Promosi Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga Bangi

Hari Ibu

Hari ibu… hari untuk memberikan sesuatu yang gempak dan istimewa buat ibu. dalam islam ibu sentiasa berada di tempat yang istimewa di mata anak-anak. dan setiap hari kita diajar untuk menghormati ibu dan menbahagiakannya.
Cuma oleh kerana pada hari ibu banyak hotel-hotel dan restoran-restoran menyediakan menu khas dan event yang khas yang dipakej dengan harga promosi sempena hari ibu, maka kita tidak dapat nak menolak untuk meraikan ibu di tempat istimewa ini.

Hotel Puri Pujangga Bangi

hotel-puri-pujangga-ukm-bangi

Salah satu hotel yang membuat promosi sempena hari ibu ialah Hotel ini. Nama yang agak unik dan klasik. Puri yang bererti rumah besar dan indah tempat tinggal orang bangsawan. Manakala Pujangga bererti Ahli fikir ataupun penyair yang tinggi mutu karyanya.

Menjadi sebahagian daripada Universiti kebangsaan malaysia, mencari lokasi hotel ini tidaklah sukar. jadikan UKM sebagai mercutanda, anda pasti mudah untuk menjejaki hotel ini.

Promosi dan Aktiviti sempena Hari Ibu

Apa yang anda dapat jika meraikan Sambutan Hari Ibu di hotel ini?

Hi-Tea-hari-ibu-Hotel-Puri-Pujangga-bangi

Hi-Tea-hari-ibu-Hotel-Puri-Pujangga-bangi

Pebagai jenis aktiviti akan disediakan oleh hotel ini untuk pengunjung melakukannya bersama orang tersayang dan ahli keluarga. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman moktail dan dianugerahkan cenderahati istimewa.

Ibu-ibu akan dimanjakan dengan urutan tangan dan bahu oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga akan diadakan. Pelbagai jenis juadah buffet hi tea juga disediakan bagi memastikan ibu dilayan seperti Permaisuri dalam sehari tersebut.

Selain itu, untuk mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, satu sesi pertandingan menghias cupcake akan diadakan. Ibu akan berkongsi kreativiti bersama anak mencipta satu kenangan yang tidak ternilai harganya. Malah satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut.

Anak-anak kecil boleh meluangkan masa dengan aktiviti mewarna yang disediakan dan kaum keluarga yang lain boleh berkaraoke lagu kesukaan masing-masing sepanjang hi tea tersebut.

Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 10 Mei 2015 dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Ditawarkan pada harga RM55.00 nett untuk dewasa dan 50% potongan dari harga asal untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga dua belas tahun. Pahatkan kenangan indah bersama Kasih Ibu di Hotel Puri Pujangga.

Food Review menu Hari Ibu di Hotel Puri Pujanggan UKM Bangi

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam sewaktu eXplorasa memenuhi jemputan hotel ini untk menu-menu sempena Hari Ibu.

Nasi Briyani Kasmiri
Nasi Briyani Kasmiri
Ayam Madu Lemon
Ayam Madu Lemon
Daging Kerutuk
Daging Kerutuk
Nasi Briyani Kashmiri dengan Lauk
Nasi Briyani Kashmiri dengan Lauk
Acar
Acar
Mee Jawa
Mee Jawa
Kerabu
Kerabu
Kerabu Mangga
Kerabu Mangga
Bubur
Bubur
Aneka roti
Aneka roti
kuih muih
kuih muih
Cupcakes
Cupcakes

Menu Hi-Tea Hari Ibu

APPERTIZER
4 types of Green Lettuces
Caesar Dressing with Condiments

MALAYSIAN SPECIALTIES
Pecal Kampung dengan Kuah Kacang
Kerabu Kobis dengan Udang Kering
Thai Somtam Salad
Acar Jelatah
Papadom

Make Your Own Sandwiches Station
3 Types of Filling (Tuna, Egg and Chicken Floss)
3 Types of Bread (White , Wholemeal and French)
Onion, Tomato and Cucumber
Mayonaisse, Thousand Island and Butter

SOUP
Cream of Mushrooms Soup with Garlic Toast

MAIN DISH
Honey Chicken with Lemon
Daging Briyani ala Mamak
Vegetable Dhalca Curry
Pajeri Nenas
Kashmiri Briyani Rice
Steamed Jasmine White Rice

KIDS CORNER
Chinese Fried Rice with Scallions
Mini Burger Malaysia
Chicken Nugget with Ramoulade
Fish Finger with Tartar
Sausage with Barbeque Sauce

NOODLES COUNTER
Mee Rebus Johor and Mee Hoon Soup with Condiments
bawang goreng, daun bawang, daun sup, tauhu, telur rebus, cili jeruk,
cili kicap, ayam carik, sawi, taugeh

DESSERT
Assorted Slices Cakes
Assorted Jelly and Pudding
Warmed Bubur Pulut Hitam
Assorment of Malay Kuih
Infused Chcolate Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce
Tropical Sliced Fruits
Chocolate Fountain with Marshmallow and Fruits
6 flavours of Ice Cream with Condiments

Komen eXplorasa

Kepada pembaca yang tinggal di sekitar Bangi dan Kajang, jika anda sedang mencari hotel yang mengadakan promosi untuk meraikan hari ibu bersama ibu tersayang anda, hotel ini boleh anda masukkan dalam senarai pendek anda.

Saya sudah merasa menu-menu yang dihidangkan. Rasanya semuanya sedap belaka. Memang kena dengan selera saya. Saya rekomen anda ke hotel ini untuk sambutan Hari Ibu.

Rating

Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga Bangi
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ