6 Sebab Kenapa Hotel Perdana Adalah Hotel Terbaik di Kota Bharu Kelantan

Malaysia yang Unik

Malaysia memang terkenal dengan tempat-tempat yang menarik, makanan yang pelbagai dan sedap serta budayanya yang tersendiri. Setiap negeri di Malaysia ada tarikannya tersendiri.

Begitu juga dengan negeri Kelantan yang terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia. Negeri yang bersempadan dengan Thailand di sebelah utara,  Terengganu dan Pahang di sebelah timur dan Perak di bahagian barat ini terkenal dengan keunikannya yang tersendiri.

Dialek negeri Kelantan yang lain dari yang lain, makanan tradisinya yang enak , budayanya yang menarik dan tempat yang bersejarah serta menarik yang harus dilawati menjadikannya salah satu destinasi yang harus anda lawati.

“Kelantan – tempat bermulanya budaya melayu”

eXplorasa telah ke Kota Bharu baru-baru ini bersama beberapa orang blogger terpilih untuk memenuhi jemputan Hotel Perdana Kota BharuWebsite Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia sempena program Perdana Trail hotel tersebut.

 

Hotel Perdana Kota Bharu

In front of the hotel Kota Bharu, Kelantan 14th October 2013

Hotel yang dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad dan diuruskan oleh PNB Management Servis Sendirian Berhad (anak syarikat PNB) ini adalah mercu tanda terbaru Kota Bharu. Ia dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2013 yang lalu setelah dibuat renovasi yang menyeluruh.

Hotel ini dianugerahkan status 5 bintang oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM.

Setelah 3 hari 2 malam di hotel ini saya tidak dapat menafikan bahawa hotel ini adalah hotel yang terbaik di Kota Bharu. Malah ianya adalah salah satu hotel yang terbaik yang pernah saya menginap setakat ini.

 

6 sebab kenapa saya kategorikan hotel ini sebagai hotel terbaik di bandar Kota Bharu:

1. Lokasi

Lokasinya cukup strategik. Terletak betul-betul di tengah bandar Kota Bharu menjadikan hotel ini senang untuk diakses. Jarak antara lapangan terbang Sultan Ismail Petra ke hotel ini hanyalah 9.6 km dengan mengambil masa selama hanya 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta.

Kedudukannya berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang perlu anda lawati seperti Stadium Bolasepak Sultan Muhammad ke 4, Pusat Pelancongan, Muzium Negeri, Bank Kerapu, Bank Pitis, Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat, Kampung kraftangan, Muzium Islam dan banyak lagi.

Selain itu terdapat juga restoran yang sedap dan unik yang juga perlu anda kunjungi jika ke sini iaitu Kedai Kopi Din Tokyo dan Restoran Nasi Ulam Cikgu.

2. Pilihan bilik

Hotel ini menawarkan pilihan beberapa jenis bilik mengikut bajet dan citarasa anda.

Terdapat 2 seksyen penginapan di sini iaitu Sayap Klasik dan Sayap Eksecutive.

Sayap Klasik

Ada bebrapa kategori bilik di Sayap Klasik ini:

  • Deluxe Classic
  • 6 Accessible rooms
  • Premier
  • Deluxe Premier
  • Deluxe Suite

Kami telah dibawa untuk sesi room inspection hotel ini. Ia dimulakan di sebelah Sayap Klasik dahulu. Kami melawat bilik Deluxe Premier yang sememangnya bersaiz agak besar. Sesuai untuk penginapan keluarga yang sederhana.

Dua jenis bilik lagi di Sayap Klasik ini yang sempat kami lawati ialah Premier Classic dan Deluxe Classic. Walaupun kedua jenis bilik ini sedikit kecil dari Deluxe Premier, ia amat selesa dan sungguh tenang.

Ciri-ciri utama bilik-bilik di sini yang saya perhatikan ialah pencahayaannya memberikan suasana bilik nampak tenang. Susun atur perabot termasuk TV bersaiz 32″ lengkap dengan siaran ASTRO memang menarik. Bilik air yang luas lengkap dengan bathtub yang boleh memuatkan 2 orang yang bersaiz normal.

DSC_0070

Tidak jauh daripada pintu masuk diletakkan satu almari baju yang agak besar lengkap dengan Jubah Mandi (Bathrobe) untuk digunakan selepas mandi. Iron Board dan Electronic Safety Box turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Di sudut sebelah almari pula terdapat bar mini yang dilengkapi dengan cerek air panas dan bahan-bahan untuk membancuh teh dan kopi. Di bawahnya disediakan mini peti sejuk.

Selain daripada yang disebutkan tadi, apabila mula-mula masuk ke bilik di hotel ini, mata saya terus terpaku pada katilnya yang dihias rapi. Sekali pandang saya sudah tahu akan keempukan tilamnya. Dan apabila saya mencuba sendiri memang ternyata ianya seperti di dalam jangkaan saya.

Inilah yang membuatkan saya tidak dapat menahan “nafsu tidur” saya sepanjang berada di sini. Memang terasa malas nak keluar apabila berada di dalam bilik-bilik ini. Apatah lagi setelah membaringkan badan di katil empuk.

Oh ya, satu lagi yang saya suka tentang bilik-bilik di hotel ini ialah liputan internet dapat diakses daripada dalam bilik. Amat sesuai untuk yang sentiasa menggunakan internet seperti blogger macam saya. Tak perlulah turun ke lobi hotel untuk mendapatkan kemudahan ini.

 

Sayap Eksekutif

Manakala kategori bilik di Sayap Eksekutif pula terdiri daripada:

  • Perdana Executive
  • Perdana Suite
  • PResidential Suite
  • The Royal Suite

Bilik-bilik di wing sebelah sini lebih eksklusif. Kami sempat melawat Perdana Suite. Memang amat berlainan dari bilik-bilik sebelah Sayap Klasik tadi. Bilik ini adalah bilik mewah. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti bilik tidur, ruang tamu dan sudut kerja. Bilik ini dilengkapi dengan LCD TV berukuran 40″ dan internet percuma di samping segala kemudahan lain seperti bilik-bilik di Sayap Klasik tadi.

Selepas itu kami dibawa ke bilik Presidential Suite. Bilik yang cukup mewah. Bilik yang bersaiz 113 meter persegi ini menawarkan pemandangan indah bandar Kota Bharu. Luas dan cukup mewah.

Bilik tidur utama dilengkapi dengan katil bersaiz King. Ada bilik tidur kedua yang dilengkapi dengan katil berkembar dan bilik air. Bilik Solek pun ada disediakan di ruang tamu.

Lain-lain termasuklah ruang tamu, meja makan bersaiz besar, peti ais, microwave, dan lain-lain kemudahan asas yang perlu ada.

Saya sangkakan ini adalah bilik paling mewah di sini. Rupanya tidak. Sangkaan saya ternyata meleset. Kami dibawa pula ke bilik Royal Suite. Memang tercengang dan teruja kami di saat masuk ke bilik ini. Sesuai dengan namanya, bilik ini memang seperti bilik diraja. Sangat mewah. Siap dengan jakuzi. Kami mengambil masa yang agak lama meneroka bilik ini kerana memang kami rasa tak akan dapat lagi berada di bilik sebegini mewah. Almaklumlah, bayaran satu malamnya saja mencecah RM5,500. Tapi untuk yang berkemampuan bilik ini memang terbaik untuk anda!

DSC_0092 - Copy

 

3. Seni Ukir dan Lukisan Seni

Hotel ini memang terkenal dengan seni ukir dan lukisan seni yang terdapat pada dinding-dinding koridornya. Malah di lobi pun sudah ada seni yang unik iaitu tingkap yang dipanggil mirror effect. Jika dilihat daripada tingkap yang depan sekali, ia kelihatan seperti frem yang indah dan unik.

File 5-10-15, 9 12 11 AM

Sepanjang koridor untuk ke bilik dan ke restoran, dinding hotel ini mewah dengan lukisan seni yang di hasilkan oleh pelukis-pelukis tempatan. Lukisan bertemakan budaya dan pemandangan tempatan ini memang cantik, unik dan mahal. Memang terpesona dibuatnya melihat lukisan-lukisan ini.

DSC_0104

Pintu-pintunya pula dibuat daripada kayu yang diukir dengan corak awalarat yang cukup menarik dan klasik.

 

4. Kakitangan hotel yang ramah dan mesra

Dari hari mula-mula sampai, saya sudah perhatikan perkara ini. Kakitangan di sini dilatih untuk sentiasa senyum dan mesra dengan pengunjung. Segala pertanyaan dan permintaan dilayan dengan begitu baik. Daripada receptionist sehinggalah pekerja room service, semuanya mesra dan manis muka. Saya agak kagum dengan suasana ini. Dan memang benar seperti yang diperkatakan, orang Kelantan memang comel-comel belaka..!

DSC_0040

 

5. Kemudahan

Restoran

Kemudahan yang disediakan oleh hotel ini lengkap. Ada 3 restoran dan coffee house untuk pengunjung memilih untuk mengisi perut dengan makanan yang pelbagai. Yang penting, makanan-makanan yang disediakan kebanyakannya makanan tradisi negeri kelantan. Kami sempat menikmati sarapan dengan Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Kapit, Nasi Tumpang dan lain-lain makanan tradisi negeri Kelantan di Cerana Coffee House.

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu

Nasi Tumpang

Nasi Tumpang

Kuih muih seperti Jala Emas, Tahi Itik, menu seperti Laksa dan Laksam, makanan tempatan seperti ubi keling, pisang rebus dan lain-lain lagi kami nikmati di Restoran Eleven. Manakala menu masakan panas seperti tomyam, ikan goreng, dan pelbagai menu lagi kami santapi di Restoran Jade.

Gymnasium

Bagi yang biasa membuat senaman di Gym, hotel ini ada menyediakan gym yang lengkap untuk anda. Yang memilih untuk beriadah dengan renang, kolam renang yang besar utuk dewasa dan kanak-kanak turut disediakan di sebelah Cerana Coffee House.

Kolam Renang

Kolam Renang

 

6. Program Perdana Trail

Program ini hanya boleh didapati di Hotel ini. Program yang dibawakan khas buat pengunjung hotel ini, memberi peluang untuk pengunjung melawat dan mendekati tempat-tempat menarik di sekitar bandar Kota Bharu. Yang seronoknya pengunjung dibawa ke tempat-tempat menarik tersebut dengan hanya berjalan kaki. Ini lebih memberi keseronokan kepada aktiviti ini.

pokok kurma yang boleh menghasilkan buah di Kota Bharu

pokok kurma yang boleh menghasilkan buah di Kota Bharu

Antara tempat yang menjadi persinggahan program ini

  • Bulatan Jam
  • Muzium Diraja (Istana Batu)
  • Muzium Kraf (Balai Ketam Guri)
  • Masjid Muhammadi
  • Muzium Perang (bank Kerapu)
  • Muzium Islam (Balai Syura)
  • Restoran Nsi Ulam Cikgu
  • Kedai Kopi Din Tokyo
wayang kulit

wayang kulit

Ikuti pengalaman mengikuti Perdana Trail di sini

Info lain berkenaan hotel ini

Hotel ini telah mendapat akreditasi daripada booking.com kerana telah mendapat 8.6 markah review daripada pengunjung yang pernah menginap di sini. Ini menjadikannya Hotel yang terbaik di bandar Kota Bharu khusunya dan terbaik di Kelantan secara amnya.

Anda boleh mengikuti perkembangan Hotel Perdana di:
Laman web: Hotel Perdana Kota Bharu
Facebook: HotelPerdanaKotaBharu
Instagram: @HotelPerdana_KotaBharu

 

Pelan Lokasi

 

Komen eXplorasa

Terbaik!!! Daripada sudut Lokasi, pilihan bilik, kakitangan yang mesra, seni ukiran dan lukisan, kemudahan, dan program Perdana Trail yang dibawakan khas untuk pengunjung semuanya melebihi jangkaan saya. Sememangnya hotel ini sangat layak dikurniakan status 5 bintang dan menjadi hotel terbaik di bandar Kota Bharu.

Jika anda bertandang ke negeri Kelantan, ke Kota Bharu khususnya, saya tanpa ragu-ragu mencadangkan anda bermalam di hotel ini. Saya ingin anda rasai pengalaman berada di hotel ini seperti yang telah saya rasai. Benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal dan tinggal di sini, memang akan ke sini lagi di masa akan datang.

Selamat datang ke Kota Bharu dan Selamat datang ke Hotel Perdana Kota Bharu.

 

Rating

 Hotel Perdana Kota Bharu
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.5 (daripada 5)

5,001 total views, 20 views today

13 Comments

  1. Miera Nadhirah May 18, 2015
    • sohoque May 18, 2015
  2. sensasi2020 May 19, 2015
    • sohoque May 20, 2015
    • sohoque May 20, 2015
  3. Mira Cikcit May 20, 2015
    • sohoque May 20, 2015
  4. Ishak Ismail May 20, 2015
  5. Oja Samid May 25, 2015
    • sohoque May 25, 2015
  6. hazman aka species1980 May 27, 2015
    • sohoque May 27, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: