Sambutan Hari Ibu
Ibu… Insan yang amat penting dalam kehidupan kita. Terlalu banyak jasanya kepada kita sejak melahirkan kuta sehinggalah kita menjadi kita sekarang. Ibu insan yang perlu dihargai. Menggembirakan hati ibu dijanjikan balasan pahala oleh Allah. Menyakiti hatinya boleh dianggap sebagai derhaka.
 Di dalam Islam, setiap hari adalah jari ibu. Itu adalah simbolik betapa pentingnya menghormati dan menjaga hati ibu. Namun oleh kerana 10 Mei pada setiap tahun Hari Ibu disambut oleh penduduk dunia maka sambutan pada hari ini adalah sedikit luarbiasa daripada “hari” ibu yang disambut setiap hari.
Pada hari ini banyak promosi yang dibuat oleh hotel dan restoran untuk memudahkan kita memberi suasana yang lebih luar biasa daripada hari-hari yang biasa.
Promosi Sambutan Hari Ibu 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA)
GBWHSA adalah salah satu hotel yang tidak ketinggalan dalam membuat promosi sempena Hari Ibu. Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu di sini. Layan ibu anda seperti permaisuri di sini pada Hari Ibu nanti.
Hi Tea ini akan dimulakan dengan menu pelbagai pilihan salad. Bermula daripada Tomato Mozarella Salad, Ayam Szechuan dengan Salad Mempelam, Rojak Buah Penang, Hidangan Ayam dan Makanan Laut, Ceaser Salad dengan Perasa, Assorted Crudities with Avocado Dip and Bread Stick. Asam Pedas Ekor Lembu dan Sup Ayam yang unik juga disediakan.
Hidangan utama menampilkan Lamb Shoulder with Green Pepper Corm Sauce, Telur Udang, dan Nasi Moroccan Ouzi yang dimakan bersama Mussel Au Gratine.Pilihan lain adalah makanan laut, pelbagai menu tempura dan Ayam Shawarma bersama perasanya.
Untuk sesi Dessert pula, banyak pilihan dessert ataupun pencuci mulut disediakan untuk memuaskan hati ibu anda. Pulut Serawa Durian, Kek Cokelat Pisang, Yogurt Peach Strawberry, Tiramisu dalam gelas, puding mempelam, cupcake mini, Macaroon yang berwarna warni, Buah-buahan segar dan banyak lagi.
Oleh kerana sesi Hi Tea ini adalah khas sempena Hari Ibu, GBWHSA akan mengadakan aktiviti untuk dinikati bersama ibu tersayang. Bersedia untuk memenangi adiah-hadiah yang hebat bagi kategori Pertandingan Pakaian Terbaik Ibu, Teka Kesukaan Ibu, Kata-kata Manis Buat IBU, Dekorasi Kek, ibu sporting yang dijemout menari bersama penyanyi Ms Adilla yang turut serta memeriahkan sambutan Hari Ibu.
Harga
RM69.00+ bagi dewasa
RM34.50+ bagi kanak-kanak (4-11 tahun)
RM55.00+ bagi warga emas (60 tahun ke atas)
Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam sesi Hi Tea ini. Jom ke:
Royale Songket RestaurantGrand BlueWave Hotel,Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,40000 Shah Alam, Selangor.Tel : 03-5511 8811 ext 2723, 2724 or 2725
Rating
Promosi Hari Ibu Royale Songket Grand BlueWave Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Review oleh sohoque pada .
Rating: