Nasi Kukus
Nasi Kukus, menu makanan yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Gabungan rasanya yang sedap, mudah disediakan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa mungkin menjadi antara sebab wujudnya banyak tempat-tempat menjual nasi kukus di Lembah Kelang ini.
Namun kebanyakan yang menjual nasi kukus ini hanyalah gerai biasa. Jarang kita jumpa restoran yang menjadikan nasi kukus ini sebagai signature menunya.
Restoran Azul Authentic Nasi Kukus (RAANK)
“Tak pekena sasau kena mengigau…”
Menggunakan tagline yang catchy, restoran ini memang berbeza dengan restoran lain. RAANK dibuka kepada umum dengan menjadikan Nasi Kukus sebagai signature menunya.
eXplorasa telah mendapat jemputan ke sesi food review RAANK melalui Kelab Blogger Ben Ashaari di masa cuti panjang baru-baru ini.
Susun atur restoran
Susun atur dalaman RAANK agak ringkas. Menggunakan konsep minimalis dan ringkas menjadikan restoran ini lebih mesra pelanggan.
Di dindingnya terhias foto-foto berbingkai untuk menambahkan seri restoran ini. Di satu dinding bertentangan, terpampang 9 keping sijil milik Puan Adda dan suami (pemilik RAANK). Dari situ baru tahu yang Puan Adda dan suami juga merupakan anak didik  chef terkenal iaitu Chef Amer.
Di sudut yang lain pula disediakan almari pameran dan juga meja khas untuk mempamerkaan kek, cookies dan dessert untuk tempahan pelanggan. Puan Adda dan rakan kongsi adalah juga merupakan pastry Chef.
Tempat menyediakan air minuman boleh dilihat terus daripada meja makan. Manakala Nasi Kukus pula, pelanggan dikehendaki beratur dan memesan sendiri menu yang dikehendaki di kaunter penyediaan makanan.
Menu-Menu RAANK
Signature Menu
Dengan konsep menu makanan yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan, restoran ini menyediakan menu-menu berikut:
Nasi Kukus Ayam Berempah
Ayam yang digoreng garing dengan perapan rempah memang menjadi pilihan bagi penggemar ayam.
Nasi Kukus Daging Kerutuk
Rempah daging kerutuk dibawa khas daripada Kelantan. Ia kemudiannya diubah sedikit untuk menjadikannya lebih lazat sesuai dengan citarasa orang Lembah Kelang. Secukup rasa, tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas.
Jika dibandingkan dengan ayam berempah, selera saya memilih menu ini.
Kedua-dua menu ini disertakan sekali dengan kuah yang pekat dan sedap. Inilah satu lagi faktor yang menjadikan nasi kukus di sini antara yang terbaik pernah saya makan.
Menu-menu lain RAANK
Di samping dua killer menu di atas, restoran ini juga ada menyediakan menu-manu lain untuk mevariasikan menu-menu di RAANK. Antara menu-menu lain yang juga lazat ialah:
Nasi kukus ikan keli berempah
Bagi peminat menu Ikan Keli, anda boleh memesan menu ini. Ia pasti memuaskan hati anda.
Mee kari
Bagi pelanggan yang tidak mahu menjamah nasi, bolehlah memesan menu ini. Mee Kari RAANK kaya dengan bahan-bahan sampingan seperti Kerang, Bebola Ikan dan lain-lain. Yang paling unik ialah ia dididatangkan sekali dengan Telur Goyang, telur rebus yang nampak biasa pada luarannya, tetapi jika dicucuk untuk dimakan, telur kuningnya masih cair meleleh.
Rojak buah
Minuman
Di samping minuman biasa seperti Teh O Ais, Teh Ais, Milo Ais dan sebagainya, RAANK turut menyediakan minuman yang lebih istimewa iaitu:
Coconut shake
Sungguh lazat dan meyegarkan. Disediakan terus daripada buah kelapa yang ditebuk untuk diambil airnya sebelum dicampurkan dengan aiskrim. Anda boleh lihat sendiri pekerja menyediakan mimuman ini kerana konsep restoran ini yang bersambung terus dengan bahagian penyediaan air minuman
Rootbeer Float
Satu lagi minuman yang amat sesuai diminum bersama Menu Nasi Kukus.
Waktu Operasi
Isnin – Sabtu (Ahad tutup)
10pagi – 6 petang
Info lain RAANK
Anda boleh follow atau Like page berikut untuk mengetahui perkembangan terkini daripada restoran ini:
Untuk sebarang info tentang kek dan dessert pula, anda boleh lihat di
FB : nin9landers
FB : everyone can tart
Khidmat penghantaran ke rumah dan pejabat juga ada disediakan. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- 019 633 9005
- 018 369 8456
Lokasi
Alamat:
Azul Authentic Nasi Kukus
No.47 Jalan PS8 Prima Selayang KM15 Jalan Rawang 68100 Batu Caves, Selangor.
Berhampiran dengan Fakulti Perubatan UITM Selayang dan bersebelahan dengan Dewan Ideal Convention Centre.
Peta Lokasi:
Komen eXplorasa
Nasi Kukus memang antara makanan yang menjadi kesukaan saya. Kena pula kuahnya yang pekat dan lazat berserta dengan lauk utamanya seperti ayam dan daging yang sedap, memang saya akan anggap menu tersebut sebagai menu yang sedap.
Restoran RAANK ini menepati ciri-ciri yang saya sebut diatas. Bukan sahaja Nasi Kukusnya yang sedap, menu-menu lain pun kena dengan selera saya. Tambahan pula Puan Adda memberitahu bahawa semua menu yang disediakan di restoran ini menggunakan santan yang rendah kolestrol.
Jadi tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa restoran ini adalah antara restoran nasi kukus paling best dan sedap di Selayang dan Batu Caves.
Setakat ini RAANK tidak mengenakan caj GST untuk sebarang menu makanan dan minuman di restoran ini.
Jadi kepada yang mencari restoran yang menyediakan masakan nasi kukus, anda bolehlah ke restoran ini. InsyaAllah anda akan berpuas hati dengan menu yang disediakan di sini. Yang pasti harganya amat berbaloi tanpa dikenakan caj GST.
Oh ya. Restoran ini yang sedang membina namanya yang tersendiri sedang mencari pekerja sepenuh dan separuh masa. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi nombor telefon di atas untuk perbincangan lanjut.
Rating
Restoran Azul Authentic Nasi Kukus
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Gulpppp… Memang sedap makanan yang ada kat sini. Semuanya ada rasa.
Yanty Lee recently posted…Aroi Thai – Boat Noodle & Street Food , Cyberjaya
kaaannn.. kiranya berbaloi la dtg dari jauh untuk ke sini
Wahh…. Mee Kari tuu sangat menyelerakan!
Nak kena cari ni~
Nina Mirza recently posted…cenderahati istimewa… cantiknya! Saya suka, Saya suka….. terima kasih StampNPrint Ent.
kalau nak rasa feel mee kari makan mee kari jer. jangan makan benda lain hari tu.
okeh.
ini serius memang nampak sedap gila habis kaw alabasta nih..
titan recently posted…Komisen ke 50 dari Klikjer
hahaha.. lu kalau datang sini blh try restoran ni bro..
Jauh pula nak ke sana. Kalau dekat-dekat tempat saya memang dah sampai.
Helmi Aliarit recently posted…Kecoh Buat Duit 4 Angka Dengan Instagram.
kalau kebetulan datang kawasan selayang ni blh lah singgah
terliur tgk nasi kukus tu. dah lama tak pekena. huhu
zizie recently posted…Mak Saya.
Baca view pun dah rasa mengagau….hehehe
Mujur tak buat mengidam jer, kalau tak parah, harus pergi jugak cari…
Tapi memang nampak sedap….coconut shake tu,nampak sangat nyamannnn 🙂
hahahaha.. pi la cari kedai ni
Menggunakan tagline yang menarik boleh jadi tarikan supaya ingat akan kedai ni…..
hazman aka species1980 recently posted…Geng #BloggerKakiMakan cuba Western Food di EYE’S STEAK Bazaria Pantai Dalam KL
yup.. salah satu cara marketing yang bijak
Saya penggemar coklat dan juga pastry…nampak pun memang sedap, apatah lagi kalau gurunya Chef Amir,memang terkenal dengan pembuatan kek dan pastri
Noriza Rahman recently posted…Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
kaaaan. chef amir mmg meletops. anak2 muridya juga meletops