Korang tak pernah terfikir ke pasal cara nak perbaharui ataupun renew passport secara online (dalam talian)?
Masih teringat masa aku dapat tawaran daripada Japan Tourism (JNTO) untuk menyertai Muslim Trip ke Kyushu dahulu. Masa tu passport dah tamat tempoh, kena renew. Masa tu jugak ada sedikit masalah dengan sistem kat Immigresen.
Kalut jugak aku masa tu. 2-3 Pejabat Immigresen jugak aku pergi, termasuk Pejabat Immigresen kat UTC. Tapi ramai orang yang dah beratur panjang. Padahal aku dah pergi awal pagi jugak tu. Akhirnya aku berjaya renew di Pejabat Immigresen Shah Alam. Tu pun lepas Solat Subuh aku dah terpacak kat depan Pejabat Immigresen Shah Alam yang terletak di bangunan PKNS. Masa aku sampai tu pun dah panjang barisan yang dah tercipta.
Kalaulah aku tau masa tu yang kita boleh renew/perbaharui passport secara online, senang cerita. Ya boleh..!!! Benda ni dah ada sejak tahun 2016 lagi. Tak tahu? Aku pun tak tahu dulu.. Tak caya? Baik korang baca sampai habis entri aku ni.
Sebelum korang selidik lebih lanjut lagi cara renew atau perbaharui passport secara online ni, ni ada beberapa info yang korang kena tahu terlebih dahulu:
• Ini adalah harga semasa bagi pembaharuan pasport (Sehingga 2018):
• Permohonan ini hanya terpakai untuk pembaharuan pasport sahaja. Untuk pemohon kali pertama, korang perlu melalui proses biasa iaitu mesti hadirkan diri ke pejabat immigresen terdekat untuk mendapatkan pasport korang.
• Hanya menerima permohonan untuk pasport yang kurang dari setahun dari tamat tempoh
• Foto pasport yang dimuat naik mestilah yang terbaru, dan saiznya mestilah 5cm x 3.5cm. Korang boleh gunakan jurugambar profesional dan minta softcopy foto korang, atau korang boleh mengambil foto korang sendiri dan gunakan software seperti photoshop atau lain-lain untuk mengubah saiz foto korang dengan spesifikasi yang betul
• Seperti peraturan semasa, latar belakang gambar mestilah putih, dan pemohon perlu berpakaian gelap apabila mengambil gambar itu, jika tidak permohonan korang mungkin akan mengalami kelewatan.
• Laman web untuk pembaharuan dalam talian tidak berfungsi dengan baik dengan peranti mudah alih. Penggunaan menggunakan komputer adalah disyorkan
• Kad kredit adalah satu-satunya kaedah pembayaran yang diterima buat masa ini.
• Setelah pembaharuan selesai, resit mesti dicetak untuk ditunjukkan sewaktu mengambil passport korang di Pejabat Immigresen nanti.
Berikut adalah cara-cara ataupun langkah-langkah untuk perbaharui (renew) pasport korang secara online (dalam talian)
1. Layari laman web pembaharuan pasport dalam talian Imigresen:
https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
2. Pastikan korang telah membaca dan memenuhi semua keperluan sebelum skrol ke bawah dan klik butang “Setuju” di bahagian bawah halaman.
3. Pada halaman seterusnya, pilih kumpulan umur pemohon, kemudian teruskan untuk memasukkan butir-butir korang seperti nombor pasport, nombor IC dan pejabat untuk mengambil passport. Jangan bimbang tentang maklumat yang selebihnya kerana korang akan diproses secara automatik berdasarkan input korang. Pastikan korang memilih pejabat pengumpulan pasport yang terdekat dan paling mudah untuk korang. Klik “Cari” setelah selesai.
4. Ikuti arahan laman web dan muat naik gambar yang memenuhi syarat-syarat yang disebutkan di atas
5. Lakukan pembayaran dengan kad kredit dan pastikan korang menyimpan resit. Waktu kutipan passport akan ditentukan dalam sistem berdasarkan waktu korang submit permohonan korang. Sebagai contoh, kutipan passport boleh dibuat pada hari yang sama jika korang mengemukakan permohonan korang pada atau sebelum jam 3 petang! Cetak resit korang dan bawa ke pejabat Immigresen korang untuk mengambil pasport baru korang!
Haaa senang kan? tak perlu nak beratur panjang. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat duit. Jimat cuti. So lepas ni kalau korang nak renew atau perbaharui passport, buat jer online. Aman jiwa…!
Tolong kongsi entri ni supaya orang lain pun tak payah nak menyemak di Pejabat Immigresen tu. Kesian kawan-kawan kita yang tak tau pasal ni.
Jabatan imegresen ni antara jabatan yang banyak bawa pwmbaharuan, walaupun kadang kala ada kutukan, itu tak dapat nak dielakkanlah. Tapi pembaharuan yang sebegini akan bawakemudahan kepada rakyat sendiri. Mungkin satu masa nanti akan wujud paperless passport.
Azwan recently posted…7 Langkah Bebas Hutang (Kaedah Dave Ramsey)
haah.. buat secara online mcm ni memang memudahkan byk pihak..
Salam, saya nak Tanya. Boleh tak saya renew passport secara online,dan saya sekarang masih Di luar negara?..
apply online kat memana pun insyaAllah boleh asalkan syarat-syaratnya dipenuhi. cuma saya tidak pasti bila nak ambil nanti. boleh ke orang lain tolong ambilkan. ataupun tuan ambil sendiri masa balik daripada oversea nanti..
Rasanya tak boleh sebab passpot kena diambil oleh pemohon sendiri dan tidak boleh diwakilkan. Ianya tercatat dalam syarat-syarat permohonan online. WA
ooo tak boleh ek..