bilik air bersih dan kering. Silap-silap diorang datang periksa.

14. Buah-buahan di NZ adalah antara yang paling best di dunnia. Epal yang kecil yang kalau beli kat Malaysia confirm masam tu kalau kat sana manis giller. Semua buah best kat sana..!

15. Binatang peiharaan kat NZ dilayan haknya seperti manusia. Contohnya kalau bela kucing, kena pastikan ada lorong keluar masuk kucing tanpa dihalang. Maknanya kucing mestilah boleh keluar masuk melalui lorong khas itu. Kucing juga dipakaikan rantai yang ada cip maklumat lengkap tentang kucing tersebut, lebih kurang macam kad pengenalan kita.

Baca juga: Cara Memilih Makanan Kucing

16. Hati-hati kalau menengking dan memukul anak kat NZ. Silap-silap korang tidur lokap..

17. Nama tempat kat sana banyak bermula dengan awalan “Wha” seperti Whakapapa dan Whakarewa. sebutan wha disebut dengan bunyi “fa”.. Contohnya [Fa]kapapa (Whakapapa).. macam carut jer kan?

18. Airport sana anak strict atas barangan yang dibawa masuk. Produk tenusu dan daging memang akan diperiksa secara details. Elok korang listkan dulu apa yang korang bawak siap-siap.

19. Goods and Services Tax (GST) adalah lebih tinggi kat sana iaitu 16%. Tetapi rakyat sana tak ada masalah dengan cukai tersebut kerana kerajaan mereka menyalurkan balik kepada rakyat dalam bentuk kemudahan awam, seperti kenderaan, pendidikan percuma, kesihatan dan perubatan percuma dan sebagainya.

Haaa itu sahaja yang aku sempat tulis itu hari. Nanti kalau aku teringat lagi aku singgah dan sambung senarai perkara ataupun menarik tentang New Zealand ni.

Hurmmm macam nak pergi lagi jer NZ. Hari tu sempat jelajah Utara NZ jer. Next trip nak pergi South pulak. Dengar kata permandangan di South lebih gempak dan lebih banyak tempat yang confirm akan menjadi makanan kamera.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

  1. Nombor lapan tu yang seronok. Toyota Estima kat sana punyalah murah.

    Nombor 16 tu masalah sikit. Kalau budak-budak umur 10 tahun masih degil tak nak jaga solat wajib dipukul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ