Kambing Perap Budak Kampung (KPBK)
Daging kambing.. Salah satu menu kegemaran saya. Â Masak apa pun pun saya suka. Tetapi dalam banyak-banyak menu berasaskan daging kambing, daging kambing bakar adalah yang paling saya suka.
Kambing Bakar biasanya diperap dengan rempah yang tertentu untuk menambahkan kelazatan rasanya. Rempah perap inilah yang sebenarnya menjadi penyebab utama samada kambing bakar tersebut sedap ataupun sebaliknya.
Apabila menyebut tentang kambing perap ini saya teringat kambing perap yang saya cuba baru-baru ini. Kambing Perap KPBK yang diperkenalkan oleh rakan blogger Mahamahu memang membuka selera saya.
Daging kambingnya yang siap diperap dengan sos lada hitam sangat sedap. Rempah yang diperap meresap kedalam daging menjadikannya menu yang lazat untuk dimakan seisi keluarga.
Cara penyediaan
Cara untuk menyediakan menu kambing yang sudah siap diperap ini sangat senang. Hanya dapatkan atau beli KPBK dengan perapan Sos Lada Hitam kemudiannya terus masukkan ke dalam microwave dan bakar mengikut tahap kepanasan untuk daging. Tidak perlu dibasuh terlebih dahulu. Terus masukkan ke dalam microwave.
Apabila sudah masak boleh terus dimakan. Sangat ringkas kan?. Sesuai untuk orang bujang dan orang yang sibuk seharian berkerja berkerja dan tiada masa untuk sediakan masakan untuk keluarga. Sungguh menjimatkan masa.
Untuk yang memilih untuk membakar, anda boleh juga meletakkannya di atas tempat pembakaran dan nikmati daging kambing bakar yang enak.
Bagi yang ada kuali ajaib di rumah, anda boleh juga menggunakannya untuk menyediakan hidangan lazat kambing perap ini.
Rasa KPBK
Sos Lada Hitam yang diadun dengan baik menjadikan rasa KPBK ini terbaik. Tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis. Anak-anak saya boleh makan sekali kerana tidak terlalu pedas.
Lembut
Lagi satu, daging kambingnya memang lembut. Saya memang kurang suka jika daging yang dibeli keras apabila dimakan. Kambing perap ini memang menepati citarasa saya sekeluarga.
Harga
1 bekas Kambing Perap (500gram) = RM30.00 + Pos RM10 =Â RM40.00
2 bekas Kambing Perap (1kg) = RM50.00 + Pos RM10 =Â RM60.00
Cara mendapatkan KPBK
Anda boleh mendapatkan KPBK dengan menempah secara online ataupun pergi sendiri ke premis KPBK.
Untuk anda yang tinggal berjauhan daripada lokasi KPBK, penghantaran boleh dibuat melalui pos laju. Usah bimbang kerana Kambing perap ini yang siap dibekukan boleh bertahan selama 24 jam.
Berikut adalah info lanjut:
Facebook page :
https://www.facebook.com/kambingperapbudakkampung
Alamat:
Budak Kampung Niaga
No. 27A, Block 4,
Pusat Perniagaan Worldwide
Seksyen 13, 40675 Shah Alam
Tel & Whatapps : 017 – 925 5205
Komen eXplorasa
Kepada sesiapa yang ingin mencuba daging kamping perap, saya syorkan anda merasa kambing perap yang dihasilkan oleh Budak Kampug Niaga ini. Dengan harga yang berpatutan, rasa yang ennak, daging yang lembut, saya jamin anda akan menyukainya
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
hmmmm.. nanti nak kena order lagi ni
Serius sedap ke ni? Kalau betul sedap esok gak aku gi seksyen 13 ni. Bukan jauh pun dengan seksyen 7 ni. Dah la kambing ni feveret aku..
Homestay Wakaf Che Yeh recently posted…Homestay Kota Bharu Murah
sedap..! daging dia mmmg lembut.. pergilah..
Memang berbaloi bagi penggemar kambing macam saya…… sesekali tukar selera sedap la kan sebab ianya secukup rasa….
hazman aka species1980 recently posted…Kemunculan Komputer DELL Inspiron 23 7000 series All-in-One Touch Screen Desktop
owh food blogger hazman fadzil pon suk akambing ek? sama la ngan saya
hui..kambing golek my favorite tu….belanja sebungkus..hihi
Jamian Sarif recently posted…Komisen Pertama Dari Ashadee
boleh.. boleh
belanja gua la macam ni wehh..
titan recently posted…Padan muka saya, kan?
blh bro.. lu kan sifu, gua apa der hal..
Okay, yang ni boleh beli sebab dekat je. Terliur pula…
Helmi Aliarit recently posted…Kecoh Buat Duit 4 Angka Dengan Instagram.
yg ni beli online pon boleh.. hehehe
Perghh .. padu ni ! boleh try test gak nanti 🙂
Ps : Jom buat bisnes kambing bakar
mmg best kambing perap ni
Fuhh , sedappnyer , tengok pun dah tau 🙂
ps : Nak buat duit 4-5 angka dengan bisnes kambing bakar dan kambing perap hanya dirumah ?
pss..RAHSIA ni jgn kasi tau sape2 tau
KLIK SINI paparan WEB => http://www.bisneskambingbakar.com
KLIK SINI paparan BLOG => http://www.bisneskambingbakar.com/blog