5 Kesilapan Yang Lazim Kita Buat Dalam Merancang Trip Travel

Travel… Sebutnya senang, tapi nak tarvel tu bukannya senang. Pelbagai persiapan yang perlu dibuat. Daripada research tempat menarik yang ingin dijelalajah, tiket kapal terbang, ittenarary, packing a bag dan sehinggalah sekecil-lkecil perkara. Ya lah.. Nak pergi ke tempat yang jauh dan tak biasa kita pergi, persiapan kenalah rapi. Ya tak..?

Namun, di sebalik semua persiapan yang dibuat, ramai juga yang masih membuat kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya dibuat semasa travel. Perkara ini jika diabil mudah akan menjejaskan kelancaran perancangan kembara kira.

Berikut adalah 5 kesilapan biasa yang kita selalu tidak perasan:

1. Terlalu banyak tempat untuk dilawati dalam satu trip

Ya.. Kita memang teruja merancang perjalanan terutama ke destinasi yang belum pernah kita jejaki. Setelah membuat research dan mencari maklumat, kita akan dapati terlalu banyak tempat yang kita nak lawati semasa trip kita nanti. Ini akan mendorong kita membuat ittenarary yang padat di dalam trip tersebut.

Ini nampak bijak secara teori. Ya lah, tempat jauh. Bukan selalu kita boleh pergi. Alang-alang pergi lebih baik cover banyak tempat. Tapi perjalanan sebenar bukan seperti yang dirancang. Salah satu sebabnya kita bergantung kepada jadual perjalanan kenderaan yang kita naiki. Jadual kapal terbang, keretapi dan bas yang kita naiki berkemungkinan besar akan berubah. Ada yang tertangguh dan sebagainya. Ini pastinya akan menjejaskan perancangan kita yang padat.

Jika kita ada banyak ruang masa antara bandar-bandar yang bakal kita lawati, kita masih boleh mengubah perancangan ittinerary kita dengan bebas. Dengan kata lain, kita boleh membuat pelan B atau C secara bebas.

Cari info dan bacalah pendapat daripada orang yang pernah pergi ke tempat yang bakal kita ziarahi itu. Ambil cakna tentang cadangan masa yang minima yang mereka sarankan untuk berada di sesebuah tempat yang kita akan ziarahi.

Lagipun jika ada sedikit ruang masa di antara tempat-tempat yang bakal kita singgah, kita dapat memperuntukkan sedikit masa rehat untuk kita supaya kita sampai ke destinasi yang seterusnya tanpa tekanan.

Tak apa. Tempat-tempat yang kita langkau tersebut mungkin kita boleh pergi lagi lain kali. Jangan bimbang. Tak lari gunung dikejar. Bak kata pepatah inggeris: Brooklyn isn’t going anywhere if you didn’t manage to get across the bridge from Manhattan

2. Beratur panjang lama-lama untuk masuk ke tempat menarik

Ada tempat yang ok jika kita terpaksa menunggu untuk giliran masuk ke tempat menarik tersebut. Menunggu giliran membeli tiket di kaki pergunungan Titlis Switzerland mungkin tidak memberi kesan kerana kita boleh mengisi masa menunggu dengan mengambil gambar yang cantik di kaki pergunungan bersalji tersebut. Sambil-sambil menikmati nasi beriyani Pakistan di restoran di kaki gunung tersebut. (tapi harganya tidaklah murah..)

Suasana menunggu mungkin berbeza jika kita terpaksa beratur panjang untuk memasuki Universal Studio Singapore misalnya. Ataupun Taman Tema Legoland. Sebabnya masa yang dibazirkan tersebut boleh digunakan untuk melawat tempat-tempat menarik yang lain di sekitarnya.

Oleh itu, pembelian tiket awal secara online adalah langkah yang amat bijak. Sampai sana tak perlu lagi dah nak beratur panjang. Terus saja boleh masuk. Kadang-kadang, tempat korang menginap juga ada menyediakan tiket tempat yang anda nak ziarah nanti. Biasanya mereka berkerjasama dengan tempat tarikan ramai tersebut untuk dijadikan promosi untuk menarik orang ramai datang dan menyewa penginapan mereka.

Ada sesetengah mereka siap boleh bagi diskaun lagi jika booking melalui mereka. Contohnya semasa saya ke Rotoroa North New Zealand. Kami mendapatkan tempat bermalam di Rasa Sayang Villa Rotoroa. Ia adalah penginapan jenis Air BnB yang dipunyai oleh orang Malaysia yang menetap di sana. Bro Jeff (tuan punya Air BnB) dah kawtim dengan tempat-tempat menarik sekitar Rotoroa.

Kami mendapat diskaun sebanyak 10% untuk Agrodome Farm dengan menunjukkan brochure yang dichop dengan nama Rasa Sayang Villa.

Jadi rancang sebaiknya perjalanan anda. Jangan bazirkan masa beratur lama-lama menunggu giliran untuk masuk. Kalau boleh elakkan pergi semasa cuti umum seperti cuti sekolah dan sebagainya. Ini kerana masa tersebut menjadi tumpuan orang setempat untuk membawa keluarga bercuti. Anda dah jimat masa sewaktu nak masuk ke Taman Tema jika anda beli tiket secara online, tetapi anda masih perlu beratur menunggu giliran untuk masuk bermain di satu-satu tempat permainan di dalam taman tema tersebut.

3. Bersenang lenang macam kat rumah

Rugi tau macam ni. Kita pergi tempat orang untuk enjoy tempat tu. Untuk cari keunikan yang tak ada kat tempat kita. So kalau pergi travel, lepas tu pergi makan cari tempat tenang duduk sorang-sorang, memang rugi. Kalau boleh pergi lah tegur siapa-siapa kat restoran tempat kita makan tu. Boleh la borak pasal tempat dia. Cuma kena hati-hati sikit. Kena ingat hati orang tak macam hati kita yang ikhlas. Hehehe.

Sama jugak kalau nak pergi ke satu-satu tempat. Kalau boleh jalan kaki, jalan kaki lagi baik tau. Banyak perkara yang boleh kita dapat. Banyak moment yang boleh kita kutip. Kalau anda seorang yang sukakan fotografi, masa jalan-jalan ni lah anda boleh snap gambar jalanan ataupun street photo. Memang puas hati la..

Saya terlepas moment ni masa melawat ke Dieng tempohari. Kami keluar awal pagi daripada Dieng untuk mendaki gunung berdekatan dengan Gunung Merapi untuk menyaksikan pemandangan menarik benang fajar yang berwarna keemasan yang keluar di celahan Gunung Merapi.

Daripada homestay Dieng mereka menyediakan pengangkutan iaitu dengan membonceng motosikal yang dipandu oleh orang tempatan. Sebabnya jarak antara Homestay ke kaki gunung agak jauh, dalam 4 atau 5 kilometer jugak rasanya. Jadi di perjalanan balik, kita bebas memilih nak berjalan kaki ataupun masih nak naik motor.

Saya memang menyesal kerana menaiki motorsikal kerana banyaknya moment yang saya terlepas berbanding jika saya berjalan kaki untuk balik ke homestay. Suasana pagi di kampung tersebut memang rare. Macamana ragam anak-anak bersiap untuk pergi sekolah, ragam ibubapa keluar untuk mencari sarapan, ragam ibubapa yang keluar berkerja menjual sayur adalah moment saya terpaksa lepaskan sebab mengambil keputusan menaiki motorsikal.

Rugi.. Banyak street photo yang boleh saya abadikan sebagai kenang-kenangan kat situ. Sebab tu masa saya ke Kyushu, Jepun, saya berusaha untuk bangun seawal pagi untuk menikmati moment pagi di sana. Malam juga jika ada kelapangan saya keluar untuk menikmati suasana malam di sana

4. Menjadi terlalu kedekut tetapi tidak praktikal

Biasanya jika travel sendiri ataupun backpacker, bajet memang kita jaga. Kalau boleh kita nak yang paling murah dan berbaloi. Cuma kena hati-hati. Kadang-kadang terlalu berkira dengan bajet juga membuatkan kita kerugian.

old coins on map

Jangan berkira dengan masa. Dalam travel masa adalah wang. Jimatkan masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain sebenarnya memberi kita nilai penjimatan wang yang bukan sedikit. Memilih untuk menggunakan bas lebih cepat sampai ke destinasi. Nak lebih cepat lagi pilihlah keretapi. Untuk destinasi lebih jauh, mungkin pelmilihan kapal terbang lebih praktikal.

Ya.. kosnya mungkin lebih mahal. Tapi jika korang fikirkan penjimatan masa yang ditawarkan, ia adalah lebih baik. Korang mungkin boleh sampai awal sehari berbanding jika menaiki kapal terbang berbanding dengan menaiki bas, misalnya. Sehari yang korang jimat tu boleh digunakan untuk menjelajah lebih banyak tempat di destinasi baru tersebut. Bukankah itu lebih memberi nilai terhadap kos yang telah korang keluarkan?

Jadi jika korang nak berjimat sewaktu travel, cuba korang jimatkan di perbelanjaan yang lain. Antara cadangan penjimatan adalah korang cari penjimatan pada tiket kemasukan ke tempat yang bakal korang lawati. Mungkin dengan membeli awal ataupun membeli secara berkumpulan boleh menjimatkan korang dengan diskaun yang tertentu..

5. Membiarkan Kesilapan Menghantui Anda

Naik teksi dan teksi tersalah jalan, terlambat enyebabkan terlepas kapal terbang dan sebagainya adalah kekesalan yang mungkin berlaku dalam kembara. Silapnya kita sebab kita terbawa-bawa dengan kesilapan tersebut yang ada kalanya bukan disebabkan kita pun. So, releks.. Chill..! Lupakan kesilapan tersebut dan enjoy trip kita.

moved on

Kita masih ada masa travel untuk dihabiskan. Dan kita ada lagi tempat untuk kit jelajahi selepas trip ini. Mungkin bulan depan, mungkin tahun depan. Jadi move on. Kesilapan tu pun adalah moment dalam travel. Ia boleh jadi kenang kenangan pada kita. Ia boleh jadi satu cerita jika korang seorang blogger travel ataupun penulis. Yang penting ianya akan menjadi pengajaran yang amat bernilai untuk kita menghadapi travel-travel akan datang.

Itulah 5 kesilapan yang biasa berlaku jika kita merancang percutian sendiri samada travel seorang diri ataupun dengan kumpulan kecil. Ia menjadi detik yang bersejarah dan pelajaran yang bermakna bagi yang meminati cabaran. Dan kepuasannya tidak dapat diucap dengan kata-kata.

Jika korang yang sejenis malas dan tak ada masa untuk merancang percutian ataupun travel sendiri, korang boleh pergi dengan pakej travel yang dipercayai.. Travel berkumpulan menggunakan pakej tak mahal mana dah sekarang ni berbanding dengan kemudahan dan kepuasan yang korang akan kecapi. Yang pasti semuanya disediakan untuk kita, daripada hotel, ittenarary, tempat menarik yang dikunjungi, makan dan sebagainya.

Boleh hubungi saya untuk info pakej menarik ke serata dunia denngan pakej yang mampu milik. Kita gunakan servis agensi pelancongan Flyworld Travel. eXplorasa adalah salah satu ejen Flyworld Travel. Jom..!

The Discoverer

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ