Perdana Trail – Salah Satu Keunikan Hotel Perdana Kota Bharu

Perdana Trail Hotel Perdana

Hotel Perdana Kota Bharu yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu adalah hotel bertaraf 5 bintang yang juga merupakan hotel yang terbaik di situ. Ia adalah mercu tanda bagi bandar Kota Bharu.

Antara keunikan yang terdapat di Hotel Perdana adalah program Perdana Trailnya ataupun juga dikenali sebagai Jejak Perdana dalam bahasa Melayu. Program ini diilhamkan oleh Pengurus Besar Hotel Perdana sendiri iaitu Encik Muhammad Taha Zainal.

jejak perdana
Pengurus Besar Hotel Perdana (En Taha) selepas sesi taklimat Perdana Trail

Antara objektif program ini ialah untuk memperkenalkan tetamu Hotel Perdana dengan budaya, warisan dan sejarah negeri Kelantan. Yang menariknya program ini melibatkan peserta dengan aktiviti berjalan kaki ke destinasi-destinasi yang telah ditetapkan. Memang menarik!

eXplorasa telah dijemput oleh Hotel Perdana melalui Destination Malaysia untuk melalui sendiri pengalaman program ini dengan berjalan kaki bersama peserta-peserta lain ke destinasi-destinasi menarik yang ditetapkan. Apa yang boleh saya rumuskan tentang program ini ialah ia sungguh menyeronokkan.

Memang penat sedikit tetapi pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini amat berharga. Ianya tidak sama jika program ini dibuat dengan menaiki kenderaan. Feelingnya lain!

Berikut adalah destinasi-destinasi yang kami sempat lawati di bawah program ini:

Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Seawal pagi, seusai menikmati sarapan menu tradisional negeri Kelantan iaitu Nasi Kerabu, Nasi Pulut Ikan Masin dan Nasi Tumpang di Cerana Coffee House Hotel Perdana, kami terus berkumpul di perkarangan hotel untuk mendengar taklimat daripada En Taha tentang aktiviti yang bakal kami sertai nanti.

Nasi tradisional kelantan
Nasi Kerabu
ikan masin dengan pulut
Nasi Pulut dengan Ikan Masin
Nasi dalam kelongsong
Nasi Tumpang

Jejak Perdana pada pagi itu terhenti seketika di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan sebagai destinasi pertama. Di sini dapatlah kami mengutip serba sedikit info tentang tempat-tempat menarik dan bersejarah di negeri Kelantan.

peta tempat menarik kelantan
Peta pelancongan negeri Kelantan di Pusat Pelancongan Kelantan

Muzium Negeri Kelantan

Kami kemudiannya meneruskan program ini menuju ke destinasi kedua iaitu Muzium Negeri Kelantan.

Kelantan Muzium
Muzium Negeri Kelantan

Ia adalah muzium kebudayaan dan tradisi di mana hasil seni negeri Kelantan, kraftangan dan alat-alat muzik tradisional dipamerkan. Turut dipamerkan adalah artifak daripada tapak arkeologi tempatan yang menunjukkan bukti kewujudan tamadun pra-sejarah di Kelantan. Seramik dan tembikar yang dipamerkan pula menjadi bukti tentang aktiviti perdagangan awal dengan China di Kelantan.

Semasa kami ke sana, muzium ini sedang menganjurkan Festival Wayang Kulit Antarabangsa. Banyak info-info berkenaan Wayang Kulit dipamerkan di sini. Kedatangan ke sini boleh membuka mata kami tentang seni budaya dan sejarah negeri Kelantan.

shadow play
Festival Wayang Kulit Antarabangsa yang sedang berlangsung
shadow play character
Antara watak-watak wayang kulit
instrument muzik wayang kulit
Alat Muzik yang digunakan dalam Wayang Kulit
gambar dalam muzium
Antara pameran yang terdapat di Muzium Negeri Kelantan

Pohon Kurma di Bulatan Jam

Cuaca yang agak panas pagi tersebut membuatkan kami terasa bahangnya. Teh Ais sudah terbayang di mata walaupun kami dibekalkan dengan bekalan air mineral. Tambahan pula kami tahu destinasi kami selepas ini adalah Kedai Kopi Din Tokyo yang terkenal itu.

Untuk ke sana kami dibawa menggunakan laluan yang melintasi Bulatan Jam. Di bulatan ini terdapat jam besar dan Replika Al-Quran yang terletak di atas Rehal.

Bulatan Tuan Padang
Bulatan Jam

Yang lebih menariknya lagi, di bulatan ini banyak terdapat pokok Kurma yang ditanam sejak 8 tahun yang lepas oleh kerajaan negeri Kelantan. Di sini kami telah menyaksikan satu fenomena ajaib. Pohon Kurma tersebut sedang mengeluarkan buah kemerah-merahan menunggu masa untuk masak. Menurut ceritanya, pohon-pohon ini mula mengeluarkan buah pada bulan Ramadhan tahun lepas selepas 7 tahun di tanam.

buah-kurma
Fenomena yang jarang dilihat di Malaysia

Sungguh mengagumkan…! Pohon Kurma yang sebelum ini hanya mampu hidup di negeri yang beriklim panas dan kering seperti negara-negara sebelah timur tengah sana, boleh hidup subur dan mampu mengeluarkn buah di negeri Kelantan. Memang tepatlah jolokan yang diberi kepada negeri Kelantan ini: Kelantan Serambi Mekah.

Lupa sekejap tekak yang dahaga dek kerana asyik dengan pohon kurma di sini.

Kedai Kopi Din Tokyo

Kedai Kopi terkenal kelantan
Kedai Kopi Din Tokyo

Sekarang sampailah masanya ke destinasi yang saya nanti-nantikan. Kedai Kopi Din Tokyo. Sebelum ini terfikir juga kenapa dalam banyak-banyak restoran di Kota Bharu ni, Kedai Kopi ini dimasukkan ke dalam program Jejak Perdana ini. Tetapi apabila sudah sampai di sini, jawapan yang dicari muncul di depan mata.

gambar teh halia
Teh Halia Telur Puyuh

Menu di sini amat unik. Di antaranya Teh Halia Telur Puyuh dan Telur Taliban. Pak Din, tuan punya kedai kopi ini sungguh mesra. Celotehnya memang tidak pernah terhenti sambil menunjukkan kemahiran dan kepakarannya dalam menyediakan menu-menu unik di kedai kopinya.

telur masak separuh
Telur Taliban
gambar orang buat teh tarik
Teh Tarik Dangdut dalam pembikinan

Untuk Pak Din satu entri khas akan diterbitkan selepas ini.

Keistimewaan dan keunikan Kedai Kopi Din Tokyo

Saya akhiri dulu entri tentang program ini dengan Kedai Kopi Din Tokyo. Destinasi seterusnya akan diceritakan di dalam program Perdana Trail atau Jejak Perdana bahagian ke dua nanti. Tungguuu!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ